Sunday, September 25, 2011

Benarkah British rancang beri kemerdekaan kepada Umno-Perikatan?

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Dekan Fakulti Sastera Sains Sosial, Professor Dr Mohammad Redzuan Othman menegaskan, penjajah British merancang untuk memberikan kemerdekaan kepada Parti Perikatan yang dianggotai Umno-MCA.

Beliau berkata demikian ketika menjawab beberapa persoalan yang diutarakan peserta Wacana Kemerdekaan anjuran Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya 23 September lalu.

Turut membentangkan kertas kerja sempena wacana tersebut ialah, Professor Abdullah Zakaria Ghazali; Dr Ahmad Kamal; Dr Azhar Mat Rus dan moderatornya, Professor Dato' Paduka Mohamad Bakar.

Dalam rumusannya, beliau berkata pada satu ketika dahulu ada satu pemimpin negara Malaysia yang berkata golonga agama tidak memberikan sumbangan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

"Bagi saya ini suatu yang sangat dangkal, kerana memanglah diakui pada tahun 1957 semasa proses mendapatkan kemerdekaan, penglibatan golongan agama tidak ketara, sebab itu perancangan oleh British supaya kemerdekaan itu disambut dan dibawa oleh Umno dan gabungannya," katanya.

Katanya lagi, sejarah itu satu proses, sudah tentu tiada orang Melayu menjadi pejuang jika tidak ada pejuang yang menyedarkannya.

Dalam memperkatakan soal kemerdekaan adanya kelompongan tentang sejarah perjuangan apabila penglibatan golongan agama yang memulakan perjuangan menyedarkan Melayu yang 'tidur' jarang disebutkan, ujarnya dalam pembentangan kertas kerja sempena Wacana Kemerdekaan terdahulu sebelum sesi soal jawab.

Menambah hujahnya, Dr Redzuan berkata, peranan golongan agama inilah yang membawa kepada kebangkitan yang membentuk kepada semangat menuntut kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957, katanya.

Bercakap lanjut mengenai sejarah awal penglibatan golongan agama dalam menyedarkan orang melayu agar bangkit menentang penjajah British beliau berkata, ia berlaku sekitar tahun 1906.

Katanya lagi, peranan golongan agama bermula daripada gologan yang mendapat pendedahan ketika belajar di Timur Tengah.

Rakyat sering digambarkan bahawa kononnya pada tahun 1946 tiba-tiba sahaja berlaku ledakan dimana seluruh Melayu di Semenanjung bangkit menentang Malayan Union.

Namun kata beliau, sebagai seorang sejarahwan, beliau melihat berlakunya proses menuntut kemerdekaan yang memuncak pada tahun 1946 itu, tidak mungkin tanpa sebarang ledakan awal yang menyedarkannya.

Sebenarnya, sepanjang 1906 hingga perang dunia kedua, digambarkan seolah-olah kaum Melayu ini pasif, seolah-olah menerima seadanhya pada mereka,katanya.

"Tiba-tiba pada tahun 1946 kononnya Melayu bangkit, bolehkah kebangkitan ini berlaku tiba-tiba?Tiba-tiba dibangkitkan oleh Dato' Onn, sebelum 1945 orang tak kenal Dato' Onn," katanya sinikal.

Sebenarnya, bermula tahun 1906, dengan penerbitan akhbar Al-Imam yang didukung oleh golongan agama, dan peranan penubuhan madrasah mencetus kesedaran di kalangan masyarakat Melayu mengenai ajaran Islam yang sebenar, katanya.

Golongan agamawan dan madrasah inilah yang menjadi golongan yang memberi kesedaran sosial politik Melayu, katanya.

Untuk uruskan kebangkitan ia memerlukan suatu jharingan yang melibatkan massa kerana kata Redzuan, pada waktu itu massa tak bersatu, katanya.

Ujarnya lagi, terdapat satu kelompok yang terdahulu sebenarnya menaikkan Dato' Onn Jaafar sebagai pemimpin.

Pada awal abad ke 20, semangat menentang penjajah dirintis Syed Jamaluddin Al Afghani bersama anak-anak muridnya antaranya Muhammad Abduh dan Rashid Redha.

Ketika itu pemimpin ini menyeru umat Islam bangkit dari penjajahan, dan penerbitan Al-Imam menjadi pemangkin kepada gerakan kesedaran ini.

Penubuhan Madrasah Diniah Padang Rengas, dan kemudiannya hingga kepada peranan Madrasah Ehya AS-Syarif Gunung Semanggol membangkitkan kesedaran Melayu menentang penjajah, katanya.
Orang Melayu tidak sedar mereka dijajah oleh british kerana kepintaran British menjajah Melayu hingga menyebabkan Melayu tidak merasainya, katanya

"Akhbar Al-Imam diterbitkan 5000 naskah sebulan.Impaknya besar kepada masyarakat Melayu.Orang Melayu harus bangun dari tidur, pendekatan kembali kepada ajaran ajaran Islam yang sebenar, menjadikan Umat Islam yang mampu membawa perubahan.

"Apa yang berlaku waktu itu, Melayu lemah, ada satu kelompok yang mahu Melayu bangkyit, dan menjadikan bangsa ini mampu bersaing, saya nak sebutkan pelajar Melayu Timur tengah di Kaherah, yang mereka ini terdedah kepada politik di Kaherah,

"Pelajar melayu bukanb sekadar belajar tetapi mendedahkan diri dengan pemimpin politik, antara pekrara yang dilakukan adalah menerbitkan akhbar Seruan Azhar dan Ittihad, surat khabar ini disebar ke tanah Melayu yang mana kandungannya tentang Islam," ujarnya.

Pada waktu itu sekolompok pelajar Melayu belajar di London seperti yang disebutkan dalam Memoir Tunku Abdul Rahman bahawa pelajar ketika itu masih berfoya-foya di kelab malam dan sebagainya hingga tiada dilihat usaha memperjuangkan kemerdekaan hingga akhir tahun 30-an barulah adanya kesedaran, katanya.

Peranan madrasah ini hinggalah terbentuknya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan sebaginya termasuk hingga Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang diharamkan oleh British selepas tiga bulan.

Justeru bagi beliau, dalam membicarakan Sejarah kemerdekaan, ternyata golonagn agama memainkan peranan penting memulakan menyemai semangat menentang penjajah,

"Sebab itulah pada awal 1940-an adanya kebangkitan, malangnya sumbangan mereka di awal ini terkadang tidak disebut, seperti yang main bolasepak, siapa yang menjaring gol sahaja yang didewa-dewakan, dan itulah yang berlaku dan harus kita nilai isu ini," katanya.

Diakhir pembentangannya, beliau menunjukkan gambar Tok Janggut digantung kepala ke bawha kaki ke atas oleh British yang mana ditepi tempat Tok Janggut digantung terdapatnya seorang anggota pasukan keselamatan berbangsa Melayu memakai songkok yang berkhidmat untuk British.

"Tok Janggut diijatuhkan hukuman gantung sampai mati diarak seluruh Kota Bharu sebelum digantung atas ke bawah, sebelah Tok Janggut ini ada seorang yang akai songkok ini polis yang berkhidmat zaman British," katanya sinis.

No comments: