Monday, May 31, 2010

Hancurkan Israel laknatullah,

Isu Gaza, adakah sidang khas, PBB perlu serang Israel

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 31 Mei : PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel ke atas
Konvoi Bantuan ke Gaza.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan berbincang segera dan mengutuskan surat kepad Perdana Menteri bagi mengadakan sidang tersebut.

"Masih sempat lagi jika surat dihantar esok (Selasa) untuk PM buat persidangan kas ini samada Khamis atau Jumaat," katanya ketika sidang media bersama seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini.

"Kita mahu kerajaan bertindak segera, dan paling awal perlu ada sidang khas untuk membincangkan apa tindakan yang perlu dibuat," katanya.

PAS juga katanya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat dekat sini esok pada jam 12.00 tengahari.

Sementara itu, Mahfuz Omar pula mendesak Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan PBB menyerang Israel yang telah melanggar resolusi PBB ini.

Tindakan zalim Israel itu perlu diajar segera, dan tidak cukup hanya negara dunia mengutuk serangan tersebut sahaja, kata Mahfuz.

"Israel ini tidak pernah kenal undang-undang, mereka melanggar apa sahaja undang-undang atau ketetapan yang dibuat Majlis Keselamatan PBB

"Apa yang penting majlis keselamatan perlu membuktikan mereka bukan 'budak' kepada Israel, justeru serangan ke atas Israel adalah perlu bagi mengajar keangkuhan negara
haram tersebut," katanya.

Beliau juga mahu Hamas dan Hezbullah segera bertindak mengajar kezaliman Isreal ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya mendapat maklumat bahawa salah seorang wakil PAS turut berada dalam kapal Mavi Marmara, Jamiluddin Elias yang mewakili
Yayasan Amal Malaysia.

Selain itu dua wartawan Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya dilaporkan turut sama berada dalam kapal terbabit yang diserang tentera Israel.

Mahfuz setersunya mendoakan keselamatan semua peserta misi termasuk nasib dua wartawan Astro yang dikatakan masih belum diketahui hingga kini.

Sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.

Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan
laut Israel.

Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

No comments: