Friday, June 4, 2010

Pakatan Rakyat kesal Najib tidak bersama rakyat 'kutuk' kekejaman Yahudi Laknatullah


WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengasingkan diri dari bersama rakyat mengutuk tindakan kejam tentera
rejim Zionis Israel menyerang aktivis dalam misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat meja bulat pimpinan Pakatan Rakyat bersama badan bukan kerajaan di Kampung Baru
berkata persidangan 4 Jun lalu telah melakar sejarahnya yang tersendiri kerana berjaya diatur dalam masa yang singkat.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana tidak ada wakil dari Barisan Nasional mahupun Najib Razak walaupun jemputan telah diberikan lebih awal.

Turut hadir pada persidangan meja bulat termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa serta pimpinan Pakatan Rakyat
dan NGO.

Anwar maklumkan bahawa persidangan meja bulat tersebuttelah melakar satu sejarah kepada Pakatan Rakyat dan juga NGO.

"Pelan tindakan keadilan dan keamanan untuk Gaza yang telah dianjurkan pada 4 Jun 2010 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur mengambil pendirian bersama untuk
mengutuk serangan Israel ke atas misi kapal kemanusiaan ke Gaza sebagai suatu tindakan ganas dan jenayah ke atas kemanusiaan.

"Dengan kesepakatan bersama kami mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa, kami dengan ini merumuskan

1. Mengutuk dengan sekeras-kerasnya keganasan rejim Zionis Israel keatas aktivis misi keamanan berbilang warganegara.

2. Mendesak agar rejim Zionis Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa yang terlibat.

3. Menuntuk supaya semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Freedom Flotilla sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat
Palestin di Gaza.

4. Menuntuk semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan ke atas Gaza yang dikenakan oleh Israel dengan bantuan Mesir hendaklah ditarik balik.

5. Menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas
bangsa dan agama.

"Bahawa kami bersepakat Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hegemoni rejim Zionis Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasi oleh mana-mana
kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel samada secara langsung atau tidak langsung," kata Anwar.

Selain pendirian bersama yang telah dipersetujui, persidangan juga memutuskan untuk menghantar surat khas kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui

Pegawai Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur selepas dalam perarakan Aman di Kedutaan Amerika Syarikat bagi bantahan kekejaman Israel.

No comments: