Krisis di Mesir semakin konflik, Naib Presiden barunya, Umar Sulaiman yang juga proksi kepada Amerika Syarikat mula menyuarakan ugutan kepada rakyat kononnya pemerintah Mesir sudah tidak mampu menahan kesabaran akan himpunan yang diadakan seluruh rakyat.Meskipun ucapan itu berbentuk ugutan, namun rakyat Mesir tetap mara untuk menuntut agar Presidennya, Hosni Mubarak segera melepaskan jawatannya.Membincangkan isu ini, WAN NORDIN WAN YAACOB menemui AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar pada 9 yang ahli Parlimen Tumpat.
Soalan : Bagaimana mungkin konflik di Mesir boleh diselesaikan mengikut lunas demokrasi tanpa membabitkan kuasa besar terus campur tangan?
Kamarudin : Saya mahu menyatakan bahawa saya mendesak supaya Mesir dan juga komuniti antarabangsa mengambil berat serta memberi perhatian agar dapat melaksanakan cadangan-cadangan positif dan segera yang diutarakan oleh beberapa tokoh dunia tentang jalan penyelesaian konflik yang sedang berlaku di Mesir ketika ini.
Apa yang dapat dilihat hingga ke saat ini, sambutan rakyat untuk terus memberi sokongan ke atas gerakan demonstran menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak segera melepaskan jawatan semakin meningkat, walaupun Naib Presiden barunya, Umar Sulaiman telah memberi satu kenyataan dan isyarat berbentuk ugutan bahawa kerajaan pemerintah Mesir tidak lagi mampu bertahan dari segi himpunan itu.Apa yang pastinya dengan ugutan itupun, rakyat sebaliknya semakin berani turun ke jalan raya bukan sahaja di Kaheran, Iskandariah, tetapi kini membabitkan seluruh Mesir,Kita dapat lihat bahawa kebangkitan rakyat ini semakin memuncak dengan seluruh rakyat tanpa mengira agama ataupun kepercayaan mendesak Mubarak segera turun tahta.
Soalan : Apa jalan penyelesainya?
Kamarudin : Saya mahu merujuk sokongan kita kepada apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu pertemuan di Turki baru-baru ini yang secara jelasnya memberi cadangan dengan apa yang disifatkan sebagai 'route map' bagi menentukan masa depan Mesir.Cadangannya itu mengandungi cadangan yang konkrit yang perlu dan harus disokongan oleh masyarakat komuniti antarabangsa, termasuk Malaysia selaku rakan dalam Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
Antaranya Erdogan mencadangkan agar diadakan satu pilihan raya umum yang bebas, adil dan diawasi oleh satu kumpulan pemerhati antarabangsa (Internationals Observations) yang mana dengan cara mengadakan pilihan raya umum ini ini untuk memilih satu kerajaan baru ikut peraturan yang bebas dan terbuka.
Seterusnya Erdogan ada menyatakan agar peralihan kuasa diadakann serta-merta bukan seperti yang dicadang oleh Mubarak iaitu sehingga bulan September 2011 ini.Seterusnya Erdogan ada menyatakan bahawa perlunya satu kerajaan sementara dipersetujui untuk dibentuk hasil daripada perbincanag semua pihak yang terlibat dalam politik Mesir ini.Yang keempat beliau mencadangkan agar sesiapa sahaja individu mahupun pemimpin yang didapati terlibat dalam keganasan, samada polis, tentera atau orang awam yang mengakibatkan kematian dalam 16 hari ini dihadapkan ke mahkamah untuk diadli.
Seterusnya dicadangkan agar tempoh peralihan kuasa ini dan tarikh-tarikhnya dilaksanakan dan diumum kepada seluruh rakyat Mesir dengan jelas.Keenamnya ialah supaya satu sistem pilihan raya yang benar-benar adil, bebas dipersetujui sebagai prinsip dalam demokrasi pilihan raya di Mesir.
Ketujuhnya dalam cadangannya, Erdogan ada menyatakan bahawa masa depan Mesir mestilah ditentukan, diputusankan dan dipilih oleh orang Mesir sahaja.Seharusnya tiada campur tangan kuasa besar dan negara asing kerana demokrasi di negara berkenaan haruslah rakyat Mesir yang menentukannya termasuk melalui pilihan raya umum.
Dalam route map tersebut juga Erdogan ada menggariskan cadangkan supaya setelah diadakan pilihan raya yang bebas, adil dan telus, keputusan pilihan raya itu haruslah diumumkan secepat mungkin samada dalam masa 24 jam ataupun selewat-lewatnya tiga hari bagi mengelak sebarang penipuan, manipulasi dan sabotaj dilakukan pihak tertentu.
Akhirnya Erdogan juga mencadangkan supaya masalah-maslaah ekonomi Mesir yang menjadi salah satu punca kepada bangkitnya rakyat menentang pemerintahan Mubarak yang tidak bebas dan menindas itu salah satu penyelesaiannya ialah dengan mengadakan satu persidangan membabitkan negara-negara yang mahu membantu Mesir pulih dari ekonominya diadakan. Ia boleh dilakukan seperti yang komuniti dunia pernah lalukan ke atas Haiti ketika bergolak dahulu dan beberapa negara lain.Sehubungan itu, saya mahu mencadangkan agar masyarakat dunia termasuk Malaysia, OIC dan negara yang prihatin dengan konflik di Mesir ini menyuarakan apa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Turki ini dalam mencari penyelesaian konkrit ke atas konflik di Mesir ini.
Soalan : Apa yang dapat dilihat hari ini, Amerika Syarikat selaku kuasa besar dan mempunyai pengaruh yang sangat besar di Mesir melalui Mubarak masih lagi mempengaruhi negara tersebut dalam merencana keputusan-keputusan kerana adanya kepentingan negara itu di Mesir seperti Terus Suez (Gas dan Petroleum) dan negara Israel.Bagaimana untuk atasi pengaruh ini dan membebaskan Mesir dari cengkaman tersebut?
Kamarudin : Sebab itulah secara jelasnya dalam cadangan tersebut Erdogan ada menyatakan masa depan Mesir perlu ditentukan oleh rakyat Mesi.Ini mesej jelas kepada Amerika, Rusia, Cina dan Eeropah termasuk Israel sendiri agar jangan mencampuri urusan Mesir ini.Negara dunia harus memastikan tertegaknya demokrasi di Mesir dengan rakyatnya bebas memilih pemerintah yang dikehendaki.Selain itu juga Erdogan menyentuh juga secara tidak langsung supaya diwujudkan segera kerajaan sementara, dengan peralihan yang dipersetujui melalui rundingan di antara kumpulan dalam Mesir itu.Sudah tentunya ekonomi Mesir akan diambil kira oleh kerajaan sementara ini tanpa mengabaikan tanggungjawabnya termasuk di Terusan Suez selaku jalan perhubungan minyak dunia.Apa yang penting kewujudan kerajaan sementara ini perlu disegerakan dan Mubarak harus melepaskan jawatannya segera bagi diadakan kerajaan sementara ini.
Soalan : Maknanya kerajaan ini hanya membabitkan wakil-wakil kumpulan dan rakyat Mesir secara total?
Kamarudin : Ya masyarakat di Mesir yang mewakili semua kepentingan negara dan rakyat mesir sementara diadakan pilihan raya yang diawasi pemerhati antarabngsa melalui proses demokrasi bebas.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment