Tuesday, May 4, 2010

Ahmad Lutfi tabah hadapi dugaan bertarung nyawa untuk kehidupan kedua!

WAN NORDIN WAN YAACOB

Sudah dua kali Ahmad Lutfi Othman (ALO) menghadapi pembedahan angioplasty
disebuah hospital swasta yang cukup terkenal di ibu kota, namun kedua-duanya tidak
memberikan sebarang perubahan yang memberansangkan kepada tiga saluran
jantungnya yang tersumbat.

Tubuh yang menjengah usia setengah abad itu mula longlai dan kurang bermaya, apatah
lagi bila menghadapi rutin kerja yang agak berat kerana terpaksa memeriksa
bahan-bahan untuk suntingan akhir penerbitan Harakah.

Dua kali seminggu bermakna, empat hari ALO perlu berjaga hingga lewat pagi hingga
jika bahan-bahan terpaksa dirombak, maka ALO mungkin terpaksa berjaga hingga
jam 5 atau 6 pagi.

Begitulah rutin yang menyesakkan sistem tubuhnya yang membuatkan keperitan
kesihatan semakin berada pada tahap yang membimbangkang.Seringkali beliau
mengadu pada rakan-rakan akan kesesakan itu, namun apakan daya akhbar perlu
diterbitkan juga, baka kata beliau "perjuangan jidah mata pena perlu diteruskan".

Sms yang diterima penulis dari ALO pada 26 April 2010 "Baru lepas berdoa dengan
semua keluarga dari kampung di Wad (Wad Sutera Hospital Pakar HUKM) jam 6.30
pagi turun bilik untuk berdoa, start operate lepad jam 8...doakan tuan" .

Semakin sebak rasanya hati.Baru sahaja bertemu beliau pada Jumaat sebelumnya
ketika penulis, Pengarang, Mohd Rashidi Hassan dan Khairul Hartimi mengiringi
keluarganya menghantar beliau untuk masuk ke wad di HUKM.

Malah ketika mula melangkah ke wad, berulang kali beliau menitiskan airmata sedih
tatkala Rashidi dan penulis memeluknya sebelum kami beredar pulang.

Terbayang sebelum beliau masuk ke wad akan kelainan sikapnya, seolah-olah seperti
mahu menghadapi hari-hari kematian dan seolah-olah peluang untuknya hidup semakin
sukar dengan pembedahan koronari bypass yang bakal dihadapi 26 April 2010.

Pelbagai majlis diadakan ALO, kenduri doa selamat, solat hajat dan tazkiran kematian
yang dimintanya untuk dibacakan dihadapannya oleh Ustaz Zainuddin Hashim
pengarang ruangan agama Harakah.

Tanggal 26 April, tepat jam 1.00 penulis dan Mohd Rashdi serta Khairul bergegas ke
HUKM, untuk mengetahui status pembedahan bypass yang dilakukan ke atas ALO
oleh Proff Zamrin yang mengetuai operasi tersebut.

Tiba di HUKM jam 1.30, kami bergegas untuk berjumpa dengan ahli keluarga ALO
termasuk Dinsman dan rakan-rakan penulis veteran seperti Kassim Mohammad
(Paksi) serta sanak saudaranya yang menanti di luar ICU.

Kami bertemu dengan Kak Siti Hawa Samsam isteri ALO yang keluar dari bilik ICU
bersama Lokman anaknya.Alangkah lapang dada apabila mendengar pembedahan
ALO berjaya.

Sebujur tubuhnya yang lemah terbaring dengan wayar-wayar berselirat melingkari
tubuh dan mukanya, sebaik penulis menjengah masuk ke ICU.Jururawat yang
menjaganya memberitahu penulis dan Khairul, ALO baharu sahaja diberi ubat untuk
terus tidur.

Dua tiga hari berlalu, ALO dilaporkan akan keluar dari ICU.Penulis dan Khairul sekali lagi ke HUKM untuk membawa buah tangan yang dikirim ALO untuk diberikan
kepada kakitangan hospital berkenaan yang menjaganya.

Sebaik tiba di HUKM pada 3 Mei jam 4.00 petang, kami bergegas ke Awd Sutera
yang menemparkan ALO.Kelihatan Kak Siti dan ALO sedang bersembang mesra.

ALO menceritakan detik-detik beliau sebelum menghadapi pembedahan.Bagaikan
subuh terakhir begitulah katanya kepada kami sebaik memulakan perbualan
menceritakan kembali detik sukar dalam hidupnya.

"Saya malam tu tak berapa lena, susah nak tidur sebab ramai sanak saudara yang
hadir, saya rasa macam pelik sangat.Orang kata kalau nak tahu orang nak mati ni, dia
ada tebiat atau perangai pelik sebelum dia mati, saya pun duk kira apa tabiat pelik hak saya dah buat, katanya dengan nada suara yang cukup perlahan dan tersesak nafasnya.

Kata ALO lagi, sebaik jam 4 pagi, beliau terjaga dari lena, mula mengambil wudhu dan
berdoa serta solat sunah taubat."Masa itu saya mula terfikir manalah tahu jika inilah subuh terakhir untuk saya.

"Tetapi teringat saya untuk mencari apakah amalan dan perbuatan saya yang paling
ikhlas untuk Allah memberikan saya pengampunan sebaiknya untuk saya hidup dalam
peluang hidup kali kedua sekiranya pembedahan berjaya," sambung ALO sebak.

"Selesai Subuh saya berdoa lagi bersama keluarga dan sebaik dibawa ke dewan
bedah, saya dah mula tak memikirkan apa sahaja hal yang di luar, hanya berserah
kepada Allah sahaja," katanya lagi.

Sebaik pembedahan mahu dimulakan, pakar bius memulakan tugasnya untuk
melenakan ALO, dan sedang dalam separuh sedar akhirnya ALO terbujur bagaikan
tak benyawa.

Lebih empat jam operasi yang diketuai Proff Dr Zamrin dilakukan ke atas ALO.Dan
sebaik selesai pembedahan, ALO dihantar ke ICU untuk kawalan rapi."bagaikan berada di Zon Perang dan melihat seolah-olah mayat yang bergelimpangan dihadapan
mata saya di ICU,itulah yang dapat saya bayangkan bagaimana hari-hari yang saya lalui di ICU sebelum saya dibawa ke wad semula," katanya.

"Teman sebelah bilik saya (seorang berketurunan India) sejak bedah dia duduk di ICU
seminggu sebab komplikasi yang agak berat sedangkan masa dia masuk dia sihat
sahaja," ALO sempat menceritakan pengalaman melihat seorang lagi yang mempunyai
maslaah jantung sepertinya melalui detik sukar dalam hidup.

"Alhamdulillah tuhan memberikan kehidupan kedua pada saya, banyak janji saya pada
Allah yang perlu saya tunaikan," katanya syahdu.

ALO perlu berehat selama paling tidak empat atau lima bulan sebelum benar-benar
boleh berjalan dengan baik.Namun beliau bimbang dengan tahap kencing manis yang
dihadapinya.Kaki kirinya membengkak semacam ada 'air jernih' yang membengkak
menggelembung membuatkan ALO rimas dengan keadaan itu.

"Ramai pimpinan yang datang jenguk saya, Dato' (Dato' Kamaruddin Jaffar) ada
datang dengan Sharini, Ustaz Badrol Amin ada datang, dia siap berdoa untuk saya,
syahdu rasanya.Mahfuz ada datang dengan Paqaq, ramai lagilah yang datang, tapi
dalam sehari saya rasakan kalau ramai sangat yang datang saya macam nak lemas,"
katanya lagi.

Sebelum berangkat keluar dari wad sutera, kami bersalaman dengan ALO."Terima
kasih Wan, Khairul".....

Jam 8.00 malam, ketika penulis masih berada dalam bas Seremban-KL, penulis
menerima SMS dari ALO "Ana dah sampai rumah, tadi lewat sikit keluar sebab bayar
bil.Cuma ana rasa penat sangat nak berehat, terima kasih".

Begitulah detik yang dilalui bekas tahanan ISA ini.Sejak berjuang dalam alam
mahasiswa di UTM lagi, perjalanan hidupnya penuh dugaan yang sangat hebat.

Namun perjalanannya untuk kembali pulih akan memakan masa yang agak panjang. Begitupun dibibirnya tak putus menyatakan 'terima kasih Allah kerana
memberikan peluang hidup kedua padanya".

Minatnya terhadap perjuangan jihad mata pena tetap menjadi keutamaan setelah beliau
kembali sihat seperti sediakala .

Ramai yang ternanti-nantikan catatan hujung beliau yang akan dibuatnya senbaik beliau benar-benar sembuh dan boleh menulis kembali.Kepada rakan-rakan, para peminat
dan pembaca Harakah, sama-sama kita doakan ALO segera sembuh dan kembali
dalam alam 'perang massa'.

Alhamdulillah berkat doa ramai, kenalan, sahabat-sahabat, pembaca Harakah, peminat
setia dan ahli PAS seluruh Malaysia, ALO yang sebelum ini seolah-olah

No comments: