Wednesday, November 2, 2011

Bahaya kemunculan 'ekstrimis kanan' pertahan kerajaan - Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, HAJI MOHAMAD SABU

Selepas berlakunya muafakat antara parti-parti politik PAS, dAP Parti keadilan Rakyat (KeADILan) dan berlaku pertandingan satu lawan satu semasa menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008 yang lalu, kita melihat di atas muafakat itu maka BNl sudahj kecundang di Malaysia Barat (Semenanjung).

Undi popular diperolehi Pakatan Rakyat lebih kurang 52 peratus dan BN pula sejumlah46 peratus, sementara 2 perayus undi rosak.

Pergantungan BN untuk memerintah adalah undi di Sabah dan Sarawak.Untuk mengekalkan kuasa Umno-BN, pergantungan utama mereka sekarang ini adalah kepada empat sumber yang utama iaitu Melayu luar bandar, Peneroka Felda dan Felcra, undi pos dan Undi Bumiputera Miskin di Sabah Sarawak.Mengapa empat sumber ini?

Penduduk bandar walaupun Melayu sudah majoriti menolak Umno-BN seperti di lembah Kelang, kawasan dekat bandar seperti Alor Setar, Kota Bharu, Ipoh dan sebagainya.Oleh itu garis pertahanan Umno-BN ialah hanya kepada empat faktor ini sahaja iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra dimana ia suatu kelompok penduduk yang dikawal dan dikonkong oleh Umno-BN, undi pos yang boleh dimanipulasi serta undi Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dalam kemiskinnan yang mana bumiputera ini mudah disogokkan dengan janji pembangunan.

Saya menjangkakan berdasarkan keputusan pilihan raya yang lalu (2008), bandar-bandar seperti Kuching dan Sibu serta Miri dan selainnya tidak lagi menyokong BN.Begitu juga di Sabah.

Oleh itu kebergantungan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang miskin menyebabkan Umno-BN boleh eksploitasi janji pembangunan untuk mendapatkan undi golongan ini.

Oleh itu menejlang PRU 13 untuk meningkatkan undi luar bandar dan undi pos serta bekas tentera dan polis, semuanya orang
Melayu maka isu perkauman dan Raja-Raja Melayu dan agama (Agama) dimainkan isu ini terutamanya sekali di Pulau Pinang, Perak, Selangor.

Perak telah ditawan melalui rampasan kuasa 2009 sebelum itu mereka memainkan perkauman yang hebat MB perak telah gadai tanah kepada orang cina iaitu berikan geran kepada tapak tempat orang-orang Cina duduk sejak zaman darurat.

Kemudian di negeri Penang isu ini mainkan iaitu dengan menuduh Ketua Menterinya, Lim Guang Eng anti Islam cuba meminta alim ulama mendoakan Lim Guan Eng menggantikan Yang DiPertuan Gaongg dan banyak perkara yang lain lagi.

Di Selangor sedemkian rupa juga dengan isu pengharaman azan, kuil Hindu dan murtad dimainkan oleh Umno-BN secara besar-besaran untuk menarik sokongan Melayu dengan mereka menyedari bahawa undi bukan Melayu sudah pasti tidak memihak kepada mereka terutamanya di kalangan kaum Cina dan India.Hanya tinggal undi Melayu sahaja.

Itupun tidak berjaya dimainkan oleh mereka dan rakyat agak kurang terpengaruh dengan isu-isu itu.Kemudian oleh kerana bekas tentera dan polis di luar bandar amat benci dengan komunis diatas peranan komunis sebelum dan selepas Malaya merdeka, mereka (komunis) meneruskan tindakan komunisme terhadap kerajaan Malaya dan Malaysia hingga perdamaian pada tahun 1989 menyebabkan kebencian Melayu terhadap komunis tinggi.

Oleh itu Umno khasnya telah mengambil kesempatan memutarbelitkan ucapan saya terhadap sejarah kemerdekaan terutama cuba meletakkan pejuang kemerdekaan termasuklah Mat Indera dalam Sejarah Pengukir Nama Johor keluaran Warisan Johor dan ditandantangani oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan disemak oleh Prof Dato' Ramlah Adama dan Prof Abu Bakar Hamid menyebabkan isu itu dimanipulasi Umno besar-besaran untuk tarik sokongan orang Melayu bekas polis tentera dan Melayu luar bandar kepada Umno-BN.


Isu inipun kurang memberi kesan menarik orang Melayu menyokong Umno.Mereka kini cuba memainkan pula isu Raja-raja Melayu dengan isu kadar jenayah yang tinggi yang disebut Guan Eng dalam majlis sembang-sembang di Singapura bukan rasmi diputarbelit hingga menyebabkan Sultan Johor terguris.Ini perbuatan untuk menimbulkan rasa kononnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja-raja Melayu. Begitu juga isu terhadap yang dihadapi Prof Abdul Aziz Bari seorang pakar Undang-undang khususnya perlembagaan dan memang ahli akademik mengiktiraf Aziz ini memiliki keupayaan dan pakar dalam hal perlembagaan.

Pandangan Sultan Selangor dan mana-mana sultan yang membuat pandangan boleh diolah dan diberi pandangan oleh pihak lain tetapi perkara ini diambil kesempatan oleh Umno-BN sehingga berlakunya tindakan penggantungan ke atas Azizi Bari dan penentangan daripada pelajar yang adakan himpunan aman bantah kerajaan gantung Aziz Bari dan kemudian ditarik balik.

Apa yang saya mahu tekankan dalam penulisan saya kali ini ialah bukan soal pertarungan memberikan hujah, pertarungan menghujahkan minda tetapi mungkinnya tindakan di luar garisan demokrasi seolah-olah direstu oleh kerajaan.,Ini amat berbahaya berlaku dalam 'trend' politik Malaysia sekarang ini.

Misalnya perbezaan pendpaat yang diputerbelait Utusan Malaysia terhadap sejarah kemerdekaan Malaya hingga saya dapat ancaman daripada pelbagai pihak yang mencadangkan kerakyatan saya ditarik; ada yang mencadang saya dibuang ke Laut China Selatan; juga ada ugutan untuk melenyapkan saya daripada muka bumi Malaysia; ada juga yang mengugut saya dan keluarga untuk menyimbah asid dan kemuncaknya tindakan cubaan bakar pintu pagar rumah saya bulan lalu.

Soalnya mengapa pertarungan pertentangan fikiran dan hujah ini seolah-olah diizinakan tindakan fizikal terhadap orang yang beri pandangan berbeza?.

Kerajaan harus serius dalam hal ini kerana tindakan fizikal ini amat berbahaya kepada masa depan negara dan suasana politik negara jika kerap berlaku pada masa kana datang.

Begitulah juga apa yang berlaku ke atas Aziz Bari sepatutnya hujah Aziz Bari terhadap Titah Sultan ini dijawab oleh pakar perlembagaan atau professor secara hujah, dan memberi pandangan berlainan.Namun 'trendnya' Aziz Bari digantung khidmat (walaupun telah ditarik semula) dan lebih malang lagi hingga ada yang krim peluru mengamcam Aziz Bari dan ancam nyawanhya.

Inilah trend politik di Malaysia berada dalam keadana tidak sihat.Sekarang ini saya melihat muncul golongan ekstrimis kanan yang sedang berlaku.Kita nampak seolah-olah kerajaan tidak membendung kebangkitan ekstrimis ini yang boleh memberi ancaman nyawa keselamatan masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan polis mesti bertindank segera supaya memainkan peranan untuk meredakan keadaan daripada ancaman fikizal ini.Biarlah digalakkan pertarungan politik atau hujah dengan hujah bukannya kekerasan.

No comments: