Wan Nordin Wan Yaacob
Mungkin telahan saya kali ini ada kurangnya, namun realiti dalam perjuangan politik harus dinampakkan kebijajahannya.
Hari ini, penulis ingin menceritakan sedikit perihal ada sekumpulan ustaz ini yang sebelum ini cukup kuat menghentam Umno, memaki Umno dan menyatakan Umno parti nasionalis.
Menyifatkan perjuangan nasionalis itu sebagai satu perjuangan yang tidak sehaluan dengan Islam, itulah kata-kata kalangan Ustaz itu.
Saya sengaja untuk menggelar ia Ustaz dan bukannya Ulama, kerana pada saya Ulama itu sangat tinggi maknanya, dan ada Ustaz yang sebenarnya belum layak bergelar Ulama kerana Ilmunya yang masih belum mencapai tahap Ulama.
Saya sendiri bukan Ulama dan bukan orang yang belajar dalam Bidang Pengajian Islam, Syariah mahupun Usuluddin yang membolehkan saya digelar Ustaz.
Namun semua perihal agama ini telah dan sedang saya pelajari.Ayah saya sendiri seorang yang sangat sayang kepada Ulama, pernah berguru dengan Tuan Haji Abdul Rahman pondok Sungai Durian, di Kelantan.Pondok tersohor di jajahan Kuala Krai itu turut menjadi tempat Ibu saya belajar dari bapa kepada Adun Mengkebang hari ini, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.
Lebih mudah ulama yang mengajar di Pondok Sungai Durian itu digelar 'Tok Guru Haji Derame' yang juga rakan seperjuangan Atuk saya, Raja Sulaiman (Raja Sleme Tok Kateh).
Maknanya keluarga kami ini sngat cintakan perjuangan Ulama yang benar-benar ikhlas, jujur dan tawadhuk kepada perjuangan.
Pesan Atuk saya kepada ibu dan ayah, jangan sesekali biarkan anak cucu kita menyokong Umno, dan jangan sesekali anak cucu kita menyertai Umno.
Betapa Atuk menyampaikan pesan itu yang antara lain adalah juga kata-kata Tok Guru Haji Derame kepada anak-anak murid dipondoknya.
Nyatalah, ulama masa lalu sangat terasa akan perihal Umno dan kebejatan yang parti itu lakukan kepada kelompok ulama.
Namun apa yang saya sendiri kesal hari ini, ada Ustaz-ustaz yang hari ini pada mulanya mengehntam Umno sekerasnya, tetapi membuat 'deal' dengan Umno di belakang.
Umno adalah parti yang memerintah kerajaan pusat yang membekukan bantuan perkapita kepada SAR satu ketika lalu hingga banyak SAR yang tutup.
Saya mahu berpesan kepada beberapa Ustaz yang sangat ingin menghalalkan 'deal' dengan Umno/BN:
Umno/BN jugalah yang menarik semula royalti minyak daripada kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999.
Umno/BN jugalah kerajaan yang menggunakan ISA memenjarakan golongan Ulama dan Ustaz.
Umno/BN jugalah yang merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan cara yang paling tidak adil.
Umno/BN lah juga yang membenarkan rancangan maksiat dan perjudian melata di negara ini hingga rosak orang melayu yang konon diperjuangkan Umno.
Umno/BN jugalah yang membenarkan tanah-tanah diberi kepada Lim Goh Tong, Vincent Tan berpuluh ekar untuk membangunkan perjudian.
Umno/BN lah yang membuatkan PAS merana ketika zaman penyatuan dengan BN.
Umno/BN jugalah yang menyebabkan Singapura tergadai.
Dan banyak lagi..........
Fikir-fikirkanlah, akan ustaz itu layak atau tidak bergelar Ulama.....Fikir-fikirkanlah..........................................(sekadar meluahkan) tiada kena mengena dengan jawatan atau kedudukan saya dalam mana-mana pertubuhan atau syarikat yang saya sertai.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment