Dalam keadaan samar setiap manusia pastinya sukar untuk melihat atau menaakul penglihatan dengan baik.
Namun, ada juga manusia yang dalam keadaan terang sekalipun sukar untuk melihat dengan baik, samada tidak fokus mahupun mempunyai masalah penglihatan.
Begitu juga soal hati dan pemikiran, soal keyakinan, soal kepercayaan, soal pemahaman terhadap sesuatu isu.Semuanya datang jika seseorang itu benar-benar mampu menaakul sesuatu dengan baik.
Tatkala ada manusia yang sukar menerima kebenaran sekalipun kebenaran itu berada di hadapan mereka.
Disebabkan itulah ada pepatah Melayu menyatakan " bangkai kuman seberang laut nampak, tetapi bangkai gajah depan mata tidak nampak".
Terkadang kejadian 'tidak nampak' ini berlaku kerana ilmu seseorang itu membataskan mereka untuk berfikir diluar ruang lingkup apa yang dipelajari.
Malah ada juga keadaan dimana seseorang itu 'tidak nampak' akan sesuatu atau 'pura-pura tidak nampak' kerana ' dibutakan hatinya kerana cinta dunia, cinta kepada kehidupan sedangkan yang sebenarnya hidupnya itu suatu kepura-puraan.
Apatah lagi, dalam menilai kebenaran terkadang ada manusia sesuka hati menggunakan sentimen ataupun bukan fakta untuk mendabik dada kononnya mereka jauh lebih benar.
Entahlah, terkadang sukar untuk diramal mengapa ini semua terjadi......Ya Allah pimpinlah aku ke jalan yang benar, jalan yang Engkau Redhai"..aminnnnn
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment