Mutakhir ini timbul pula isu Maghribi yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Repulik Islam Iran.
Entah kenapa tiba-tiba Maghribi sanggup memutuskan hubungannya dengan Iran, walhal Iran sebagai sebuah negara Islam yang benar-benar tidak gentar dengan tekanan yang mereka hadapi dari Amerika Syarikat.
Sebut sahaja Iran, ramai yang kata negara ini Syiah, pimpinannya Syiah dan presidennya Syiah.Apakah tiada alasan lain yang jauh lebih 'rasional' dalam memutuskan persoalan Iran?
Negara-negara kesatuan Arab dilihat membisu dalam isu Palestin dan Lubnan, dan tatkala Lubnan dan Palestin dicengkam penindasan rejim Zionis Israel, Iran negara yang datang membantu.
Negara-negara Arab yang lain semuanya tunduk kepada Amerika, lantas ada pimpinan negara Arab tanpa segan silu berbaik dengan Israel, memberi peluang kepada negara haram itu untuk terus menekan Palestin.
Ini suatu fakta yang tidak boleh kita sangkalkan, namun ada juga manusia di bumi Malaysia ini yang nampak jalan Maghribi memutuskan hubungan dengan Iran sebagai suatu perkembangan yang baik.
Inilah masalah yang sedang melanda umat Islam hari ini, mereka lebih rela bekerjasama dengan negara haram berbanding terus menjalinkan kerjasama dengan negara Islam yang sedikit lain fahamannya....
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment