Menarik satu kisah yang dimuatkan dalam sebuah laman web Prima yang mengkisahkan perihal Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakari yang kini bercakap isu-isu politik termasuk isu kegagalan pembentukan kerajaan Perak.
Jika satu masa lalu, Harussani pernah mendedahkan perihal 100,000 umat Islam Melayu yang murtad, tetapi hingga kini isu itu senyap begitu sahaja. Apa sudah jadi?
Di bawah ini ceritera yang diambil dari Prima :
Akan Orangkaya mufti Perak: Bercakap macam tara menteri
Sebermula tersebutlah kata yang empunya ceritera Orangkaya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkatalah ia kegagalan mahu mengadakan kerajaan perpaduan itu kerana harakah Islam (PAS). Maka terkejutlah sekalian orang banyak, kerana Orangkaya Mufti itu bercakap seperti berkedudukan menteri, adanya.
Adapun akan harakah Melayu (UMNO) di Perak selepas bepenghulukan Orangkaya Pangkor Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, dibiarkan Tan Sri Harussani bercakap melawan harakah Islam. Maka tak diketahui Orangkaya Mufti sama ada ianya tara menteri, atau diperintah oleh Duli Yang Dipertuan menjaga hal ehwal agama sahaja.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment