Saturday, January 10, 2009

Benarkah ada kisah yang boleh menyebabkan Wan Farid kalah awal ?

Wan Nordin Wan Yaacob

Seorang rakan yang bekerja di sebuah institut penyelidikan bersama seorang tokoh Umno terkenal datang bertemu penulis di pejabat penulis di Kuala Terengganu, dengan harapan banyak maklumat boleh beliau salurkan kepada penulis.

Rakan yang penulis kenal sewaktu kempen pilihan raya umum di Kelantan banyak menceritakan isu-isu berkaitan calon BN, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Ada isu yang diceritakan itu mungkin dianggap lucu, ada juga yang 'pelik' namun ada juga yang mungkin hanya bersifat 'separa benar'.

Namun ada beberapa kisah yang diceritakannya membuatkan penulis terkejut, al maklumlah di sini ramai yang mula menyebut tentang 'imej' calon BN tersebut.

Malangnya, apa yang diceritakan rakan penulis yang juga ahli Umno itu tidak dapat penulis siarkan memandangkan persoalan 'janji verbal' antara pihak berkempen untuk tidak menyerang peribadi antara satu sama lain.

JIka tidak rakan penulis itu berkata, pastinya Wan Farid tewas awal.....Wallahualam.....

No comments: