Lutfi dan Kijang CareOleh Dato' Paduka Husam Musa
Kijang Care bukan idea saya. Ia cadangan peminat blog ini. Dalam dunia terhubung dengan jaringan net tanpa sempadan, sumbangan kecil dari seantero glob boleh menjadi sangat bermakna. Jaringan net boleh melakukannya.Caring adalah sebati dengan jiwa semua pejuang Islam, juga insan lain di seluruh dunia. Masa itu saya ADUN Kijang, lalu KIJANG yang jadi lambang Negeri Kelantan dicadangkan jadi nama Tabung Prihatin ini - Kijang Care.Sekalipun saya telah berubah DUN dari Kijang ke Salor, tetapi kerana Kijang adalah bersifat Ke Kelantanan dan tidak terhad kepada DUN Kijang semata, nama ini dikekalkan. Capaian keprihatinannya adalah meluas, setakat dana yang ada, mengikut urgensi yang wujud.Ketika saya menziarahi Sdr. Lutfi, Ketua Pengarang Harakah, saya tak tau dia ada masalah jantung. Beliau pun tak tau. Yang dia tau, dia sakit dada sebelah kiri dan sedang menunggu tarikh berjumpa doktor ikut jadual temujanji seterusnya. Setahu saya serangan jantung boleh berlaku tak tunggu jadual temu janji. Setahu saya juga, sakit jantung sekarang agak manageable, tapi mesti cepat sebelum terlambat. Pengalaman saya, ramai rakan berakibat fatal dari serangan jantung kerana terlambat diperiksa atau mendapat rawatan.Kijang Care membiayai sedikit kos pemeriksaan Lutfi supaya sakitnya dapat ditentukan segera. Lalu Lutfi disahkan perlu menjalani rawatan angioplasty sesegera mungkin kerana tiga saluran arteri jantungnya tersumbat.Hari yang sama saya melawat Lutfi, wakil Kijang Care melawat Pak Cik Jamal yang terlantar dan sedikit sumbangan telah disampaikan. Pak Cik Jamal agak sentimental dengan saya kerana dalam pilihanraya kecil Pulai Condong di mana PAS menang tipis, sumbangan Pak Cik Jamal amat terasa. Kini, beliau terlantar tetapi suaranya masih gagah bila dia menalipon saya ketika wakil kami sedang bersama beliau.Tujuan saya menulis entry ini bukan nak besarkan sumbangan pembaca melalui Kijang Care. Tujuannya ialah untuk mengajak anda terlibat sama dengan program ke hadapan kami.Di Manek Urai, belia dan anak muda inginkan satu padang bola dan tempat reakreasi dan riadhah mereka, khusus di Kg. Manjor dan Budi. Sekeping tanah seluas 6 ekar dicadangkan dijadikan sebagai padang bola dan aktiviti sukan yang lain untuk remaja bersekitaran. Harga tanah untuk seluas itu hanya RM 109,000. Selain padang bola, kami juga bercadang menempatkan dua tiga buah rumah untuk penduduk miskin selain bangunan pra sekolah, jika sumbangan berlebihan. Saya bukan ADUN Manek Urai tetapi Kijang Care adalah untuk semua. Jika anda sudi, sumbangkan dalam akaun yang tertera.Akhir Disember ini, kami akan ke Padang membantu pelajar perubatan Kelantan yang turut terkesan dengan gempa lalu. Sumbangan Kerajaan Negeri sudah ada diamanahkan pada saya untuk membawanya. Rakyat Padang sendiri juga perlu dibantu. Jika anda ingin ikut sama menjayakan, saya ucapkan terima kasih atas sumbangan anda sekali lagi. Caring and Sharing. Anda, saya dan yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment