Thursday, December 15, 2011

Hassan Ali dan Nasharudin 'terperangkap' dengan agenda musuh! - Mustafa Ali


Dua hari yang berlalu penuh dengan bicara dua bekas kepimpinan tinggi PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hassan Ali mempertikai beberapa isu dalaman PAS.Membicarakan jawapan balas, wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dan HAZAYANI ZAKARIA menemui Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali di Pejabat Urusan Harakah pagi tadi bagi mendapatkan butirannya.

Dua hari kebelakangan ini, dua bekas pemimpin PAS (Dato' Dr Hassan Mohd Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa) telah mengeluarkan kenyataan menghentam PAS dan membayangkan kononnya PAS lari daripada dasar Islam.Bagaimana pendirian PAS dan Dato' selaku Setiausaha Agung parti dalam hal ini?




MUSTAFFA : Saya menerima maklumat laporan dari pelbagai pihak berkaitan dengan perjalanan parti termasuk tindakan pemimpin yang dirasakan tidak selari dengan hasrat dan aspirasi perjuangan PAS.Oleh kerana itu menjadi tanggungjawab saya memantau keadaan ini sepanjang masa.Adapun isu yang berkaitan dengan Hassan Ali dan juga Ustaz Nasharudin Mat Isa, bukan sehari dua sahaja saya pantau, tetapi
sejak sekian lamanya perkembagnan itu dan sejauhmana maklumat yang disampaikan kepada saya samada bertulis atau lisan juga melalui telefon, dan saya tidak buat apa-apa komen pada waktu saya mendapat maklumat itu, tetapi kini telah sampai masa saya
menjelaskan apa yang dinyatakan oleh dua pemimpin ini.

Dua pemimpin ini iaitu Dato' Hassan dan Nasharudin telah menjadi AJK PAS sejak sekian lama.Hassan Ali sendiri pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, pernah menjadi Naib Presiden PAS dan sementara Nasharudin pula pernah menjadi Timbalan Presiden PAS sekain lama.Mereka berdua ini duduk dalam jawatankuasa PAS Pusat.Hassan sendiri selepas digugurkan dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau dilantik semula menjadi AJK Perhubungan PAS Selangor, sementara Nasharudin Mat Isa pula dilantik selaku AJK Pusat yang dilantik.

Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa
selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor sekalipun beliau tidak hadir (Mesyuarat).Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir.

Sebagai seorang pimpinan tak bolehlah beliau tidak hadir kerana ini menjadi kewajiban setiap orang pimpinan (hadir mesyuarat).Memnag berlaku dalam mana-mana parti politik atau gerakan Islam sekalipun, terkadang mereka rasa keceawa dengan apa yang berlaku terhadap diri mereka, tetapi jika mereka tidak hadir kerana kalah bertanding tak dipilih dan hanya dilantik ke jawatan rendah maka ini tidak wajar (berlaku).Ini boleh kita sebutkan sebagai 'bad loosers'orang yang tidak boleh terima
realiti kekalahan walaupun dalam pemilihan yang sangat demokrasi.

Bila individu ini kecewa dalam hal itu (jawatan) ia mudah terperangkap dengan perkara-perkara yang barangkali boleh sebabkan dia terheret dengan agenda yang boleh menjejaskan parti.Jadi sebab itu saya buat kepsimpulan berdasarkan maklumat
yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS.

Apakah ada agenda pihak tertentu menjatuhkan PAS dengan menggunakan mereka ini?

MUSTAFFA : Agenda untuk lemahkan dan rosakkan PAS, jadi ini kesimpulan berdasarkan makluamt yang saya terima.Saya ada maklumat yang banyak mengenai mereka, tetapi hari ini saya dedahkan sedikit.

Katanya kes ini berpunca daripada kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang menyatakan hal pencalonan, apa pandangan dato'?

MUSTAFFA : Memang betul Hassan Ali rujuk kenyataan Saari.Saya akui Saari tiada hak untuk sebuatkan hal itu, ini bukan hal isu yang baharu. tetapi isu ini dibesarkan (dengan kenyataan balas Hassan) bagi merosakkan imej PAS. Saya tak nafi Saari tidak
harus buat kenyataan itu tetapi dua pimpinan ini patutnya arif bahawa persoalan pilih calon (mewakili PAS) ini adalah hak PAS Pusat, tiada hak oleh negeri untuk buat (keputusan akhir).

Walaupun pemilihan PAS demokratik dengan dengar kita mendengar suara akar umbi bagi memilih calon, namun saya mahu jelaskan di sini bagaimana prosedur pemilihan calon yang membuatkan PAS Pusat akhirnya membuat keputusan yang muktamad.Pertamanya Setiausaha Agung akan pinta negeri-negeri menyediakan nama-nama calon itu bagi setiap wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang ditandingi paling kurang tiga orang.Sementara negeri pula dalam proses pilih calon akan ambil pandangan kawasan, dan kawasan ambil pandangan daripada cawangan.Proses itu bermula daripada bawah, namun tidak semestinya orang yang tiada nama di kawasan tidak menjadi calon kerana tapisan akhir akan dibuat PAS Pusat.Ada berlaku keadaan dimana seseorang itu
bukan memegang jawatan di cawangan tersebut, tetapi PAS Pusat buat keputusan orang tertentu dicalonkan mewakili PAS bukan sahaja kerana pencalonan tetapi ada faktor lain.Ini seperi bukan sahaja dalam kes Ibrahim Ali (pilihan raya umum 2008 di Parlimen Pasir Mas) ada orang yang tidak pegang jawatan kawasan tetapi tercalon dalam pilihan raya itu.Saya sendiri jalani proses itu pada tahun 1974, saya tidak pegang jawatan tetapi terpilih.

Apa kriteria yang dititikberatkan oleh PAS Pusat dalam persoalan calon ini Dato'?

MUSTAFFA : Menyebut soal kriteria ini, bila PAS Pusat terima seluruh senarai dan akan diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk pastikan calon ini layak menjadi calon PAS.Layak kerana ada kriteria meletakkan calon PAS ini mestilah orang yang tidak
terlibat dengan dosa-dosa besar setakat yang diketahui.Jika ada laporan dan diyakini ada dosa besar memang tak layak menjadi calon PAS.Selesai Majlis Syura buat tapisan, Majlis ini akan hantar kepada PAS Pusat dan PAS Pusat akan meletakkan keputusan siapa calon dan dimana calon itu layak bertanding.Negeri bukan muktamad, semua orang tahu dan kepimpinan tahu.Bagi saya kesilapan yang Saari buat itu bukan isu yang besar, kerana Hassan dan Nasharudin tahu PAS Pusat yang pilih calon akhirnya.

Apa kriteria calon?

MUSTAFFA : Antara kriterianya ialah, Capabilities iaitu kebolehan dan keupayaan seseorang itu menjadi calon dan boleh menjadi calon.Seterusnya ialah Acceptability iaitu persoalan penerimaan ahli PAS, kawasan dan juga masyarakat setempat.Ketiganya winnablility iaitu selain penerimaan dan kebolehan, ada 'x-factor' kepada calon untuk mendapatkan sokongan yang lebih bagi memenangi.Kelebihan seseorang itu
berbanding calon-calon yang lain seperti faktor kenalan besar, keluarga besar dan pengaruh besar pada masa itu, mungkin mendapat sokongan bukan sekadar PAS tetapi luar PAS.

Sebab itu banyak calon kita letak orang tempatan sebabnya persoalan yang saya sebutkan tadi.Ini yang kita mahukan,Ini yang PAS Pusat timbangkan dalam menentukan seseorang calon bertanding.

Jadi bagaimana dengan kenyataan Saari itu?

MUSTAFFA : Jadi tidak timbul soal apa yang disebutkan oleh Saari Sungip itu sebagai isu yang besar, kerana seharusnya mereka ini (Hassan dan Nasharudin) faham akan bagaimana pemilihan calon dalam PAS.Saya melihat, kenyataan-kenyataan yang dibuat mereka berdua (Hassan dan Nasharudin) ini biasanya dilapor Utusan Malaysia, TV1, dan TV3, jadi ahli boleh menilainya.Hassan sendiri patut tahu dalam PAS ini tidak boleh ada seseorang yang merasakan dirinya lebih tinggi daripada jemaah, siapa pun dia,
mereka tertakluk kepada apabila sesuatu telah diputuskan kepada Syura setiap orang walau ada perbezaabn pendapat, dia kena patuh kepada keputusan itu.Dalam perbincangan boleh ktritik, bukannya dengan cara yang tidak beradap, itu tak kena, tak ada seorangpun sempurna.Saya nak sebutkan, kita bukan tidak mahu tegur, tetapi
jika tak hadir mesyuarat nak tegur macam mana?Sedangkan kegiatan lain boleh mereka teruskan ini tak betul.


Ada usaha pihak mereka berdua mempengaruhi mana-mana ahli dalam parti?


Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hassan ada menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PASuntuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi.Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan Hassan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS.

Kesannya besarkah kepada perpaduan dalam PAS?

MUSTAFFA : Setakat ini ia sangat kecil, kita boleh selesaikannya dengan mudah sahaja.Tetapi saya mahu tegaska mahu tegaskaD=1446907612822013295
Accept-Language: en-us
User-Agent: Mozilla/4.0 (compatible; MSIE 8.0; Windows NT 5.1; Trident/4.0)
Content-Type: application/x-www-form-urlencoded
Accept-Encoding: gzip, deflate
Host: www.blogger.com
Content-Length: 19264
Connection: Keep-Alive
Cache-Control: no-cache
Cookie: __utma=150635877.1562294315.1295599181.1323765706.1323937458.45; __utmz=150635877.1323765706.44.14.utmcsr=politikbanjar.blogspot.com|utmccn=(referral)|utmcmd=referral|utmcct=/; NID=50=LYqRyeRp-_6e82-udtkVlJUnnKk2t7tTmtHC9dXu9TxiftHnCQy5IfyjZF0kWCFstLhuEZH2uubk-wXiXZEZkL84ZHu7eiM1XzQhuxO5BZDfRVYZ_HNmd4vULQ3_1H08; blogger_SID=DQAAAJAAAADmnZeOJS1klvWyHu3Cj7qEwuq_6C15o1rQv4rsU28b9_pVkYNz_WTcTIlukNLEh3CcxBDTLB3gZpXHlI0xaHacLdg7fVACkCT1_zLHDh1dky3JbJM0deQqS_nbYoxrYtk978s2A_PtxmxvmH6KVhQJWTZSTVlO64wV96_7NlO43hrkgMsO11YHRunqDNhG4Os; S=blogger=-nhLlNBVtXeyjDjwLB-cSA; __utmb=150635877.10.10.1323937458; __utmc=150635877; TL=-; PREF=ID=1a328d9895805796:U=b9f0ac5f5d52c2a2:TM=1295575213:LM=1316060526:S=GCnK4mMLqIzS1Phy; preferredOpenIDProvider=openid; blogger_TID=de73cbd0256d25b; bloggerImagePositionSaved=LEFT; bloggerImageSizeSaved=MEDIUM; bloggerImagePosition=LEFT; bloggerImageSize=MEDIUM

security_to mereka berdua (Nasharudin dan Hassan).Apa yang menyebabkan mereka berdua ini mahu bercakap mengenai hal-hal dalaman parti yang memburukkan nama parti?

MUSTAFFA : Saya rasa kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.Ini kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakan di tempat yang mereka rasakan tempat asalnya seperti Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS dan Hassan
selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.Tetapi dalam sejarah PAS ini sepatutnya mereka ini tidak boleh menjadi seorang yang 'bad loosers'.Saya memberi contoh, Mohammad Sabu (Mat Sabu) pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS (pada tahun 2009) tetapi kalah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa ketika itu, namun Mat Sabu dipilih semula masuk selaku AJK PAS Pusat dan menjalankan tugas dengan baik, hadir mesyuarat dan menjalankan amanah selaku pemimpin.Mat Sabu tidak pernah kecewa dengan kekalahan.

Seterusnya kita selalu sebutkan tentang kepimpinan dan teladan Khalid Al-Walid, yang digugurkan selaku Panglima Perang, kita selalu sebutkan hal ini tetapi kita tidak mengikut teladan Khalid Al Walid ini.PAS parti yang sangat demokrasi, kalah menang mereka pun akan dilantik semula menjawat jawatan tertentu.Sebenarnya kalah
menang sesuatu jawatan adalah kerana sebab-sebah tertentu pada waktu itu, mungkin ahli mahukan perubahan tertentu mengikut keadaan.Tidak terpilihnya Hassan Ali selaku PJ waktu itu adalah kerana keadaan yang sama juga.Ini bukan hal baharu walaupun
pelbagai pihak kononnya nak kaitkan PAS tunduk kepada DAP, ini sama sekali tidak betul, ini 'rubbish'.Saya mahu tegaskan di sini, PAS tidak akan tunduk kepada sesiapan pun sebab PAS ada prinsip sendiri, tahaluf (tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat) ini bukan dasar tetapi strategi, kita berjalan sejauh mana dalam kita lihat tak menghalang tugas kita.


Hassan sebutkan dalam satu kenyataannya sebelum ini, dia akan teruskan kerjasama dengan PAS atau Pakatan Rakyat selagi mana PAS masih memperjuangkan Raja-raja Melayu dan dasar Islam bagaimana Dato' melihat kenyataan ini dan apakah dia
mengikut rentak rasis Umno-BN?

Mustaffa : Saya tidak sebutkan dia (Hassan) rasis.Pada saya kenyataan (Hassan) itu sendiri mempersoalkan dasar PAS.Ertinya dia kononnya seorang yang Islam, dia bercakap sebenarnya ada agenda, mahu menunjukkan kononnya PAS ini lari daripada Islam, sedangkan hakikatnya tidak.Hanya PAS sahaja satu-satunya parti yang wujud di negara ini mempunyai dasar Islam.Umno jauh sama sekali.Kerana dia ini telah terheret dengan agenda musuh politik PAS, dan saya percaya dia akan teruskan kenyataan seperti ini kerana lebih-lebih lagi sekarang ini dah dekat pilihan raya in bukan fenomena baru, sepanjang masa berlaku.

Ada usaha pancing Hassan oleh pihak musuh?


MUSTAFFA : Ini dah buatpun, dan dia dah masuk dalam perangkap itu.Terus terang saya katakan, jika nak sebutkan Umno sebagai musuh politik PAS, Umno ini saya kenal lama.Saya ini antara kepimpinan PAS ini saya yang paling mengenali Umno.Sewaktu tahun 1974, saya ini sebahagian kepimpinan PAS yang ada dalam kabinet BN sewaktu PAS bersama dengan Umno-BN ketika itu.Saya sendiri memegang jawatan Timbalan Menteri ketika itu.Saya kenal sangat dan banyak bergaul dengan kepimpinan Umno, dan saya tahu amalannya.Dari segi politiknya Umno amalkan politik Machiavelli iaitu politik menghalalkan cara.Ini kaedah Umno sebenarnya, dan perlu diingat suatu ketika dahulu, saya bukan nak besarkan diri, saya menjadi Timbalan menteri tetapi saya letak jawatan kerana menentang isu berkaitan dengan kerajaan 'meMagerankan' Kelantan pada tahun 1977.Krisis ketika itu dan saya bersama rakan-rakan melepakskan jawatan selaku Timbalan Menteri kerana memegang prinsip perjuangan.Walaupun ketika itu ada kalangan Umno memujuk saya agar tidak meletakkan jawatan dan menyatakan kononnya saya masih muda dan perjalanan politik masih jauh, tetapi kerena dasar parti dan prinsip, saya melepaskan jawatan.

Mengapa Dato' tidak terima?

MUSTAFFA : Saya katakan tidak kerana prinsip perjuangan.Saya tidak dedahkan siapa orang itu.Ini kerja Umno, mereka akan cari peluang melemahkan PAS.Memang PAS terpaksa hadapi kesan besar hingga hilang Kelantan waktu itu.Tetapi PAS dapat dipulihkan semula. Umno akan buat apa sahaja untuk kepentingan politiknya.Umno ini seperti 'Orang Tua Mata Keranjang', orang muda normal mata keranjang, sebab orang muda tak kahwin lagi, tetapi Umno ini Mata Keranjang ini buktinya, PBS dahulu, 'sworn enemy of Umno' tetapi Umno boleh bersama PBS.Terbaharu, dengan MCA kawan lebih 50 tahun, tetapi ada maklumat kata perbincangan pimpinan Umno, MCA tidak mendapat sokongan masyarakat cina, mereka nak dekati DAP pula.Saya tidak fikir DAP akan terima pelawan itu walaupun ada.

Saya ada makluamat ini, mereka mahu singkirkan MCA. Mereka mahu ambil DAP untik selesaikan masalah,.Mereka mahukan PAS bersama mereka juga agar tiada tentengan Melayu Islam lagi.Tahun 1977 dahulu waktu Umno tendang PAS keluar ini PAS yang sama, Umno atas kepentingan politik.Merujuk kepada kenyataan kononnya Hassan Ali mahu menjadi orang tengah bagi rundingan penggabungan Umno-PAS ini bukan saja-saja ini, ini ada agendanya.Tetapi saya katakan tidak kerana pendirian PAS ketika ini tetap bertahaluf dengan Pakatan Rakyat bersama menghadapi pilihan raya ke 13. Kita tak tahu perkembangan macam mana, pada waktu ini tiada kerjasama politik degan Umno.Bukan kata dalam PR ini 100 peratus kita sama, kita ada perbezaan dengan DAP dan PKR, tetapi kebersamaan lebih banyak daripada perbezaan.Iaitu antaranya menentang kezaliman, menentang rasuah dan jauh berbeza dengan Umno.Musuh politik akan memainkan isu-isu ketidaksamaan yang sedikit sahaja.Kita ada kekuatan tersendiri.

Ada kepentaingan Hassan di peringkat pihak tertentu hingga bercakap memburukkan PAS?

MUSTAFFA : Saya tak mahu sebut pada waktu ini terlalu jauh.Cukup saya
sebutkan dia terperangkap dengan agenda musuh poltik PAS.Ini bukan satu, ini harus disedari, kita sedang pantau kerana dia masih ahli PAS dan pimpinan, tetapi jika dia berterusan seperti ini, biasanya orang sebegini tak tahan lama dalam PAS.bukan keran dipecat tetapi dia tak akan dapat teruskan

Ada sebarang tindakan?

MUSTAFFA : Hal tindakan ini kita belum sebutkan lagi.Tak akan buat lagi kita akan lihat sejauh mana tindakan dia, kita sedang memantau.Tetapi Nasharudin tak buat macam Hassan lah, dia tak jumpa mana-mana pimpinan.

Bagaimana musuh mudah pengaruhi mereka ini?

MUSTAFFA : Saya nak tambah, Umno boleh masuk dalam hal ini kerana Umno tahu kelemahan orang-orang ini, dia masuk melalui kelemahan dua tokoh ini yang mana Umno telah tahu.Saya tahu kelemahgan mereka saya tak hendak sebut, namun jika dia sebut kelemahan saya saya akan sebutkan kelemahan dia.Umno ini cukup tahu masalah kedua-dua mereka ini.Mereka ada Apco sebagai penasihat, Apco ada di luar, di dalam ini ada juga,Ada kaedah atau seni mendepani orang ini.Pada saya saya tak risau sangat, berbanding dengan isu sebelum-sebelum ini. Isu ini kecil sangatlah.Mereka sahaja kata besar.Kita yakin akan atasi.

Boleh disimpulkan mereka ini kecewa kerana tidak dapat jawatan?


MUSTAFFA : Maknanya mereka ini nak jawatan nak duduk diatas daripada jawatan yang ada sebelum ini.Kekecewana yang dirasai, Umno guna kelemahanlain mereka ini, dia tahu mereka ini kecewa.

No comments: