Wan Nordin Wan Yaacob
(17 Januari 2009) live from KT
Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR) berkata kira-kira 42 peratus pemilih telah keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sehingga jam 12 tengahari.
Demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Sehingga jam 11 pagi tadi, kira-kira 30 peratus pemilihan telah keluar mengundi.
Sebanyak 143 saluran di 36 pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi ini. Seramai 80,229 pengundi layak mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.
Sehingga ini cuaca dilaporkan baik di seluruh kawasan Kuala Terengganu dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan sehingga ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan 90 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Pengundi berdaftar itu turut melibatkan 1,302 undi pos daripada anggota polis dan tentera.
Manakala 6,000 anggota polis dilaporkan bertugas sepanjang pilihan raya kecil ini.
Sementara menurut sumber, PAS dijangka akan menang dalam pilihan raya kecil kali ini memandangkan isu calon BN berhubung imejnya masih menjadi igauan kepada pengundi.
Pertelingkahan antara kumpulan Umno Terengganu juga menyumbang kepada hal tersebut, namun sumber berkata sebarang kemungkinan boleh berlaku jika pihak berkuasa digunakan untuk mengundi.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment