Sejak seminggu lalu media-media alternatif dan tabloit cukup banyak menyiarkan berita tentang pemilihan jawatan tertinggi dalam PAS iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Paling awal menyatakan untuk bertanding Timbalan Presiden ialah, Mohammad Sabu kemudian, penyandang, Nasharudin Mat Isa dan terkini Tuan Ibrahim Tuan Man.
Manakala Ustaz Azizan Razak dan Husam Musa telahpun menolak untuk bertanding Timbalan Presiden kerana Husam hanya mahu bertanding Naib Presiden dan Azizan hanya AJK PAS Pusat.Kini hanya tinggal Salahuddin Ayub sahaja yang masih belum mengumumkannya.
Salahuddin dijangka akan menyertai pertandingan sengit kerusi Naib Presiden yang kini menjadi tumpuan Dato' Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad, Husam Musa, dan mungkin Nik Amar Nik Abdullah (belum umum).
Pastinya pertandingan kali ini nampak lebih sengit kerana banyak 'keputusan luar jangka' yang berlaku, termasuk ddi pihak Tuan Ibrahim yang saat akhir menyatakan kesudian bertanding Timbalan, walaupun sebelum ini menyatakan tidak mahu bertanding jawatan itu.
Pemilihan bakal diadakan pada 3 Jun ini selepas Perasmian Penuh Muktamar PAS ke-57, dan pastinya ianya lebih mendebarkan.Siapakah pimpinan yang bakal membarisi jawatankuasa pusat, pastinya yang boleh diandaikan ialah mereka yang mampu mendepani tuntutan berdepan pilihan raya umum ke-13.
Ini kerana saf pimpinan kali ini adalah saf depan yang harus menjadi tunjang kepada kekuatan parti berdepan Umno-BN pada PRU-13.
Perlu diingatkan bahawa, PAS menentang Umno, dan mereka yang layak dipilih mestilah memiliki ciri-ciri ini yang telah terbukti perjuangannya sejak dahulu, tidak kenal takut kepada tirai besi ISA, tidak gentar dengan penguasa zalim, tidak melayan kerenah dan taktik jahat Umno-BN, selain tahan dan harus seorang yang 'sederhana'.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment