WAN NORDIN WAN YAACOB
(Analisis)
Mutakhir ini Umno/Barisan Nasional (BN) semakin 'hangat' menyerang dan menghentam Pakatan Rakyat terutamanya ketika pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) baru-baru ini dan melebar kepada PAS di Kelantan pula akhir-akhir ini.
Sebaik 'lumat' mengerjagakan kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mereka beralih kepada usaha melaga-lagakan PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat yang lain.
Sentimen berbau perkauman cukup kuat, dengan media-media arus perdana menjadi 'kuda tunggangan' untuk ditunggang semahunya mengikut selera pimpinan kerajaan.
Perkiraan mereka mudah, agar rakyat semahunya mengikut segala agin propaganda yang dilayangkan walaupun kepada tahap memperbodohkan 'seperti lembu diikat hidung'.
Anggapan mereka, rakyat ini seperti pada tahun-tahun 60 hingga 80-an, semuanya boleh ditarik mengikut irama dan tari lenggang 'mak limah' dengan lagu 'tiga kupang'.
Sedangkan arus kemodenan dengan teknologi tinggi dan dunia tanpa sempadan mampu membundarkan pemikiran manusia bukan lagi seperti era awal pemerintahan Umno/BN di Malaya (Malaysia).
Tsunami 2008 tidak mungkin telah dijangka Umno hingga mengorbankan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baharu sahaja mahu mencipta tamadun yang sedikit berbeza dari Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pertanian sebagai asas kepembangunan.
Abdullah jatuh tersungkur dengan Mahathir cukup berperanan merosakkan imejnya, ditambah dengan permainan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendapat 'laba' selaku Timbalan Perdana Menteri setelah naiknya Najib dan jatuhnya Abdullah.
Kini perperangan lebih 'tersusun'.Abdullah musuh yang cukup mudah ditewaskan bukan seperti Najib yang memiliki sedikit akal seperti bapanya, Tun Abdul Razak Hussin.
Lebih-lebih lagi Najib memiliki penasihat 'Datin seri Rosmah Mansor' yang cukup mahir selok belok dalam politik negara,Masakan beliau mampu memberi 'idea' hingga timbulnya minat Najib 'turun padang' menemui rakyat dibawah.
Benar kata seorang anggota pemikir Anwar, Eekmal bahawa Najib kini 'menang' imej walaupun dalam keadaan BN sebenarnya terumbang ambing.
Bisakah Najib melihat sebuah kejatuhan seperti yang Abdullah alami, hingga kedudukannya sendiri terancam.Pasca pilihan raya 2008 kelihatan Umno/BN seperti mula sedar, perpecahan akan menyebabkan mereka 'diambang kejatuhan'
Najib membawa lagu kononnya Umno dan parti dalam BN mula sepakat, mengumpul kekuatan dengan kesepaduan.Lihat sahaja pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Galas dan Batu sapi.Mereka memperlihatkan kesepaduan walaupun sebenarnya 'hanya lakonan'.
Rakyat yang tidak mampu membaca sejauh itu, mula yakin dengan propaganda kononnya Umno/BN semakin mantap, dan kononnya kepimpinan baru ini sudah mula membawa perubahan yang jauh lebih baik.
Biarpun mengumumkan kenaikan minyak telah dua kali pada tahun ini, rakyat seolah-olah tidak menampakkan riak terlalu marah, dan pastinya media milik Umno/BN memainkan peranan sebaiknya dengan mempropagandakan penurunan subsidi bukan kenaikan.
Rakyat kebanyakannya masih 'dalam dilema'.Momokan media memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat 'berjaya' melahirkan sebilangan rakyat yang berfikiran 'politik semuanya sama'.
Agenda 'mempatenkan' semula pemikiran rakyat nampaknya berhasil, dan inilah pemusatan fikiran yang membawa kepada negara semakin disundali propaganda media yang cukup curang dan memualkan.
Umno/BN mahukan rakyat walaupun ada yang memiliki pengetahun tinggi dalam pendidikan, namun 'hanya seperti robot' yang tahunya ikut sahaja 'sanad' media-media yang curang.
Menjelang pilihan raya umum ke-13, permainan media yang cukup melampau digunakan semula.Bayangan rejim kepimpinan Mahathir mula kelihatan melakari pemerintahan Najib.
Tiba-tiba sahaja mereka 'berlakon' menunjukkan ketelusan dengan menghadapkan Dato' Seri Mohd Khir Toyo ke mahkamah dalam isu pembelian tanah, walhal ianya sekadar sandiwara untuk mendapatkan keyakinan rakyat.
Senyuman Khir Toyo sewaktu masuk ke kamar mahkamah membawa gambaran ia satu lagi episod untuk 'membonekakan' menjelang pilihan raya umum ke-13.
Apakah Pakatan Rakyat akan mampu untuk mematahkan semua dakyah Umno/BN yang mampu 'mempatenkan' pemikiran rakyat, nampaknya ia satu usaha yang sukar jika Pakatan Rakyat terus 'memiliki ruang untuk diserang' dari dalam mahupun luar.'
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment