Friday, January 14, 2011

Najib perlu letak jawatan jika gagal sahut debat dengan Anwar

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak digesa berundur dari jawatannya jika gagal menyahut pelawaan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dalam isu Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat.

Demikian telahan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah mengulas keenganan Najib berdebat, sedangkan Perdana Menteri itu sebelum ini mengkritik Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat.

"Najib perlu terima pelawaan Anwar, ini soal dasar negara, soal siapa menang kalah tak timbul dalam perdebatan ini, tetapi jika dia gagal untuk terima
pelawaan ini, dia kena letak jawatan," kata Mahfuz pada 14 Januari lalu.

"Nampak sangat Najib gelabah.Sebenarnya mereka tak mampu buat apa yang kami (Pakatan Rakyat) tawarkan.Mereka (Umno) hanya mementingkan kroni, mereka tarik subsidi minyak siksa rakyat dengan pelbagai kenaikan barangan dan keperluan.

"Kita (Pakatan Rakyat) tawarkan perkara-perkara yang benar-benar menyentuh rakyat.RM500 kepada golongan pendidik, ini kerajaan tak mampu beri,Soal memansuhkan tol, ini kerajaan tak mampu buat, semua yang kita tawarkan ini benar-benar memberi tekanan kepada kerajaan Umno," katanya.

Mengulas kenyataan Najib yang menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat hanya akan menggadai masa depan anak cucu sebenarnya kata Mahfuz menampakkan lagi bahawa Umno tidak menyebelahi rakyat.

Tawaran yang dikemukakan Pakatan Rakyat telah mengambilkira bagaimana penjimatan wang negara boleh dibuat dengan urus tadbir yang sangat baik, katanya.

Sedangkan apa yang diamalkan kerajaan Umno/BN adalah sebaliknya, wang rakyat digunakan bagi menanggung perbelanjaan mewah pimpinan negara termasuk Najib sendiri.

Beliau menyelar kenyataan Najib yang mendakwa Pakatan Rakyat membuat tawaran yang berbentuk populis, dan tidak memikirkan soal kewangan negara.

"Apa guna Najib pohon RM65 juta untuk baiki rumah Perdana Menteri.Apa guna kerajaan guna wang rakyat bayar perunding Israel, Apco Worldwide untuk pulihkan imej kerajaan di mata dunia, apa guna kerajaan tarik subsidi dengan naikkan harga minyak petrol? adakah ini sebenarnya bukan satu pendekatan populis yang merugikan rakyat?," soal beliau.

Beliau yakin, rakyat dapat menilai dan mampu melihat bagaimana tawaran Pakatan Rakyat ini sebenarnya sesuatu yang sangat realistik dan mampu dilaksanakan.

"Yang penting kita buat pendekatan samada populis atau tak ianya menyebelahi rakyat, bukannya kepimpinan kerajaan.Ini yang menyebabkan Najib sangat tertekan," katanya.

Najib pada 10 Januari lalu membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dengan menyifatkan ia sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja,
mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Antara janji Pakatan Rakyat yang dibentang dalam konvensyen kedua di Kepala Batas 19 Disember lalu ialah :

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami

mendapat mandat rakyat, pakatan Rakyat menjanjikan akan melaksanakan

program berikut:

1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya

untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan

tujuan menghapuskan tol.

3. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada

pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana

bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi

rakyat.

4. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan

memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap

seorang.

5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi

pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di

kawasan bandar dan separa bandar.

7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang

kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang

tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

No comments: