Monday, January 9, 2012

Hassan Ali yang semakin merapu

Dahulu, kemasukan Hasan Ali ke dalam PAS adalah semasa kes pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Kesana kemari Hassan berceramah dengan lenggok motivator yang sangat hebat.Mempersoal pemecatan Anwar dan tuduhan liwat ke atas Anwar ketika itu.

Hassan juga mampu membawa aura baharu ke dalam PAS sewaktu itu, hingga ramai peminatnya menyertai PAS, itu tidak dinafikan.

Namun, kini Hassan menyanyikan lagu yang sangat berlainan.Lihat sahaja ucapannya menyentuh isu Anwar dan pengganti Perdana Menteri.

Lahar merapi berbau Umno sudah mula menjelma, dengan umpatan dan fitnah menjadi ayat-ayat yang seolah-olah suatu kata suci daripada mulutnya.

Beliau dengan angkuh menyatakan beliau tahu menilai dan mengkaji apa yang berlaku kerana beliau memiliki Ijazah Kedoktoran (PHD), nak nampak angkuh sangat, sedangkan dalam motivasinya beliau sering menasihatkan khalayak penonton agar jangan bongkak.

Dalam kes Anwar pula, beliau membayangkan Anwar sebagai seorang yang cukup bermasalah peribadi, sedangkan Pakatan Rakyat secara konsisten menolak fitnah ke atas Anwar,

Ternyata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sendiri membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, dan apa Hassan Ali nak respon dalam isu ini?

Hassan Ali hanya berlegar sekitar 'idea lapuknya' yang terdontrin sewaktu bersama Biro Tata Negara (BTN).

Ahli dan penyokong tak pernah lupa bahawa Hassan Ali pernah menjadi pengemudi BTN dan menjalankan dasar BTN yang menjadi tempat doktrinasi Umno.

Nah terserlah dari lahar mulut Hassan Ali hari ini akan leluap Umno itu yang semakin membahang...Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku selepas ini jika Hassan tidak merayu untuk menyertai PAS dan mengingatkan soal Bai'ahnya kepada perjuangan PAS.

Sejauhmana sebenarnya kemasukan Hassan ke dalam PAS sebelum ini adalah suatu keikhlasan, sama-sama akan kita nantikan...episod menyerang PAS dan Anwar ini akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13...

No comments: