Monday, August 17, 2009

PRK Permatang Pasir : Tangkap Gobalakrishnan, Polis tidak bijaksana

Wawancara Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN dan IZWAN
ABDUL HALIM serta SABRI SAID bersama Naib Presiden
PAS,Dato' Mahfuz Omar sejurus insiden polis menahan dan
mengasari ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan
semasa proses penamaan calon Dun Permatang Pasir 16 Ogos
lalu.

Apakah rumusan Dato' terhadap perjalanan proses penamaan
calon hari ini, yang ada berlaku ketegangan selepas
Gobalakrisnan dikasari dan ditahan?

Mahfuz : sebenarnya perjalanan hari ini sangat baik
daripada awal. cuma saya kira polis kurang ada
kebijaksanaan dalam menghadapi keadaan-keadaan yang
dianggap ada sedikit unsur-unsur ketegangan,sebab itu
hanya tafsiran.

Tafsiran pihak polis yang mengatakan tegang padahal itu
saya tak lihat ianya unsur-unsur ketegangan apabila
berlaku insiden itu hanya memperlihatkan kegembiraan
yang diluahkan para penyokong masing-masing khususnya
Pakatan Rakyat. jadi saya cukup kecewalah dengan
ketidakbijaksanaan pihak polis dalam mengambil tindakan
hingga menyebabkan keadaan makin tegang.saya juga kira
tindakan itu sedikit sebanyak menjejaskan imej polis dan
tidak memberikan sebarang kesan kepada PAS untuk
menghadapi hari-hari penting berhadapan pengundi.

Adakah ia menandakan polis dipergunakan?

Mahfuz : Ya saya lihat begitulah. Itulah tafsiran yang
boleh dibuat pelbagai pihak apabila pihak polis membuat
tindakan yang tidak patut dibuat. jadi sudah tentu orang
akan melihat bahawa polis sudah menjadi alat untuk
kepentingan politik BN. jadi saya harap kehadapan ini
polis harus ada kebijaksanaan. saya juga tak suka
apabila nama baik polis tercemar dan orang hilang
kepercayaan kepada pihak polis, jadi polis harus jaga
soal integritinya.

Bagaimana pula YB melihat senario pertandingan satu sama
satu?

Mahfuz : ini satu pertandingan yang akan memberikan
ruang yang lebih mudah kepada rakyat untuk membuat
pilihan sama ada PAS atau BN. saya kira dengan adanya
dua calon dan satu calon dilihat adanya masalah
integriti masalah berkaitan pecah amanah, jadi ini
dilihat ketidakupayaannya mengendalikan 'form'nya
sebelum-sebelum ini. Ini dilihat lagi dengan pembatalan
lesennya sebagai seorang peguam pada 2008, saya lihat
ini makin mudah kepada rakyat untuk memilih antara dua,
sudah jelas yang tak elok maka pilih yang baik! maka
ustaz salleh adalah yang terbaik.

Saya kira tindakan BN meletakkan calon yang ada masalah
integriti dan dipersoalkan ini merupakan satu penghinaan
kepada pengundi di Permatang Pasir ini seolah-olah
pengundi di sini letaklah orang jahat pun tidak ada
masalah, mereka akan mengundi. Jadi ini merendahkan
martabat pengundi di Permatang Pasir. saya cukup kecewa
dan ini juga menunjukkan BN tidak mempunyai calon. Bagi
mereka inilah yang terbaik; ada kes pecah amanah. jadi
adakah ini yang hendak dipilih sedangkan dia sendiri
gagal hendak mengurus 'form'nya sendiri bagaimana hendak
mengurus kehidupan rakyat. jadi kalau soal pecah amanah
boleh berlaku pada clientnya ini juga boleh berlaku
kepada rakyat pecah amanah kepada kebertanggungjawaban
yang diberikan rakyat.

Bagaimana corak kempen yang akan dijalankan Bn kali ini
pada jangkaan YB?

Mahfuz : Saya percaya BN akan mengganas sepertimana di
Manek Urai menggunakan jentera kerajaan,polis dan
tentera. di Manek Urai jelas mereka melibatkan tentera
secara langsung seperti yang saya dedahkan. di sinipun
saya percaya unsur-unsur itu akan berlaku ditambah
dengan pengggunaan wang yang lumayan sepertimana di
Manek Urai inilah yang juga akan dilakukan di Permatang
Pasir kerana bagi mereka kalau mereka nak kalah pun
mereka hendakkalah macam di Manek Urai.

Kalah pada mereka yang mereka sifatkan sebagai
kemenangan moral. jadi mereka akan lakukan sesuatu untuk
mengurangkan undi yang sepatutnya diperolehi oleh PAS.
bagi saya bukan soal majoriti yang penting menang. usaha
PAS ialah ke arah mempertahankan majoriti dalam 2008
tetapi kita tidaklah mengharapkan berdasarkan petunjuk
Manek Urai langkah kempen secara ganas BN sudah tentu
kita tidak akan dapat majoriti tersebut tetapi yang
penting menang walaupun dengan satu undi!

Nasihat Dato' kepada jentera dan pengundi?

Mahfuz : Nasihat saya kepada penyokong pertama sekali
manfaatkan kehadiran mereka daripada jauh biar balik
berbaloi dengan ganjaran pahala yang cukup besar dan
kemenangan sangat bergaya yang perlu kita perolehi. jadi
setiap tenaga yang ada ini perlu diomanfaatkan dan ini
memerlukan kebijaksanaan pimpinan di daerah-daerah
mengundi (UPU) tersebut. setiap tenaga twersebut diharap
dapat menyumbang mengikut keupayaan masing-masing sama
ada persiapan infra atau untuk 'face to' 'face house to
house' dengan pengundi. yang penting setiap kita harus
jaga akhlak 'personal touch' kita di luar ramadhan
mahupun di dalam ramadhan. bagi saya kenyataan menteri
agama di JPM yang minta kita jaga akhlak dalam kempen
dalam bulan ramadhan itu ajaran salah ajaran sesat kita
ni kempen beradap bukan dalam bulan ramadhan, bulan
bukan ramadhan pun kita kena jaga akhlak.

No comments: