Thursday, August 13, 2009

Anggota pakatan jangan termakan 'dakyah' akhbar Umno

Wawancara Pengarang Berita Harakah, MOHD RASHIDI HASSAN, Wartawan Kanan, WAN NORDIN WAN YAACOB dan jurugambar, WAN ZAHARI WAN SALLEH bersama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya pada 12 Ogos 2009.

Soalan : Mutakhir ini, kita dapat lihat beberapa isu yang berbangkit dalam pakatan yang seolah-olah menggambarkan adanya sedikit masalah, ada yang membicarakan isu antara parti dalam akhbar-akhbar pro-Umno.Soalanya, bagaimana harus mendisiplinkan semua anggota pakatan dari terjebak dengan media musuh?

Anwar : Saya kira mesyuarat Pakatan Rakyat pada khamis (13 Ogos 2009), itu harus menjadi pentas yang menentukan halatuju Pakatan Rakyat yang berikutnya, dan kalau setakat majlis pimpinan, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Saya.Nampaknya kita cukup iltizam untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat ini.Kalau begitu jadi prinsipnya maka beberapa kaedah harus ditentukan.Pakatan Rakyat harus mantap, persefahama harus lebih jelas dan tidak ada terlalu banyak kerenah atau perbicaraan di kalangan penyokong yang mudah ditafsirkan menimbulkan persepsi negatif, Dalam hal ini insyaAllah saya percaya apa-apa masalah yang bersangkutan setakat ini kita dapat dileraikan awal.Justeru seperti yang saya sebut dai iaitu esok, kita mahu menentukan ke arah mana kita (Pakatan Rakyat ) menghala.

Selepas kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak, apa yang dilihat kita masih tak sedar akan strategi BN, malah kita terpalit dengan psywar BN teramsuk dalam isu dalaman.Bagaimana Dato' Seri memandang hal ini?

Anwar : Kita berdepan dengan serangan BN cara rakus, dan perbalahan kecil antara kita dibesarkan seperti masalah besar, oleh media pro Umno.Jika kita telah memahami hal ini mengapa harus kita perbesarkan?.Walaupun ruang musyawarah ada, dan bantaha boleh dikemukakan melalui saluran yang telah disediakan.Sebab itu bagi saya pimnpinan parti disemua peringkat perlu menyedari hal ini agar mereka tidak terperangkap dengan mainan media Umno ini dan tidak berbalah dalam surat khabar BN.Lihat sahaja kes rampasan kuasa di Perak, cara gugat dan muslihat kotor jahat di Selangor, kalau hal ini disedari dapat saya tekankan secara keras jangan kita berikan ruang pada hal in.Semua orang boleh bicara soal pendirian tetapi prinsip jangan diketengahkan kepada Utusan Malaysia, prinsip atau pendirian ini boleh diketengahkan kepada pimpinan.Isu agama dan kepentingan Melayu ataupun kaum-kaum lain kita boleh bahaskan, saya kira kekuatan pakatan rakyat berbeza dengan Umno/BN, dalam Umno tiada ruang bicara, apa yang ditentukan oleh ketua jadi satu keputusan sebaliknya dalam pakatan kita, iklim politiknya sangai naik.

Sejak PRU 2008, BN terus menyerang Dato' Seri dan Pakatan Rakyat dalam isu kepentingan Melayu, aspek ini berterusan, bagaimana Dato' Seri melihat ini?

Anwar : Ini hanyalah langkah terdesak Umno, dia gunakan media, dia gunakan kekakayaan yang dikumpul dari syarikat-syarikat yang ada kroni ini untuk serang kita, kalau ada alasan boleh saya jawab, ini serangan masuk 'round' ke 11 iaitu tahun ke 11, sejak 1998 saya diserang,.Mereka menyerang saya dengan mengumpulkan dari isu Pro-Yahudi Pro Amerika, dan kini Pro-Cina serta anti Melayu, ini kemunafikan mereka dalam perbicaraan. Najib berbicara soal 'one Malaysia' supaya menarik sokongan masyarakat Cina, India bersama, dan disebelah pihak, Muhyiddin pula berbicara soal Melayu dan menyerang kononya kita penderhaka Melayu, yang nyata ini satu kontradiksi antara mereka.Kalau mereka kemukakan persoalan menjawab wacana, wacananya perlu segar dan tidak harus mengarah kepada sikap perkauman dan saya tetap pertahankan, saya dan anggota dalam pakatan PAS komited menjaga kepentingan Melayu Islam.Dalam pakatan kta telah tandatangani bersma ikrar menjunjung prinsip perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan hak Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu , tetapi mereka (Umno) ini hanya tahu kuasa.Saya cuba elak serangan peribadi dengan Muhyiddin, jadi saya tumpu pada isu pokok siapa yang serah dana awam, bukit-bukau kepada takue judi?Siapa yang serahkan pula saham kepentingan Melayu yang miskin kepada pihak asing?Namun apabila Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin memberikan tanah kepada Cina yang miskin itu dijadikan isu perkauman oleh Umno melalui media mereka.Jadi kita telah jawab.

Keduanya yang kita serang bukan kerana kekayaan Melayu tetapi penyalahgunaan kuasa, membolot tanah, saham, kontrak dan AP (permit import) siapa yang dapat? Pemimpin Umno, keluaga dan kroni yang dapat.Semalam (dalam sidang media 11 Ogos 2009 ) saya sebut Bernas yang juga ditubuhkan semasa saya menjadi Menteri Kewangan, ia ditubuhkan atas alasan mahu menjaga kepentingan penanama padi tetapi ternyata dibolot oleh pimpinan Umno dan djual pula kini kepada kepentingan syarikat Cina Hong Kong dan akhirnya dengan dasar yang diamalkan Umno/BN ini nasib petani tidak terbela. Keuntungan yang dicatat Bernas ratusan juta ringgit tetapi petani masih hidup merempat, kekayaan diambil oleh kroni walhal ia sepatutnya habuan dan hak petani Melayu yang msikin.Lihat sahaja kepada pemandu teksi yang terpaksa berpeluh mencari nafkah halal, sedangkan semua AP, lesen dan saham kroni Umno yang kaut keuntungannya.Silakan jawab persoalan ini? kalau nak kumpul antara 200 ke 300 orang bantah saya hanya kerana tuduhan saya pengkhinat, silakan, namun kita juga akan gunakan hak kita untuk jawab.

Dato' Seri ada sebut tadi bahawa ada semacam kontradiksi antara Najib dan Muhyiddin dalam pendekatan masing-masing, satu ' racist' satu lagi solah-olah menbuka ruang, apakah ini sebenarnya watak perpecahan dalam Umno?

Anwar : Saya lihat inilah orang kata, tindakan yang terdesak dikalangan pimpinan Umno.Secara umumnya mereka kini terdesak kerana sokongan semakin berkurang, sebab itu pimpian merestui rindakan dan permainan oleh orang yang kita fikir tidak aktif dalam politik lagi yang ada kepentingan, yang sengaja menggunakan isu ini.Tetapi ternyata ada pergelutan dan perebutan dalam Umno sendiris ebab Muhyiddin mahu kononnya memperjuang bangsa sebaliknya Najib pula kononnya mahu memperjuang semua kaum.Saya tidak ada masalah dan tidak mahu fikir soal samada ini akibat perpecaan Umno, kita harus menjurus kepada isu pokok dan saya tak fikir mereka mampu berbicara hal ini, oleh kerana mereka gagal hujah mereka hanya main isu seperti dahulu di Perak derhaka, dan sekarang ini di sini isu pengkhianat.Isu ini tak dijawab, siapa yang khianat dari segi bolot kekayaan rakyat, mengapa lepas 51 tahun merdeka nasib orang Melayu masih tertinggi miskin? Agenda kita dalam Pakatan Rakyat jelas dalam isu kekayaan negara harus lebih tertumpu membela nasib masyarakat miskin, jumlah besar mereka ialah Melayu Islam.

Dalam isu PPSMI, dan beberapa isu agama yang lain, Umno/BN tidakpun menjuarai isu ini untuk membela nasib Melayu Islam, apa pandangan Dato' Seri?

Anwar : Kerana kekalutan akibat dari dasar yang dibuat secara terburu-buru, di Parlimen kita sebut yang mengkhianati dasar bahasa Melayu itu ialah pimpinan Umno. Kita gunakan perkataan pengkhinatan bahasa kerana apa yang kita lihat walaupun kata mereka mahu menghentikan dasar PPSMI ini, namun kini mereka berdolak dalih smahu laksanan kemudian mahu patah balik mahu laksana sekerat. Dalam Pakatan Rakyat, soal dasar bahasa, pendirian kita ialah kita tak boleh tolak ansur sama sekali dalam usaha dan rangka memartabatkan bahas Melayu sebagai bahasa rasmi dengan tekad dan tahap pengusana yang membanggakan, bukan apa yang ada sekrang ini kerana penguasaan ditahap rendah.Keduanya, maknanya langkah-langkah harus diambil supaya semua kaum di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil menguasai bahasa Melayu, program dilaksanakan, tetapi dalam masa yang sama mutu bahasa Inggeris kita kena tingkatkan, jangan dikhianati program pendidikan yang disepakati dalam memperkukuh Bahasa Memayu, sementara penguasaan bahasa Cina, Tamil, Perancis, Bahasa Arab dan sebagainya perlu digalakkan, kerana umumnya dunia memerima.Penguasaan banyak bahasa ini adalah menjadi satu tradsi sejarah Islam dahulu, dia memang kebanyakannya alim itu menguasai bahasa Arab dan Parsi serta Urdhu, malah pelbagai bahasa lain, dan ini yang nak kita ketengahkan.

Dato' Seri, berbalik kepada isu pengkhianat, apakah asas Dato' Seri mahu saman Muhyidin?

Anwar : Ia asasnya ialah menuduh orang sebagai pengkhianat bangsa, itu berhubung jenayah fitnah, jadi saya tak mahu berikan laluan mudah kepada orang yang boleh semberono menyerang sebab dia ada kuasa dan menguasai media, jadi keagkuhan ini harus diselesaikan, walaupuns aya tahu prosesnya itu mengambil masa dan kita tak pasti samada mahkamah berani untuk layan tuntutan kita, saya harap ini boleh membantu.Cara menjawabnya sepatutnya mempertahan dengan mereka membuktikan, tetapi apa yang saya lihat cara dia (Muhyiddin) jawab dengan menggunakan Utusan Malaysia dan umum dia pembela bangsa, dia kerah orang miskin pertahankan sikap gelojoh orang yang mengumpul kekayaan, ini satu sikap yang mengaibkan dan ini menghina orang Melayu.

Kalau kita lihat tanah, saham AP kontrak berbiliion ringgit itu yang dikumpul oleh segelintir pemimpin Umno, dan keluarga, apabila mereka terdesak dia gunakan sedikit dari keuntungan dan cuba beli dan mempergunakan semangat penyokong mereka, kalau penyokong tahu dasar dia membinasakan orang Melayu baik dari sudut bahasa mahupun ekonomi , dan jika mereka tahu Umnolah yang memulakan penjualan lesen arak dan judi yang berleluasa, jika orang melayu sedar hal ini mustahil mereka akan sokong Umno lagi.

Kalau kita lihat isu ini dimainkan setiap kali menghampiri pilihan raya kecil (PRK) dan mungkinkan ini juga merupakan satu signal PM mahu mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat yang mungkin setahun lagi?

Anwar : Kita tak tolak kemungkinan itu, dan bagi saya kita kena siap awal, kerjasama yang mantap dalam Pakatan Rakyat dengan jentera pakatan supaya menghadapi sebarang kemungkinam tetapi isu seperti ini jadi isu sementara.Saya lihat isu ini isu terakhir dimana isu yang habis mereka fikir untuk menggunakan isu penderhaka kepada Melayu, ini menampakkan mereka sebenarnya terlalu terdesak,,Saya diserang selama11 tahun dengan senarai pertuduhan itui puluhan dan ini kali yang ke 11 dan ia sangat terdesak yang akhir, mudah mudahan kita tamatkan riwayat kenagkuhan mereka ini dengan isu ini.

Persoalan wasiat Raja-raja Melayu ditimbulkan apa pandangan Dato' Seri?

Anwar : Mereka menguasai media, kalau wasiat Raja-raja Melayu ini siapa yang bantah? Saya nak tanya kepada mereka, soal pengkhianatan kepada Raja Melayu ini, siapa yang membolot kekayaan negara?Mereka ini cuba memainkan isu peruntukan perlembagaan, seolah-olah membayangkan Pakatan Rakyat tak setuju.Kita telah menjawab, namun malangnya jawapan kita tak masuk dalam akhbar mereka.Serangan isu pengkhianat Melayu ini dalam Utusan Malaysia, kalau kita kumpul lebih darai 40 halaman, sebaliknya jawapan kita tidak masuk pun.Apa sebabnya?Sebabnya ialah mereka takut dengan jawapan kita, kita jawab dalam majlis penerangan kita berdepan dengan rakyat, kita jelaskan mereka datang, di Permatang Pasir nanti kita kaan berikan lagi penjelasan kepada rakyat.

Persepsi rakyat dalam isu ini bagaimana?

Anwar : Kita saya optimis kerana walaupun media berbahasa Cina itu lebih terbuka dan media Melayu dikongkong sepenuhnya oleh Umno., rakyat tak mudah dibodohkan, jika mereka pilih baca Utusan Malaysia dan terpengaruh, mustahil kita (Pakatn Rakyat) menang dalam enam kerusi pilihan raya kecil sebelum ini.Rakyat sebenarnya tidak terpukau dengan propaganda Umno/BN.Walaupun PRK Manik Urai, mereka umumkan mereka menang moral yang besar, namun ini sebenarnya memperlihatkan mereka ini yang rakus pemikirannya.Bagi saya ini pertarungan yang tak adil sama sekali media dipergunakan ketika kempen, ugutan dan mereka lupa kenyataannya bahawa dalam 14 tahun, Kelantan dikuasai PAS, amat sukar nak pertahankan kerusi sapatah lagi nak menang.Justeru itu saya lihat ia (Manik Urai) kemenangan besar, begitu juga dalam PRK lain, dalam sejarah PRK, kawasan Melayu sukar untuk ditawan pembangkang, tetapi selepas era 2008, di Penanti pun akhirnya Umno/Bn tidak letak calon mereka ini suatu yang sangat berbeza.Di Permatang Apsir nanti Umno/BN kaya mereka ada kemungkinan menang, namun saya yakin dnegan majoriti besar yang kita ada dan dengan sahabat-sahabat, keluarga dan pengundi yang saya kenal sangat di sana, sebab Permatang Pasir itu dibawah Parlimen Permatang Pauh, dan dengan sikap dan teladan yang sangat baik yang ditunjukkan Allahyarham YB Dato' Hamdan Abdul Rahman, saya yakin kita dapat pertahankan kerusi ini.

Ada terdengar suara kononya akar umbi KeADILan mahukan calon mereka di Permatang Pasir, ada penjelasan Dato' Seri?

Anwar : Ia diperingkat awal memang saya dengar tetapi dalam parti kita sebut kjiat bagi ruang kepada mereka untuk suarakan pandangan, namun dalam tempoh la[pan jam selepas isu itu timbul, kita berjaya menutup isu ini kerana bagi saya dan KeADILan memikirkan adalah tidak wajar kita letak calon kerana ini tak sihat untuk parti.Kita letak prinsip baik, malam itu juga selepas tamat memorandum dari mereka, maalm itu juga saya dan kepimpinan parti membuat keputusan bahawa kerusi Dun Permatang Apsir adalah kerusi PAS atas nama Pakatan Rakyat.Saya dan kalangan kepimpiann KeADILan akan bekerja sekeras mungkin, saya suka cita nak sebutkan disini bahawa jentera KeADILan telah dikerahkan siap sedia, petugas peti undi telah disiapkan, dan saya yakin kerjsama KeADILan dan PAS di Permatang Apsiur sangat baik, dan saya akan monitor di Permatang Pauh.Cuma saya dukacita 17 Ogos ini saya tak dapat sertai penamaan calon, tetapi saya dah bagi tahu Ustaz Hadi, saya ada urusan yang tidak dapat dielak.

Dato' Seri tidak runsingkah dengan permainan media Umno/BN di Permatang APsir nanti dengan isu pengkhinat?

Anwar : Nak kata runsing susahlah sebab Umno/BN serang saya pada Ogos 2008 dahulu (waktu pilihan raya kecil Permatang Pauh) lagi parah, alhamdulillah lagi banyak majoritri kita menang.Mereka serang saya sejak dari tahun 1998, kaset dan VCD tiap rumah di Permatang Pauh dah dapat semua kaset fitnah terhadap saya tanpa kecuali, termasuk Permatang Pasir, jadi jika nak ulang tayang silakan, cuma saya nak nasihatkan persoalan ini khazaf dan ini fitnah, saya akan jawab isu terbaru khianat saya jawab pada 16 di Permatang Pasir.

Kita melihat majoriti kepada PAS dalam pilihan raya Manik Urai merosot, dan paling dilihat ialah majoriti golongan muda mula beralih sokongan, apakah ia akan ada kesan kepada Permatang Pasir?

Anwar : Ia saya ingat di Manik Urai itu 'trend' ada sedikit perjalanan peralihan tetapi tengok soal calon program kita dengan pemuda ini kita kena ambil perhatian, calon kenalah boleh menarik perhatian pemuda, dan struktur jangan rasa selesa walaupun di Permatang Pasir majoriti kita cukup meyakinkan. tetapi saya beri tahu kita tak boleh ambil sikap sambil lewa.Malah kerahan tenaga PAS dan KeADILan perlu maksima.Apa yang baik ialah saya lihat, bila saya bertanding Ogos lalu kawan-kawan PAS bekerja kuat, seluruh PAS seluruh negara bekerja, ini saya yakin kekuatan kita, bila PRK kita buktikan bahawa perpaduan dalam PR sangat baik, biarpun ada desas desus sedikit tetapi ia bukan satu petanda persahabatan retak tetapi ini demokrasi yang sihat, secra umumnya dalam PRU dan PRK, hubungan kerjasama PR PAS cukup besar.

No comments: