Tuesday, May 11, 2010

PRK Sibu : Umno/BN amalkan demokrasi 'luar tabie' - Presiden PAS

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan, Umno mengamalkan demokrasi 'luar tabie' terutamanya apabila berhadapan dengan pilihan raya kecil (PRK) untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

"Kita harap gelombang di Semenanjung di mana pengundi Cina memberi tanda perubahan yang sangat baik, mereka memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,arus ini akan berlalku di Sibu dan sekiranya sampai ke Sibu kita boleh menang," katanya.

Namun demikian ujar Presiden PAS, PRK dalam konteks domkarsi di Malaysia, untuk memberi kemenangan kepada pembangkang bukanlah satu proses yang mudah.

Ini kerana demokrasi yang diamalkan oleh parti memerintah bukan seperti yang demokrasi sebenar yang patut diamalkan katanya.

Pembangkang atau kini Pakatan Rakyat tidak berdepan dnegan parti yang bertanding tetapi demokrasi yang diamalkan di Malaysia ialah demokrasi 'luar tabie', tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peluang DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.Beliau ditemui ketika menziarahi Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumah Ketua Pengarang Harakah itu dekat sini 11 Mei lalu.

Ahmad Lutfi baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung di Pusat Pakar Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) baru-0baru ini.

Presiden ditemani Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Setiausaha Pemuda PAS, Ustaz Kamaruzzaman Mohammad dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Shamsuri.

Mengulas lanjut, Presiden PAS berkata banyak berlakunya penyalahgunaan
kuasa oleh parti memerintah dan apabila berhadapan dengan prk.

Mereka menggunakan jentera kerajaan, seluruh kuncunya untuk menafikan
kewujudan pembangkang.

Justeru kata Presiden PAS, jika calon dari DAP yang mewakili Pakatan Rakyat menang di Sibu, ia satu kemenangan besar yang dikecapi.

Sebaliknya jika kalah ia satu kelahan yang tidak memalukan kerana Pakatan Rakyat bukan pemerintah sementara jika BN menang dengan majoriti yang sikit ia masih memalukan.


Bercakap mengenai isu negara Islam yang dimainkan oleh BN di Sibu, Presiden PAS berpendirian bahawa masyarakat cina kini telah memahami isu sebenar tentang demokrasi dan politik di Malaysia.

Ujarnya lagi, PAS tidak boleh memerintah satu kaum sahaja tetapi semua kaum malah DAP juga telah menerima resolusi konvenseyn Pakatan Rakyat di Shah Alam, yang mana bersetuju dengan Islam agama persekutuan.

"Kita bergerak dengan Islam sebagai ad deen, kita tak boleh paksa penganut agama lain menerima Islam dan inilah yang diajar dalam Islam, apa yang diputerbelait media isu PAS dan DAP itu putarbelit media yang mahu lagakan kita.

"Kita memerintah di Kelantan, di Terengganu (satu penggal) dan kini di Kedah, kita juga turut serta bersama memerintah di Pulau Pinang dan Selangor dalam kerajaan campuran dan satu tahun di Perak alhamdulillah positif, tetapi Umno jatuhkan kita dengan kaedah luar tabie'," tegasnya.

No comments: