Monday, July 5, 2010

Wawancara khas bersama ADUN PAROI, misi dan visi menjelang PRU-13!

Dun Paroi, adalah Dun Sulung yang berjaya ditawan PAS di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu.Dun ini terletak di Senawang namun ianya diletakkan di bawah Parlimen Rembau.Sejak menang di Dun Paroi, PAS menjadikan azimat kemenangan untuk menempa lagi banyak kemenangan.Namun dalam masa yang sama Dun Paroi perlu dipertahankan.Membincangkannya WAN NORDIN WAN YAACOB dan FAIZ ABDULLAH menemui wakil rakyat Dun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani di Pusat Khidmat Dun Paroi di Taman Tasek Jaya 4 Julai lalu.

Harakah : Bagaimana perkembangan Dun Paroi yang mana satu-satunya Dun yang berjaya ditawan PAS di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum yang lalu?

Mohd Taufek : Paroi merupakan Dun pertama yang PAS menang dan Dun dimana pengundinya paling ramai di negeri ini iaitu 23,000.Sebenarnya dari segi kapasiti penduduknya ialah lebih tinggi dari jumlah pengundi itu, saya yakin mencecah 30,000.Ada yang duduk di sini tetapi mengundi di luar.Kelebihan kita di Paroi ialah kawasan bandar dan hanya ada satu dua sahaja kampung baru yang dekat sangat dengan bandar, nama sahaja kampung tetapi adanya lot banglo, kawasan moden.Sementara taman-taman perumahan pula ada hampir 40 buah taman.Semua ini menggambarkan bahawa Dun Paroi kawasan 'middle class' yang mana duduknya pegawai kerajaan pekerja swasta dan kawasan penrindustrian, kerja kilang dari bawahan hingga Jurutera.Paroi ini tidak sama dengan kawasan di Felda seperti Serting dan Palong.Kemenangan Paroi ini salah satu faktornya kerana kita berjaya yakinkan rakyat 'middle class' ini kepada maklumat, mereka ada pengetahuanm dan golongan ini berfikir hingga mereka ini membantu kita.

Harakah : Apabila kita telah mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 2008, bagaimana pula pengisiannya?

Mohd Taufek : Bagi saya kita mahu tunjukkan Paroi ini contoh bagaimana PAS boleh berperanan dan menyumbang kepada rakyat serta negeri ini.Sebab itu bagi saya apa yang telah kita buat setakat ini ialah kita lihat kawasan ini sebagai kawasan bandar, rakyatnya peratusan orang yang mengharapkan bantuan tidak tinggi tetapi mereka mahukan infrastruktur kawasan ini baik, kemudahan awam lain baik dan persekitaran yang sangat baik, segala masalah sosial dan sebagainya yang tidak memerlukan kewangan atau perbelanjaan yang besar, sebaliknya kita hanya perlu mengambil laporan dan menyerahkan pada pihak-pihak yang bertanggungjawaba seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan yang lain.Kita cuba respons dengan cepat apa masalah yang dihadapi rakyat, dan setakat ini hampir 80 peratus dari masalah di sini dapat kita tangani.Cuma ada setakat 20 iaitu masalah ramai pekerja kilang yang dibuang kerja memandangkan masalah ekonomi yang teruk yang menyebabkan kilang-kilang banyak yang ditutup.Mereka hadapi masalah pendapatan, selain itu masalah ibu tunggal dan masalah ini kita ajukan kepada Jabatahn kebajikan, kita menjadi pemudah cara kerana kita kena akui juga bahawa di sana (agensi kerajaan), dari segi halangan protokol dan birokrasinya kuat, apabila mereka lihat tandatangan wakil rakyat pembangkang, mereka tak layan, jadi mereka ini akan marah kepada orang yang hantar surat ini, jadi sebagai jalan terbaik kita mudahkan pemohon dengan mengisikan borang mengikut peruntukan dan prosedurnya, dan kita semak dookumen itu lengkap aiatu tidak.Jika mereka ini tidak boleh pergi kita tolong hantarkan walaupun di sana tiada tandatangan saya, tetapi rakyat tahu saya membantu mereka.Dari segi kelemahan kerajaan negeri yang ada hari ini iualah saluran maklumat tidak sampai ke bawah, rakyat tidak tahu apakah bantuan yang mereka boleh dapat dan sebagainya.Ini kita cuba bantu, kita yakin kita berjaya mengikut rekodnya.Yang hadir ke Dun Paroi hampir 3000 kes.Dari segi pembangunan saya yakin rakyat berpuas hati kerana banyak projek-projek yang terbengkalai dahulu ketika dizaman BN, kita bangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri, kita bangkitkan dalam akhbar Harakah, Sinar Harian dan akhbar Cina, akhirnya benda itu dapat respon dari kerajaan.Sebagai contoh kes Kelinik Kesihatan Senawang yang terbengkalai dahulu ketika zaman Bibi Sharliza (bekas Adun Paroi, Bibi Sharliza Mohd Khalid) dimana klinik itu tidak siap menyebabkan rakyat komplen, akhirnya pada zaman saya menjadi wakil rakyat klinik ini telah disiapkan.Satu lagi isu jejantas di sekolah Paroi, kita berjaya selesaikan dizaman kita menjadi wakil rakyat.Isu sekolah kebangsaan tamil di Jalan Sungai Gadut yang sering menghadapi banjir kilat, Alhamdulilah di zaman kita ini kita beri tumpuan membawa isu itu akhirnya mereka dapat bangunan baru.Kita perjuangkan dalam sidang dewan, saya yakin rakyat dapat melihat benda ini.Walaupun kita bukan kerajaan tetapi saya yakin rakyat dapat melihat apa yang kita buat.

Apa pendekatan yang Dun Paroi buat?

Mohd Taufek : Paroi ini antara yang paling kehadapan dari segi kemudahan berbeza dengan Palong, Serting dan sebagainya.Cuma adalah sedikit masalah yang belum selesai seperti masalah sosial di Dataran Senawang yang mana menjadi tempat lepak dan sebagainya kalangan remaja, namun kita cuba untuk mengatasi isu itu dan adalah sedikit pengurangannya apabila kita selalu buat program di situ.Kita ada buat konvoi motor, program ambang Ramadhan, program bersama anak muda dan sebagainya, Pemuda PAS dan muslimat pula buat program kaunseling.

Dun Paroi akan menjadi tumpuan BN untuk merampas, sementara PAS untuk mempertahankannya, apa faedah yang boleh rakyat dapat dari persaingan ini?

Mohd Taufek : Paroi ini akan menjadi tumpuan dua-dua pihak, seperti saudara Wan Nordin katakan tadi, kerana saya lihat perkembangan mutakhir ini di Dun ini BN juga telah mengwujudkan tiga pusat khidmat mereka, jadi kebaikannya kepada rakyat, yang penting masalah rakyat dapat disuarakan.Saya tahu rakyat inilah kelebihan apabila kita menang di sini kerana dengan kehadiran kita di sini, Umno/BN akan mencari jalan untuk turut memenangi hati rakyat.Ini yang rakyat kena fikir kerana peranan kita besar, kita mahu beritahu kepada rakyat bagaimana kerja wakil rakyat itu.


Kalau kita lihat banyak yang kata pilihan raya 13 golongan anak muda antara penyumbang kepada kemenangan PAS mahupun parti Pakatan Rakyat yang lain, apakah pelan Dun Paroi untuk menambat hati golongan ini?

Mohd Taufek : Kita telah meminta kerjasama dengan Pemuda PAS mahupun Pakatan Rakyat di Rembau untuk menarik golongan muda ini, dan kita akui bahawa kita bukanlah puas hati dengan sokongan yang ada kerana masih banyak lagi kelemahan yang ada.Kita kena atasi kelemahan yang ada, namun setakat ini banyak program yang kita buat, alhamdulillah mendapat sokongan anak-anak muda.Apa yang paling penting anak muda ini saya nak pastikan mereka mendaftar mengundi, kerana golongan muda ini kritis mereka mudah faham dan akses kepada maklumat, jadi kita fokuskan kepada golongan muda.Kita perlu gerekkan pendaftaran golongan muda ini dengan kempen besar-besaran.


Ada tanggapan menyatakan kemenangan Dun Paroi pada tahun 2008 juga antaranya kerana sokongan bukan Islam kepada pembangkang ketika itu, adakah mungkin faktor ini masih menjadi antara penyumbang kepada sokongan pada PRK-13 nanti?

Mohd Taufek : Paroi ini sebenarnya memiliki peratusna pengundi Melayunya yang agak tinggi iaitu 70 peratus, dan bukan Islam 30 peratus.Komposisi pengundi ini sama seperti di Dun Klawang, Dun Bagan Pinang dan beberapa tempat lain.Pada tahun 2008, kita sedar tsunami politik kaum Cina dan India juga membantu kita menang di Paroi dan dibanyak kawasan lain.Tetapi di sana tidak cukup jika kita mahu berharap kepada faktir tersebut sahaja, usaha perlu dibuat untuk meraih sokongan Melayu yang menjadi majoriti di sini.Sebab itu saya sebutkan rakan-rakan agar kita terus mengekalkan sokongan masyarakat Cina kerana masyarakat Cina ini mereka mudah untuk membuka minda mereka menerima maklumat dan pembaharuan, seterusnya kita perlu menggandakan sokongan kaum Melayu.Akhbar Cina mudah memberi maklumat, kita mahu petugas kita membuat hubungan dengan masyarakat Cina.Kita sedar, masyarakat India juga banyak kita buat program, kita buat program di ladang Kompok, program turun padang di tadika dalam estet, kita sedari tumpuan kepada masyarakat India juga sangat penting, di estet ini banyak isu kemiskinan.

Masyarakat Melayu pula bagaimana?

Mohd Taufek : Setakat yang kita lihat hari ini dari segi sambutan program, orang Melayu ini kita akui dan yakin masih kekalkan sokongan mereka, kerana sokongan pada PRU 2008 tidak berubah.Apa yang saya buat ialah kita selalu buat ptrogram turun padang di Surau, Masjid., walaupun saya duduk di Taman Marida tetapi saya buat giliran di masjid-masjid di Paroi.Kita turun sambil dengar masalah.Yang hadir ke masjid ini kebanyakannya pemimpin masyarakat, mereka banyak adu masalah kepada kami.Di peringkat muslimat pula ada yang terbabit dengan NGO wanita yang mana undi wanita ini penting untuk kita mendepani.Ini cara kita dapatkan sokongan.Di sini ramai anak-anak muda yang kebanyakan umur 40 tahun ke bawah yang terdedah kepada maklumat, justeru mereka ini mudah kita dekati dengan teknologi seperti blog, facebook dan sebagainya.


Kerjasama Pakatan Rakyat di Paroi khususnya, Negeri Sembilan amnya, bagaimana YB melihat?

Mohd Taufek : Saya yakin kerjasama kita semakin baik dengan DAP, dan KeADILan.Tetapi di Rembau ini kita lebih dekat dengan KeADILan sebab di Rembau kebanyakan kawasan tiada DAP kecuali di Rantau sahaja.Sebab di sini majoritinya Melayu dan bukannya Cina.Kita manfaatkan DHPP dengan Mr Yau Con Seng di peringkat negeri secara keseluruahnnya, masalah masyarakat Cina ini Mr Yau membantu kita seperti banjir di Kambung Baru Paroi, kita membantu mereka dengan Yau sebagai orang tengah.Kerjasama dengan Pakatan Rakyat semakin kuita dan Negeri Sembilan ini jika kita mahu menang, sepatutnya negeri ini negeri yang seterusnya kita menang sebab kita ranking ke enam selepas Perak, insyaAllah pada pilihan raya akan datang ini kita yakin akan menang kerana negeri ini hampir kepada kemenangan dengan empat sahaja kerusi yang memisahkan Pakatan Rakyat dengan BN.

Setakat ini agenda memenangi N9 ini bagaimana, adakah akan menjadi realiti pada PRU-13 nanti?

Mohd Taufek : Segalanya lebih terletak kepada bahu PAS sebab kita banyak bertanding tetapi pada PRU 2008 kita tak banyak menang.Kita bertanding 13 tetapi menang 1 sahaja.Kita bersama rakan-rakan menjadikan PRU-13 ini masa yang terbaik untuk kita ambil alih negeri ini dari tangan BN, jika kita gagal, saya rasa lagi lama kita perlu tunggu untuk merampas kerajaan yang ada.Kita nak dapat peluang yang sama susah, kali ini sudah ada 15 kerusi yang berjaya ditadbir dengan baik walaupun ada kelemahan, rakyat dapat lihat perbezaannya.Kelebihan PRU-13 ini kita telah ada kerajaan Pakatan Rakyat contoh, kita faham Umno tidak akan duduk diam, kita dan petugas jangan berdiam dan rasa selesa kerana Umno sedang buat kerja, hari ini pun kita dapat lihat Umno semakin rancak menyerang dan menghentam kita, saya rasa ini petanda bahawa pilihan raya umum sudah semakin hampirlah, justeru kita ken bersedia, paling lewat pertengahan tahun depan (2011).PAS Rembau kita telah mulakan kerja pilihan raya, kursus pilihan raya dengan melengkapi petugas dengan ilmu pilihan raya, saya yakin persiapan kali ini lebih baik dari tahun 2008, saya juga jemput rakan komponen DAP dan KeADILan melibatkan diri dalam proses memantapkan kerja pilihan raya.PAS Rembau juga diamanahkan mendapatkan satu lagi kerusi selain mempertahankan Dun Paroi ini.Saya yakin kita bergerak awal dan kita mahu kali ini kita akan dapat lagi satu Dun di Rembau, dengan kita kekalkan momentum insyaAllah.Peluang lebih besar cuma hati-hati dengan taktik Umno termasuk momokan kononnya daftar undi pemuda Melayu berbanding Cina pada kadar nisbah 1:40.Kita kena sentiasa bersedia dengan taktik Umno.

Sekian sahaja YB, terima kasih.

Mohd Taufek : Terima kasih juga kepada Harakah kerana sudi mewawancara saya.

No comments: