Monday, December 15, 2008

Aku pun tak tahu........................

Terfikir juga dalam fikiran aku yang sedang serabut ini akan perihal pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Calon-calon bebas macam Nek Mun (Maimun Yusof) mula menawarkan diri, Isma Airfath juga menawarkan diri, dan yang pasti PAS dan Umno akan menghantar calon juga.

Rakan-rakan bertanya aku, siapa calon yang bakal dihantar PAS.Adakah Mohamad Sabu, atau anak tempatan seperti Wan Mutalib Embong, atau Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi atau Dato' Mustafa Ali atau di kalangan pemuda?

Semuanya aku tak tahu kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Kalau nak kata kehendak pengundi adalah di kalangan anak tempatan, pastinya Mohamad Sabu akan tersingkir, tetapi perihal Mohamad Sabu kalah tipis pun perlu difikirkan PAS Pusat dan PAS Terengganu untuk membuat keputusan meletakkan calon.

Berserah dan bermunajatlah kepada ALLAH sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan kerana Allah maha mengetahui segala perancangan manusia kerana Allah maha hebat perancangannya...

1 comment:

nUruL said...

Assalamualaikum.
I'm very impressed found ur blog.
I'm just doing general surfing, then see ur name...maybe urs..

Now, jadi pemerhati politik ke?
Anyway, Gud Luck.