Perihal manusia dalam lingkaran topeng munafik!
Wan Nordin Wan Yaacob
Pelbagai ragam manusia lahir sejak dahulu lagi, namun sejak akhirnya lebih lagi perihalnya.Yang tua lagaknya menjadi orang muda, yang muda lupa akan hari tua nanti, yang wanita bagaikan jantan, yang jantan sibuk nak jadi wanita.
Ragam manusia penuh dengan warna-warna menarik, sedih suka dan duka, ada juga perjalanan yang tanpa nokhtah..
Namun, ada kalanya dalam hidup ini paling sukar untuk kita terima apabila ada manusia yang bertopengkan 'munafik'.
Datang ke kanan, cerita pasal yang kiri, datang ke kiri pulak cerita pasal yang kanan, bila bertembung kiri dan kanan sukalah hatinya.
Ada juga yang mahu 'duduk' senang, dengan jadi munafik, tak kira di kantor dijual nama kawan-kawan untuk kepentingan dirinya.Akhirnya kawan-kawan kenal akan dirinya, sah lah ia munafik juga.
Hebat sungguh manusia ini diciptakan dengan akal untuk mentaati Allah, menghayati perintahnya, namun ada juga yang lupa akan perihal itu, seronok dengan memakan daging saudara sendiri, tak kira di rumah, pejabat, dalam kumpulan masyarakat dan dalam sesebuah negara.
Dalam surah Al-Hujurat, ayat 10 menyebut :
"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”
Namun, mungkin bagi kelompok atau manusia munafik mereka tidak akan terlintas untuk membaca ayat ini bagi kesenangan mereka, sebaliknya mereka akan terus menghancurkan hubungan antara sesama manusia.
Pesan penulis, hati-hati, mungkin yang menghampiri kamu juga ada sifat demikian, hati-hatilah kerana hati manusia bertopengkan munafik ini sangat busuk jiwanya...
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment