Thursday, January 8, 2009

PRK KT : Umno guna projek kilat, tabur janji

Sejak dua tiga hari berlansungnya kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pengundi di sini dikejutkan dengan pelbagai dakwaan termasuk unsur politik wang.Pengundi juga terkejut dengan projek kilat yang datang melimpah ruah tidak henti sejak beberapa hari lalu.Menjawab persoalan isu politik wang, Wan Nordin Wan Yaacob menemui calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut di Permint Jaya pada 8 Januari untuk membincangkan hal tersebut.

Soalan : Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali ada menyatakan dakwaan berlakunya politik wang oleh Umno/BN, dan ini disiarkan beberapa akhbar hari ini, apa komen YB?

Wahid : Umno, BN atau semua parti komponennya sememangnya dari dulu hingga sekarang menggunakan politik wang, jentera kerajaan dan media untuk memenangkan mereka.Saya tak maki wartawan yang membuat liputan, sebaliknya media digunakan sepenuhnya untuk manipualsi semua isu dan memanipulasi kenyataan pembangkang.

Ini jelas semua pihak mengaku termasuk SPr, dan orang ramai.Bagi saya ini ini tidak adil kepada semua pihak yang bertanding tidak kira Bebas atau PAS.Jadi amatlah tak adil dengan kuasa yang ada dan dengan kewangan yang ada pada mereka selaku kerajaan yang memerintah, mereka menggunaka segala entiti ini untuk meraih undi dengan cara mengamalkan politik wang dan ugutan.Mereka mengumpan, kalau kami (PAS ) tak ada duit dan kami tak janjikan kewangan atau janjikan material, tetapi jika kami ada duit sekali pun kami tak akan lakukan sedemikan dengan membeli undi, kita tidak boleh beli undi, itu bukan cara.

Soalan : Apa yang PAS dan saudara mahukan?
Wahid : Namun apa yang kami mahu ialah media yang telus untuk memberi penjelasan, kami mahu penjelasan kami sampai kepada rakyat, tetapi media digunakan untuk membelasah kami seteruknya, malah pengundi pula disuap dengaj politik wang serta taburan janji pilihan raya.Mengapa sekarang?, mengapa tidak dahulu mereka ini dijanjikan projek yang kononnya memberi manfaat kepada mereka.

Ada kesan jika pengundi salah memilih pemimpin dan parti.Kita lihat pada pilihan raya umum lalu, akibat mengundi BN rakyat Terengganu hari ini melihat dengan segala penyelewengan yang berlaku yang merugikan rakyat, jadi itu sebabnya saya cabar mereka adakah mereka tak mahu mengaku adanya politik wang.

Tidak mengaku macam mana, hakikatnya berlaku dengan segala projek kilat dibuat, segala jentera masuk kampung untuk buat jalan dan baiki jalan kononnya, tetapi hal ini tak berlaku sebelum pilihan raya pun,Kenapa sekarang? mengapa tidak dahulu, malah Menteri Besar, Dato' Ahmad Said mengugut lagi kalau BN memang janji tambah peruntukan pembangunan, pasal apa janji sekarang dan pasal apa janji jika BN menang, kenapa tidak jika BN prihatin kepada rakyat projek itu dibuat tanpa mengira waktu.



Soalan : Apa Sebenarnya yang menyebabkan berlaku demikian?

Wahid : Jelaslah di sini ini satu politik wang dan suapan kepada pengundi semata-mata untuk mengaburi mata pengundi.Ini semua kenyataan yang amat dikesali, saya minta BPR, polis dan SPR sendiri lebih tegas dan bertanggungjawab berhubung perkara yang berlaku, mereka BN ini tak boleh sembunyi, ini berlaku akibat polirtik wang dalaman Umno yang mereka amalkan, mereka terbawa-bawa kepada kempen ini.


Soalan : TPM, Dato' Seri Najib Tun Raak menjanjikan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Wan Farid, ini satu bentuk rasuah?

Wahid : Bagi saya itu yang saya sedih, saya tak mahu serang peribadi namun selaku ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dalam dewan saya sedi, Wan Farid disambung jawatan Senatornya, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) saya terlibat, diluluskan jawatan Senatornya, namun hanya beberapa hari sahaja kemudiannya melepaskan jawatan untuk bertanding bai pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini, kalau daripada awal beliau mahu melepaskan jawatan mengapa tidak beri kepada Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie yang tidak disambung khidmatnya selaku Senator? sedangkan Wan Farid disambung, kemudiannya beberapa hari melepaskan jawatan, hal ini tak patut berlaku.

Umno semakin berpecah dan tidak boleh tutup, Umno negeri dan Bahagian ini berpecah, saya tak mahu campur tetapi saya harap pengundi menilai hal ini, dan mereka memberi pertimbangan sewajarnya.

Soalan : PAS dan pengundi Terkesan?

Wahid : Saya rasa pengundi Kuala Terengganu lebih matang terbuka fikiran dan mereka ambil berat isu-isu yang berlaku berbanding pengundi di pedalaman yang kurang mendapat pendedahan tentang apa yang berlaku, tahap pemikiran sangat berbeza, di Kuala Terengganu pendidikan mereka tinggi dan harap perubahan boleh berlaku.Saya mengharapkan agar timbunan wang yang ditabur nanti tidak akan mengaburi mata pengundi untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar mewakili hasrat rakyat.

No comments: