Dalam meneliti isu-isu yang berlaku mutakhir ini, termasuk isu Ketuanan Melayu, isu Timbalan Perdana Menteri dikalangan orang Cina, dan isu perkauman sempit yang sering dilagukan oleh media pro-Umno, rakyat terdedah kepada 'sentimen' yang menentukan siapa yang layak disokong ideanya.
Mudah sahaja, dalamn isu Ketuanan Melayu, telahan Dato' Mahfuz Omar bahawa ketuanan melayu akan dihormati jika kita bermaruah, tetapi ketuanan Melayu akan rebah jika kita membiarkan pemimpin Melayu merompak, menyamun, merasuah, menyeleweng dan mengangkut wang rakyat sewenang-wenangnya.
Dalam isu TPM dikalangan Cina, perkiraannya mudah sahaja, dalam amalan demokrasi yang ada hari ini, siapa menang dialah yang akan tentukan bentuk bagaimana kepimpinan yang mentadbir, dasar dan pendekatan.Tak perlu ia dipolemikkan hingga kita menuruti sahaja gerak tari yang dilayangkan media pro-Umno.
Setersunya, dalam persoalan isu TPM ini, yang penting ialah apa yang diperingatkan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa kita perlu perkuatkan dahulu parti, sebelum sibuk-sibuk nak membincangkan soal Putrajaya.
Ya ada benarnya, sasaran perlu berdasarkan kepada sejauhmana gerak kerja kita telah lakukan, jangan nanti 'yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat"...
Orang politik boleh memikirkanya, namun mungkin selera, nafsu dan pendekatan sahaja yang berbeza.terpulang pada masing-masing untuk meneliti, apakah pendekatan yang dibuat akan membawa keuntungan, atau sebaliknya..
Persoalan pertarungan politik, siapa cerdik dan dapat menguasai massa dengan sokongan yang kuat, dialah yang akan menang.Dalam hal ini kepimpinan Pakatan Rakyat perlu segera merobah suasana agar 'mood' kembali kepada kita/////....
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment