Monday, September 8, 2008

BN dalam keadaan amat kalut di zaman Abdullah - Runahie Ahmad



Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Dato' Ruhanie Ahmad menyatakan bahawa sejak BN ditubuhkan Tun Razak Hussein pada 1973 beliau tidak pernah menyaksikan BN dalam keadaan yang amat kalut seperti hari ini.

Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Presiden Umno yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dilihat sedemikian juga, kata Ruhanie dalam tulisannya dalam blog beliau (kuda-kepang.blogspot.com).

"Waktu BN ditubuhkan beliau (Abdullah) berkhidmat dengan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pimpinan Razak.Sewajarnya Pengerusi BN hari ini menjadi tokoh negara yang mampu menangani masalah BN secara bijaksana dan berkesan.

Sewajarnya Pengerusi BN hari ini insaf bahawa masalah BN ketika ini bukan masalah kecil dan bukan juga masalah 'ad-hoc', sebaliknya, masalah BN hari ini adalah masalah yang strategik dan structural, katanya.

Lantaran itu katanya, penyelesaiannya juga memerlukan penggabungan, penggemblengan dan penjanaan minda secara strategik, komprehensif, jujur dan ikhlas.

Ia membabitkan semua pemimpin komponen BN. Ia juga perlu membabitkan 'party elders' yang masih sudi memberikan nasihat dan pengalaman mereka demi keperkasaan dan survival BN di hari muka.

Lebih penting lagi Ruhanie memberi amaran supaya kepimpinan hari ini tidak terlalu bergantung kepada para penasihat yang langsung tidak mempunyai perspektif dan pengalaman sejarah yang mendalam dan positif.

"Amat penting lagi, sekali-kali jangan dengar nasihat kelompok tertentu yang berhasrat menjadikan kecelaruan BN sebagai modal mereka memanipulasikan situasi ini demi memenuhi kepentingan dan matlamat peribadi mereka," katanya sinis.

No comments: