Monday, August 18, 2008

Kenapa Akta DNA dibentang sekarang, bukan selepas PRK Permatang Pauh?

Wan Nordin Wan Yaacob

TPM, Najib Tun Razak semalam membidas Pakatan Rakyat yang mengaitkan pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Dewan Rakyat ada kaitannya dengan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim, kini calon PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Namun, ramai yang tertanya-tanya mengapa tiba-tiba sahaja akta ini dibentang tatkala kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh sedang berjalan.

Mahu atau tidak sebenarnya ada niat tersirat tindakan membentang akta itu termasuk kini Anwar sedang berhadapan dengan kes liwat dan soal sampel DNA beliau.

Najib seperti biasa menidakkan segala tindakan kerajaan yang kononnya jujur dan telus.Jika benar Najib dan kerajaan jujur serta telus, mengapa tidak tunggu sahaja selepas pilihan raya kecil 26 Ogos ini?.

Kenapa perlu membuat sesuatu yang boleh dicurigai maksud dan matlamatnya, dan pastinya orang awam melihat bahawa ia sengaja dilakukan kerana isunya kali ini kena dengan pertuduhan liwat yang sedang dihadapi Anwar.

Jika benar sekali pun Najib dan kerajaan jujur dalam hal ini, mengapa tidak akta ini dibentang dalam sidang sebelum ini atau sidang-sidang yang akan datang kerana DNA bukan perkara baru.

Rang Undang-undang DNA itu dibentang untuk bacaan kali pertama 18 Ogos lalu dan dijangka diluluskan pada sesi Dewan Rakyatyang sedang berlangsung sekarang.

No comments: