Thursday, July 2, 2009

Dekan FSKTM, FEP hanya selepas 4 bulan berkhidmat, pengarah PTM dapat gaji RM18,000?

Dekan FSKTM, FEP dilantik tanpa pengalaman, pengarah Pusat Teknologi Maklumat gaji RM18,000?

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Sumber-sumber dalaman kakitangan sebuah universiti yang terkemuka di Lembah Kelang mendedahkan dakwaan berlakunya pelantikan ke jawatan Dekan di dua fakulti tanpa pengalaman dan bukan senior.

Sumber yang enggan namanya disiarkan mendakwa, dekan tersebut dilantik hanya selepas berkhidmat selama empat bulan sahaja di dua fakulti tersebut dengan gaji yang agak lumayan.

Pelantikan dua individu masing-masing bagi Dekan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan di Fakulti Sains Komputer dan Tekonologi Maklumat (FSKTM) turut mendapat bantahan kakitangan dua fakulti tersebut.

Kata sumber seramai 34 pensyarah FSKTM telah menandatangani petisyen membantah pelantikan Dekan tersebut selepas mendapati pelantikan itu dibuat tanpa mempertimbangkang senioriti tiga lagi nama calon yang dikemukakan fakulti.

Beliau turut mendakwa adanya petisyen yang dibuat ke atas pelantikan dekan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan universiti tersebut yang baharu minggu lalu dihantar kepada Naib Canselor.

"Jika ini sikap yang diambil pihak pengurusan universiti terbabit, saya melihat ia satu diskriminasi kepada kakitangan pensyarah yang lain yang sudah lama berkhidmat, yang sepatutnya lebih layak menjawat jawatan berkenaan," katanya.

Sumber juga mendakwa pelantikan tersebut turut dibayangi dasar liberalisasi yang sedang dicanang kerajaan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Kedua-dua dekan tersebut yang juga didakwa 'orang NC' universiti terbabit dikatakan tidak fasih berbahasa Melayu, malah tidak mempunyai latarbelakang pengurusan yang mantap di universiti berkenaan.

Dalam pada itu sumber juga mendedahkan, universiti terbabit turut melantik seorang Pengarah Pusat Teknologi Maklumat bukan dikalangan kakitangan senior universiti berkenaan.

Malah individu tersebut yang sepatutnya mendaftar pada akhir tahun lalu dikatakan menangguh pendaftarannya sebagai Pengarah Pusat berkenaan selama hampir tujuh bulan hingga Julai tahun ini, katanya.

"Gaji yang diberikan kepada pengarah baru ini melebihi gaji seorang Professor yang senior.Lagi satu dia juga sepatutnya daftar hujung tahun lalu, tapi sewenang-wenang sahaja boleh tangguh hingga tahun ini, tujuh bulan lamanya, sepatutnya tidak boleh tangguh lama," ujar beliau.

Beliau seterusnya melihat, pelantikan tiga jawatan penting di universiti ini hanya akan menkucar-kacirkan pentadbiran fakulti dan memberi kesan buruk kepada 'perpaduan' dikalangan kakitangan.

1 comment:

TBO said...

http://www.telokbakong.com/?p=2260

Kecoh di Universiti Malaya
5jul
2009
e-toyol@um
4hb Jun, 2009
Lihat Artikel dari Blog Politik Suku sakat-Rujuk disini

Berita terkini, semalam mesyuarat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya terpaksa ditangguh ke suatu masa akan ditentukan kemudian kerana mesyuarat tidak dapat dijalankan mengikut peraturan supaya ia dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia. Selepas berbalah untuk hampir satu jam, akhirnya Pengerusi (Dekan FSKTM) terpaksa menghentikan mesyuarat,
Walaupun pada mulanya beliau cuba meminta Timbalann Dekan untuk mengambil-alih tetapi dibantah oleh ahli mesyuarat kerana mengikut perlembagaan UM(statued) hanya Dekan yang dibenar mempengerusikan mesyuarat fakulti. Dekan yang baru dilantik menurut sumber yang diperolehi tidak boleh mengendalikan mesyuarat dalam Bahasa Malaysia, kerana beliau tidak faham langsung apa yang dibincang dalam mesyuarat berkenaan.
Sumber itu juga memberitahu,surat-surat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya pun terpaksa diterjemahkan oleh Pemabntu Khas, Dekan(PA). Akhirnya Pembantu Khas (PA), Dekan berpindah ke fakulti lain kerana tidak sanggup menjadi penterjemah, menurut sumber dari UM itu,Ketua Penolong Pendaftar dan Timbalan Dekan dan lain-lain juga turut menjadi tukang terjemah.
Sumber dari UM juga berkata “bukannya menolong fakulti tapi menyusahkan aje, Macam mana dia boleh diambil menjadi seorang Professor pun tak tahulah”.