WAN NORDIN WAN YAACOB
(analisa)
Meskipun Muktamar PAS ke-56 telah secara rasminya tamat pada 13 Jun lalu, namun aspirasi perjuangan dari muktamar yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membawa makna yang sangat besar dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.
Ucapan penggulungan yang disematkan Ustaz Hadi membungkam semangat juang yang tinggi para perwakilan dan ahli PAS untuk sama berikrar memperkukuhkan parti bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dari tangan BN.
Laungan Ustaz Hadi "Adakah anda tahu Putrajaya? Adakah anda pernah ke Putrajaya? Suatu hari kita akan mengambil alih Putrajaya," mempersona seluruh perwakilan yang menyahut dengan laungan Takbirr "Allahukahbar".
Kelangsungan ucapan Ustaz Hadi membawa kepada pelan bertindak yang telah disenaraikan dalam ucapan dasarnya sebelum ini ketika merasmikan Majlis Pembukaan Muktamar ke-56 di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (Putik).
Setelah ucapan dasar dihadam dan diperbahaskan oleh perwakilan yang datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari bukan Islam, gagasan "Islam Adil Untuk Semua" dapat diterjemahkan untuk menjadi santapan dalam menggerakkan strategi.
Idea yang sangat baik disampaikan Ustaz Hadi ini perlu dilunaskan dengan pendekatan-pendekatan yang telah digariskan setiap dewan, dan PAS Pusat untuk memastikan gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 bertambah mantap.
Sasaran pendaftaran pengundi yang disebutkan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman kepada unit peti undi (UPU), Kawasan dan Negeri perlu dipandang serius.
Selain itu, dana da penyediaan tenaga kerja, jurulatih dan kepimpinan negeri, kawasan yang berkualiti perlu direalisasikan dengan wujudnya Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS).
Pastinya sesi permukiman pimpinan tertinggi PAS selama tiga hari-kira-kira seminggu dari 13 Jun untuk membincangkan cadangan dan perbincangan sepanjang muktamar kali ini bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang akan membawa makna yang besar.
Paling penting, pelan bertindak itu perlu sama-sama juga digarab untuk memfokuskan usaha menarik undi tradisi PAS iaitu dikalangan orang Islam sementara meneruskan kerjasama dengan bukan Islam.
Benar seperti kata Perwakilan Perak, Drs Idham Lim Abdullah, PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat kini perlu menumpukan terus 'serangan' kepada musuh iaitu Umno/BN.
Insya-Allah, katanya, selepas bulan Ramadhan tahun ini, PAS akan bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum ke-13.
Pada masa yang sama, PAS juga akan melaksanakan beberapa inisiatif baru yang mensasarkan segmen pengundi.
Usaha yang dicanangkan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam rancangan sayapnya untuk melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap PAS tepat pada masanya.
Gerakan Gempa yang mensasarkan kira-kira 2.2 juta golongan muda yang layak mengundi tetapi belum lagi mendaftar sejajar dengan peringatan oleh Ustaz Halim dan selari dengan kehendak Presiden PAS.
Sementara usaha Pengerusi Lajnah Tanah dan Wilayah PAS, Mazlan Aliman yang akan memperhebat usaha untuk mendidik dua juta orang Melayu di kawasan luar bandar berpotensi untuk membawa perubahan kepada politik negara.
Demikian juga peranan Muslimat PAS yang digariskan dalam Ucapan Dasar Ketua Muslimat yang mendambakan ahlinya istiqamah membantu parti dalam menggerakkan massa.
Usul yang dibawa mengecam kekejaman Israel Laknatullah sangat bermakna dalam menggerakkan arus massa memandangkan kerajaan Umno/Bn juga kini dipalitkan skandal perjanjian dengan APCO Worldwide sebuah syarikat perunding berkepentingan Yahudi.
Namun jangan terlupa gerakan mentarbiyah dan memperkasakan parti seperti yang dilaungkan Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar dan seterusnya semasa membawa usul ke Muktamar Pusat adalah faktor penting untuk menentukan kejayaan menawan Putrajaya nanti satu kejayaan yang hakiki.
Hanya dengan dasar Islam yang syumul, dan keadilan yang dijanjikan oleh Islam, sesebuah gerakan itu akan menuju ke mercunya dengan pengertian yang sebenar.
Dengan agenda 'Sepakat Menuju Putrajaya' dan aspirasi "Islam Adil Untuk Semua" yang disebut Presiden PAS yakinlah gerakan Islam tertua di negara ini (PAS) akan berupaya melakukan perubahan besar termasuk menawan Putrajaya bersama komponen Pakatan Rakyat.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment