Wednesday, June 17, 2009

Mahfuz dan Salahudin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

Mahfuz dan Salahudin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan
Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat
Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
dalam masa terdekat.

Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi
meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan
jawatan selaku ahli Parlimen Bachok semalam.

Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi
tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan
cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.

"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah
mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu
dengan Tok Guru.

"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang
diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti
lebih baik.

"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau
sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang
sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul
anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.

Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin
bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.

Penyelesaiakan secara 'anaka beranak' adalah penting dalam hal ini
bagi meredakan ketegangan, ujarnya.

Beliau berharap harap Nasharaudin boleh melakukan demi kebaikan
beliau dan redakan keadasn dan keresahan dalam parti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas
sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi
membincangkan isu terbabit.

No comments: