Kemelut di Perak belum menemui jalan penyudah, sidang Dun yang beberapa kali
diadakan mengundang polemik baru, sejak rampasan kuasa yang berlaku Februari lalu,
kerajaan Perak tidak stabil.Pada 2 September, Pakatan Rakyat selaku kerajaan yang
sah cuba mengadakan sidang dun, namun dihalang polis.Mengulas isu itu pada hari
yang sama, Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB mengutip
pandangan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar
Jamaluddin sejurus selepas insiden halangan polis terhadap Sidang Dun Pakatan
Rakyat yang mahu diadakan di bangunan SUK pada 2 September lalu.Akhirnya sidang
Dun Pakatan Rakyat Perak terpaksa di Hotel Heritage bermula jam 11.00 pagi.Ikuti
wawancara berikut.
Harakah : Sidang Dun yang cuba diadakan Pakatan Rakyat di Bangunan SUK Perak
nampaknya dihalang oleh polis menyebabkan enam ditahan.Sekali lagi kita lihat polis
mengagalkan sidang dun dengan cara yang kasar, apa ulasan Dato' Seri selaku pihak
yang terbabit terus dengan insiden ini hari ini?
Nizar : Pertamanya pagi tadi, sebaik kami tiba di kawasan berhampiran dengan
Bangunan SUK Perak yang menempatkan Dewan Undangan Negeri, hasrat kami
adalah untuk mengadakan Sidang Dun Perak bagi meneruskan amanah yang telah
diletakkan rakyat ke atas bahu kami.Banyak perkara yang perlu dibincangkan
mengenai kepentingan dan kesejahteraan rakyat.Perjalanan kami ke bangunan tersebut
secara tertib dan aman, namun sebaik tiba dalam lingkungan 300 meter dari kawasan
bangunan, polis telah membaca perintah makhkamah dengan cara yang tidak
betul.Dalam perintah itu, arahan yang dihalang dari menghampiri atau berada di sekitar
kawasan ini ialah penyokong.Dalam perintah itu, arahan hanya tertakluk kepada orang
awam, tetapi wakil rakyat tidak disebut sebagai pihak yang dilarang dari menghampiri
atau berada dalam kawasan tersebut.Seterusnya, apabila cuba menghampiri kawasan
tersebut, polis menghalang kami, maka berlakulah perhimpunan, justeru di masa yang
sama, polis telah mendakwa kita mengadakan himpunan dan dengan itu kata polis
himpunan ini ia tidak ada permit, maka ia adalah salah, kata polis.Persoalannya,
mengapa polis kata tiada permit walhal kita tidak mengadakan himpunan, kami
Adun-adun Pakatan Rakyat ini dalam perjalanan ke bangunan SUK untuk Sidang
Dun, maka apabila dihalang oleh pihak polis maka terjadilah himpunan di situ ketika
itu.Akibat halangan itu, berlaku kemelut 40 minit hingga menyebabkan tiga Adun dan
empat orang awam ditahan dengan cara yang kasar. Salah seorang wakil rakyat kita,
Adun Malim Nawar, Keshwinder Singh dari DAP telah dikasari sewaktu ditahan dan
mengalami kecedaraan akhirnya menyebabkan sekarang ini beliau dihantar ke hospital
Ipoh untuk menerima rawatan.Jadi maknanya apa yang saya lihat hari ini polis
sepatutnya tidak bertindak sedemikian kepada pihak kami , mereka mengadakan
sekatan dan mengasari kami, sepatutnya jika mereka benarkan kami ke bangunan
SUK, saya rasa tiada insiden yang tidak diingini akan berlaku.Apa yang lebih
mengecewakan kami, sesampainya kami di kawasan 300 meter dari bangunan SUK
kami telah disekat tanpa sebarang rundingan, walhal kami mahu ke bangunan yang
menempatkan Dun Perak, tetapi kami ditahan dan disekat polis hampir 300
meter.Mengikiut perintah majistret kita boleh bergerak hingga ke 30 meter dari
perkarangan Dun Perak, itupun kita wakil rakyat sepatutnya boleh masuk ke bangunan
tersebut kerana tiada perintah larangan kepada kita, yang dilarang cuma orang awam
sahaja.Ada pagar besar tetapi polis telah membuat perkara yang tak dingini yang
menyeebabkan huru-hara.Saya melihat ini adalah akibat polis tak bertanggungajwaab,
polis tak ikut peraturan dan tak tahu pewartaan arahan majistret yang mereka bacakan.
Harakah : Kita lihat sekali lagi, polis terus diperkudakan oleh Umno/BN atau dalam
kata lain polis jadi alat kepada Umno/BN untuk menghalang sidang dun yang mahu
dilakukan oleh Pakatan Rakyat, apa pandangan Dato' Seri?
Nizar : Tindakan polis itu pada saya amat jelas sekali mereka menghalang
kami.Mereka digunakan pihak tertentu dan pada masa yang sama, mereka (polis) telah
membenarkan hampir 100 orang yang dikenalpasti sebagai kalangan penyokong
Umno/BN yang berhimpun dekat dengan kawasan kami berhimpun dengan baik tanpa
gangguan oleh polis, walhal itu juga satu himpunan, ini satu sikap 'double standard',
mereka (penyokong Umno/BN) telah membawa banner (kain rentang) namun mereka
tak dihalang oleh polis, malah dibiarkan begitu.Sedangkan kami pula dihalang dengan
bersungguh-sungguh oleh polis, walhal kumpulan yang cuba lawan kami ini yang terdiri
dariipada samseng-samseng Umno/BN ini dibiarkan, ini nampak sangatalah mereka ini
diperalatkan, sahih diperalat oleh Umno/BN sekali lagi.
Harakah : Dalam sidang Dun Perak yang diadakan di Hotel Heritage, apa yang kami
difahamkan tiga usul telah dibentang dan diluluskan, boleh Dato' Seri ulas sedikit
mengenai perkembangannya?
Nizar : Ya sebaik gagal memasuki bangunan SUK yang menempatkan Dun Perak,
kami telah bersidang di Hotel Heritag, dan dalam sidang tersebut, kita bentang tiga usul
dan satu usul tergempar, buat pertamanya sebeum usul tergembar, kita telah mengesah
dan bahaskan ketetapan yang telah dibuat oleh jawatankuasa hak dan kebebasan Dun
Perak berhubung penggantungan dan denda Adun Pangkor, Dato' Dr Zambry Abdul
Kadir , Ganesaon dan Hee Yit Foh. Mengikut ketetapan itu, jawatankuasa telah
menggantung enam bulan dengan bayar denda Suku Juta, dan telah diterima pakai
keputusan itu.Seterusnya kita juga telah membentang dan meluluskan usul untuk
melantik jawatankuasa baru iaitu jawatankuasa kira-kira kewangan negeri dan hak
kekebasan dan satu lagi iaitu jawatankuasa perintah tetap.Tiga usul itu telah diluluskan
dewan.Satu usul tergempar telah dibuat dalam sidang tersebut bagi kita menyatakan
kecaman sekeras-kerasnya ke atas tindakan ganas polis mengkasari kami menghalang
kami menjalankan tugas kami tadi.Dalam usul itu kita juga mengecam keras ke atas
tindakan ganas polis menahan dan melakukan kekasaran ke atas tiga Adun Pakatan
Rakyat dan empat orang awam, kita telah membuat usul itu tadi dan hantar kepada
speaker untuk mengecam keras tindakan polis yang nampak sangat menjadi alat
Umno/BN dan dengan tindakan polis itu juga telah menyebabkan huru-hara, walhala
sepatutnya jika mereka beri kami laluan untuk bersidang dalam dewan, kami boleh
bersidang dengan cara aman dan tertib, tanpa gangguan, tetapi kami telah dikasari polis
menyebabkan kami terpaksa undur ke belakang, Kita terpaksa mengadakan sidang
dun kami di Hotel Heritage bagi meneruskan urusan kerajaan negeri yang tertangguh.
Harakah : Sejauhmana kejayaan Sidang Dun yang dibuat di Hotel Heritage?
Nizar : Sidang Dun itu adalah mengikut peraturan yang telah digariskanb, dan sidang
yang sah konvensyen yang perlu kita ikuti telah kita ikuti dan ia sah, apa-apa yang telah
kita bahaskan dan kita usulkan telah diluluskan, dan akan dibawa ke pihak kepada
Sultan Perak nanti insyaAllah, setiap yang bincang berhubung kepentingan rakyat ini
kita akan bawa kepada pemgerthuan Tuanku secepat mungkin kerana ia adalah
peraturan yang telah ditetapkan setiap kali selepas sidang berlaku.
Harakah : Insiden yang berlaku hari ini dan sebelum ini juga pernah berlaku.Perak
masih dalam keadaan yang sama, polemik berterusan, rakyat tertanya-tanya bilakan
akan berakhirnya episod ini, apakah bubar Dun jalan yang terbaik?
Nizar : Apa yang kita lihat hari ini adalah hasil daripada rampasan kuasa yang dilakukan
oleh mereka.Walhal desakan demi desakan telah diutarakan pelbagai pihak termasuk
daripada parti komponen BN sendiri antaranya MIC, MCA dan Gerakan selain
veretan-veteran Umno/BN, pengamal undang-undang, pakar perlembagaan dan
sebagainya.Rakyat juga mahu pembubaran dun sebagai jalan terbaik menyelesaikan
kemelut ini, namun desakan itu tidak dihiraukan Umno/BN.Oleh kerana itulah kemelut
yang berlaku di Perak hingga ke hari ini berpanjangan, dan kemelut ini sebenarnya ia
menggangu kesenangan rakyat ia menggangu kesejahteraan rakyat dan rakyat
sebenarnya tidak yakin dengan kerajaan Umno/BN kerana kerajaan ini ditubuhkan
secara tidak sah melalui rampasan kuasa, kerajaan yang diterajui BN hari ini bukan
pilihan raykat.Sebenarnya lagi panjang kemelut ini berterusan, sebenarnya lagi rugi
Barisan Nasional.Dalam semua pilihan raya kecil di Semenanjung yang telah dijalankan
sebelum ini semuanya memihak kepada Pakatan Rakyat, dan rakyat menunjukkan
kebencian dengan menolak Umno/BN, termasuk pilihan raya kecil yang berlaku di
Perak iaitu di Parlimen Bukit Gantang rakyat telah menunjukkan signal mereka menolak
BN.Namun Umno/BN masih berdegil dengan membiarkan negeri Perak dalam
keadaan ini, mereka hanya membuatkan rakyat bertambah marah kepada mereka
(BN), selagi mereka tak bubar, saya yakin dan percaya sesungguhnya pilihan raya
umum akan datang BN bakal hilang kepercayaan di seluruh rakyat Malaysia.
Harakah : Dalam polemik isu di Perak, media arus perdana yang ditunjangi Umno/BN
mencemuh Dato' Seri dengan dakwaan menyatakan Dato' Seri bersungguh-sungguh
mahu mendapatkan kembali kerajaan Perak adalah kerana menjadi kuda tunggangan
DAP dan menjadi boneka DAP, apa jawapan balas Dato' Seri terhadap tohmahan ini?
Nizar : Saya rasa itu bukan isu yang besar, tohmahan Umno/BN sepanjang hari ini
kepada saya sepanjang 10 bulan pun sudah terlalu banyak.Namun paling menjijikan
Umno/BN melakukan rampasan kuasa ini jauh lebih hina.Bagi saya menjawab isu yang
dibangkitkan tadi, ketika pemerintahan kami (Pakatan Rakyat) keputusan yang saya
buat selaku Menteri Besar semuanya telah dibincang oleh PAS negeri dan lulus di
peringkat Pakatan Rakyat.Semuanya telah kami perhalusi dan objektifnya adalah
kesejahteraan dan kepentingan rakyat.Saya bukan boneka atau menjadi kuda
tunggangan DAP, keputusan yang saya buat semuanya telah disetujui oleh Pakatan
Rakyat.
Harakah : Apa perancangan Pakatan Rakyat Perak khasnya Dato' Seri selepas ini
sebaikm kita melihat betapa ruang demokrasi di Perak semakin disempitkan Umno/BN
melalui penggunaan pihak berkuasa?
Nizar : Kita akan terangakan kepada rakyat apa yang berlaku, kita akan gunakan apa
sahaja medium yang ada untuk menerangkan kepada rakyat hal sebenar yang berlaku
kerana ini penting bagi memastikan rakyat mengetahui hal sebenar dan bukannya
mendengar laporan berat sebelah media arus perdana yang dikuasai Umno/BN, kita
akna cuba dengan bidang kuasa kami kami buat mengikut ketetapan, dan apa yang BN
buat merampas hak rakyat.
Terima kasih banyak YB,
Terima kasih kembali atas kerjasama Harakah.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment