Monday, December 14, 2009

Kerajaan BN gagal manfaat wang Petronas untuk jana ekonomi - Husam

Kerajaan BN gagal manfaat wang Petronas untuk jana ekonomi - Husam

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
Kebajikan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa berkata, kerajaan Barisan Nasional
(BN) gagal memanfaatkan wang Petronas untuk menjana ekonomi pada tahap yang
tinggi dan menguntungkan rakyat.

Sebaliknya, kerajaan BN lebih mengutamakan pembinaan bangunan-bangunan mewah
seperti KLCC dan pusat pentadbiran Putrajaya yang tidak membantu memacu
ekonomi negara, kata Husam ketika ditemui di Lobi Parlimen 14 Disember lalu.

Ujar Husam, lebih membimbangkan kini ialah apabila berlakunya kejatuhan pendapatan
Petronas selaku penyumbang terbesar kepada pendapapatan negara.

Husam berkata demikian ketika mengulas Laporan Kewangan Petronas separuh tahun
pertama 2009 yang menunjukkan kejatuhan ketara pendapatan Petronas sebanyak
RM58 billion atau 37.5 peratus.

Kejatuhan itu 'parah' berbanding masa yang sama tahun lepas yang diumumkan
semalam yang menjejas kedudukan ekonomi, kewangan dan bajet 2010 Negara yang
sedang dipertimbangkan oleh Dewan Rakyat.

Husam mengakui kejatuhan pendapatan Petronas adalah kerana kejatuha harga minyak
dunia, tetapi ia akan memberi keana kepada pendapatan negara juga kerana Petronas
akan membayar dividen, komisen bonus cukai dan royalti kepada kerajaan.

Apabila pendapatan turun sumbangan kepada negara juga akan menurun, sedangkan
Malaysia kini bergantung besar kepada pendapatan minyak, dan ia disebut oleh
BankDunia bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada pendapatan petroleum untuk
kewangan.

Hal ini kata Husam disebut juga oleh Tengku Razaleigh Hamzah selaku bekas
Pengerusi Petronas pertama bahawa kerajaan BN selama ini gagal menggunakan wang
petroleum menjana ekonomi pada tahap yang lebih tinggi

Husam mencadangkan agar Petronas atau kerajaan lebih terbuka dari segi mengurus
khazanah minyak.

"Sebagai comtoh Kelantan pernah mencandangkan beberapa indistri petroleum
diadakan di Kelantan yang boleh membawa pelaburan asing sekurang-kurangnya 10
billion USD,

"Tetapi kerajaan Malasyia bersikap tertutup, apa-apa sahaja berkenaan pelaburan
petroleum di Kelantan disekat, dan ini merugikan negara, kalau kita gunakan rizab gas
dan petroleum untuk mengaktifkan industri-industri lain di negara kita ia boleh menjana
ekonomi pendapatan dan peluang pekerjaan," katanya.

Husam berharap dengan kejatuhan pendapatan Petronas, ia akan menyedarkan
kerajaan agar mereka lebih bersifat telus dan terbuka dalam mengolah pendapatan
negara dari sumber petroleum.

Husam juga menyebut soal ketelusan dimana Kelantan sendiri sebagai pengeluar
petroleum yang disahkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi negeri ini tidak pernah
menerima penyata dan maklumat keluaran Petroleum Kelantan.

Beliau yakin sekiranya Petronas telus dalam memaparkan maklumatnya kepada awam,
kepercayana masyarakat kepada syarikat ini akan lebih baik.

Ttapi selama ini penggunaan wang negara dan pengurusan akaun pengeluaran
petroleum negeri-negeri tak telus, katanya.

Sementara penggunaan wang Petroleum pula BN telah menggunakan wang tersebut
untuk perkara yang mewah dan membazir, sebaliknya kerajaan terus mengabaikan
penjanaan ekonomi yang menyeluruh di seluruh negara

"Satu masa nanti saya bimbang ketempangan dalam ekonomi negara akan lebih luas.
"Malaysia ada Putrajaya dan KLCC, tetapi ada masyarakat Miskin seperti di
Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya

Ujar Husam, jika digunakan kekayaan Petronas itu untuk membina infrastruktur seperti
pelabuhan dan kemudahan perikanan nelayan yang canggih, ia akan menjana pulangan
kekayaan kepada negara dan rakyat yang lebih tinggi lagi.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad pula berkata, kedudukan
pendapatan Petronas yang dilaporkan bukan satu perkara yang biasa.

Sebaliknya ia satu kejutan dengan berlakunya pengurangan pendapatan RM58 bilion
ia hampir bersamaan 15 peratus pendapatan dan menjejaskan lagi fiskal defisit
belanjawan ini.

"Ini akan meninggalkan kesan yang parah dan mengesani pelebaran defisit hampir 15
peratus," katanya kepada Harakah.

No comments: