Tidak serius soal Islam, Mahfuz hentam Hishamuddin, Umno
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar
ketidakseriusan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien selaku
Menteri Dalam Negeri dalam isu berikutan keputusan Mahkamah Tinggi
membenarkan majalah Herald-Catholic Weekly penggunaan nama Allah.
"Saya terkejut bila melihat gelagat politik Umno dalam isu kalimah Allah.Persoalan
pertama kenapa Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Naib Presiden Umno,
Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini
kemahkamah rayuan?.
"Walhal dalam kes politik Perak sebelum ini, sebaik Mahkamah Tinggi buat keputusan
mengesahkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yangg sah Umno/BN
terus sahaja buat rayuan dan Mahkamah Rayuan terus bersidang untuk buat keputusan
menggantung keputusan mahkamah tinggi, akhirnya Dr Zambry Abdul Kadir jadi MB
Perak," kata Mahfuz.
Ujar Mahfuz, sikap tersebut menunjukan Umno/BN hanya mahu mengambil
kesempatan atas isu ini untuk meniupkan sentimen selain mengapi-apikan umat Islam
dan hanya mahu melihat kononnya Umno sebagai juara membela Islam.
"Lagi lambat KDN membuat rayuan lagi banyak keuntungan politik pada perkiraan
Umno/BN," katanya.
Rakyat kini melihat media arus perdana yang dikawal KDN dan menterinya
Hishammudin terus mengambil kesempatan bagi menghangatkan isu ini dalam
menyempurnakan agenda Umno, katanya.
Walhal pada pendirian Mahfuz, jika benar Umno/BN mahukan kalimah Allah hanya
untuk kegunaan umat Islam saja, mereka (Umno/BN) boleh aturkan dari awal kes ini
degan menetapkan hakim bicara yang boleh menyempurnakan hasrat Umno/BN.
"Bukankan Ketua Hakim Negara adalah ahli Umno/BN yang boleh pastikan hakim
yang berjiwa Umno untuk mengendalikan kes ini.Tapi semua itu tak berlaku kerana
Umno ada agenda adu domba politik keagamaan untuk kepentingan Umno/BN.
Mahfuz percaya bila isu ini sudah cukup panas dan dilihat umat Islam sudah merasai
Umno/BN lah juara maka rayuan akan dibuat dan mahkamah akan bersidang untuk
membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Umno/BN pun akan mendabik dada kononnya dialah yang mampu pertahankan Islam,
katanya.
Kepada pihak gereja Umno/BN akan berhujah "ini keputusan mahkamah kita
(Umno/BN) tidak campur tangan" kata Mahfuz sinis.
Mahfuz menyifatkan, tindakan ini menunjukkan bertapa liciknya politik Umno/BN
dalam usaha mereka untuk mengalih isu yang kini dihadapi rakyat antaranya isu enjin jet
hilang, harga gula naik, harga roti putih naik, bajet bocor RM28 bilion, hadiah rumah
kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi RM12 juta, kes PKFZ
RM4 bilon,
Kes-kes korupsi Menteri Pengangkutan Dato' Seri Ong Tee Keat dapat habuan dari
Syarikat Kuala Dimensi sebanyak RM10 juta dan banyak lagi kes korupsi serta rasuah
pemimpin Umno/BN, sambung Mahfuz.
"Kepada umat Islam saya minta bersabar dan bertenang.saya percaya kerisauan umat
Islam ialah mereka bimbang kalimah Allah disalahguna oleh pihak lain bagi tujuan
dakyah agama lain(kristian)kepada orang Islam.
'Saya percaya inilah yangg menghantui umat Islam.Apa yang penting seluruh institusi
umat Islam perlu melipat ganda usaha dakwah dan tarbiah Islam ke atas umat islam
agar punya pegangan Islam semakin kuat dan aqidah Islam mantap selain Iman yangg
teguh untuk mengelak dari sebarang kekeliruan yangg dibimbangi atas isu penggunaan
kalimah Allah dan penyebaran dakyah agama lain ke atas umat Islam.
Selama ini kata Mahfuz, kekeliruan dan salah faham serta penyelewengan terhadap
Islam dilakukan oleh umat Islam sendiri.
Sebagai contoh pemikiran yangg cuba memisahkan agama suku dan politik suku yang
diambil dari ajaran agama kristian.
PAS mengambil masa yang begitu lama untuk melaksana usaha memerangi pemikiran
sesat ini dan akhirnya berjaya dihakiskan dalam pemikiran umat Islam sedikit demi
sedikit, katanya.
Satu ketika dulu Umnolah juara 'nak buang perkataan Islam' dari parti politik dan
NGO, tetapi akhirnya Majlis Raja-raja buat keputusan bahawa usaha Umno untuk
membuang nama Islam PAS itu salah.
"Ini bahaya sebenar yangg perlu dirisau dan dibimbangi oleh umat Islam bahawa Umno
hanya memikirkan kepentingan politk sempit mereka.Saya harap umat Islam dan
seluruh rakyat berbilang agama tidak akan masuk perangkap Umno/BN dengan
agenda politik jahat mereka," katanya.
Mahfuz juga melihat ia lebih kepada satu tipu muslihat Umno/BN nyang sengaja mahu
menunjuk-nunjuk kononnya merekalah juara pertahan kalimah Allah.
"Dia pertahan kalimah Allah kononnya tetapi dia lah juga pengamal rasuah," ujar
Mahfuz.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment