Tuesday, December 23, 2008

Wan Farid bakal 'disabotaj' ahli Umno sendiri?

Wan Nordin Wan Yaacob

Belumpun berlangsung hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, paluan gendang dan suara menentang calon pilihan Presiden Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh ligat kedengaran sana-sini.

Biarpun media arus perdana setiap hari memainkan propaganda ke atas PAS berikutan masih belum mengumumkan nama calonnya, namun 'tahi yang melekat' kepada calon Umno terus diperkatakan membayangi perihal sebenar kekalutan dalam Umno.

Pemilihan Wan Farid yang diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember lalu tidak berjaya 'mengamankan' kelompok yang bertelagah.

Sumber ahli Umno di Kuala Terengganu menyatakan, sebenarnya Wan Farid telahpun ditentang sejak sebelum hari pengumuman calon.

Sumber mengakui, ahli umno dan jentera pilihan raya umum Mac lalu masih 'bengang' dengan sikap Wan Farid yang dilihat hanya menjadi 'elit' tetapi tidak membantu kempen.

Pemilihan Wan Farid juga dilihat oleh kelompok penyokong Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie sebagai 'sabotaj' kerana kononnya Wan Farid yang menjadi dalang hingga Nordiana tidak dilantik sebagai senator semula.

Nordiana sendiri pastinya mengidamkan akan dicalonkan kerana 'signal' berikutan tidak dilantik sebagai Senator untuk penggal yang kedua dilihat sebagai langkah untuk mencalonkan beliau.

Namun segalanya meleset bagi Nordiana, akhirnya 20 Disember lalu Wan Farid pula yang dipilih sebagai calon paling rapat dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Paling dibimbangi beberapa tokoh yang juga pemimpin Umno Terengganu dikatakan berkira-kira untuk mengenakan Wan Farid dan dalam bahasa lain, 'sabotaj' rakan baik menantu PM itu pada 17 Disember ini.

Wan Farid juga pastinya 'tahu' perkembangan ini, namun 'alang-alang' telah dicalonkan dan mandat telah diberikan Presiden Umno, beliau pastinya akan menggunakan kesempatan untuk mendaki.

Namun Wan Farid pastinya bakal tidak tersangka akan perubahan yang sebenarnya berlaku dalam Umno mutakhir ini dimana ahli Umno seperti dalam pilihan raya umum lalu mampu melakukan perubahan untuk tidak mengundi calon Umno jika tidak kena
dengan selera mereka.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Betul ke ni :-(

Kita undi BN lah... Ok :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Politiksukusakat said...

Takkan pokok bergoyang jika tiada angin...to Faizal bijaklah berpolitik, jangan jadi pak turut ajer..