oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Analisis
Wasatiyyah membawa maksud kesederhanaan. Wasatiyyah harus dimanifestasikan dalam
semua bidang kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan pendidikan termasuk
tatakelola pentadbiran negara.
Wasatiyyah tidak boleh sekadar menjadi ungkapan dan retorika yang dicandukan kepada
masyarakat untuk menjustifikasikan amalan boros, rasuah dan penyelewengan.
Pendekatan Wasatiyyah yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak sedikitpun membayangkan orang nombor satu Umno itu memahami konsep yang
dicadangkan dalam proses menunjukkan beliau kononnya benar-benar seorang muslim
sejati.
Masakan Najib lupa dengan kedudukan beliau selaku Perdana Menteri yang mempunyai
seorang isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang cukup terkenal dengan pelbagai dakwaan mengenai 'sikap bermewah-mewahan' dalam berbelanja.
Rakyat pastinya tidak pernah lupa dengan laporan-laporan yang membabitkan Rosmah
selaku 'wanita pertama' dalam pelbagai isu termasuk pembelian beg tangan ratusan ribu ringgit, penganjuran persidangan wanita pertama yang menelan belanja jutaan ringgit, kos penginapan di hotel yang sangat tinggi, malah yang terkini membabitkan penganjuran majlis pertunangan anaknya yang menelan belanja RM409, 767 yang kemudiannya dinafikan oleh sebuah hotel terkemuka.
Seperti kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor Najib sendiri masih tidak mampu menutup kontroversi yang semakin berpanjangan.
Pandangan Riduan mudah, isu penting yang perlu diberi perhatian adalah kos majlis tersebut yang menelan belanja sebanyak RM 409,767 bagi sebuah majlis pertunangan. Walau siapa pun yang membayarnya, kos perbelanjaannya dianggap amat tinggi dan keterlaluan.
Rakyat tidak boleh hanya menutup sebelah mata dengan hanya penafian oleh hotel
berkenaan kerana apa yang berlaku dalam isu perbelanjaan mewah dan melampau keluarga
Najib tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan awam.
Malah jika Najib menyatakan beliau mampu untuk membiayai majlis tersebut atas kapasiti peribadinya, namun ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Di mata rakyat bawahan, ianya juga adalah simbol pembaziran dan melampau oleh pemimpin negara, dan mungkin ia adalah simbol kebencian rakyat terhadap pemimpin negara yang suka hidup bermewahan.
Apalah ada pada ungkapa Wasatiyyah yang disebutkan Najib jika dalam keadaan rakyat
semakin tersepit dengan kenaikan kos sara hidup, rakyat tidak boleh menerima Najib dan Rosmah serta keluarganya hidup umpama di puncak kayangan.
Rakyat akan terus mempertikai konsep wasatiyyah Najib yang merelakan Rosmah terkait
dengan dakwaan membawa masuk cincin keluaran khas Jacob&Co RM24 juta kononnya atas
dasar pertunjukkan sulit semata-mata.
Rakyat juga tidak akan melupakan Rosmah perbelanjaan pembelian barangan peribadi
berjenama yang menelan belanja ratusan ribu ringgit, dan kredibilitinya selaku isteri Perdana Menteri dipertikai.
Rosmah didakwa membeli tiga unit beg tangan berjenama Hermmezz Mate pada nilai lebih
RM300,000, gelang tangan pada harga RM1.65 juta selain kos pengendalian sidang wanita pertama pada nilai RM4.5 juta.
Rakyat juga akan terus mengenang sikap 'Wasatiyyah Keluarga Najib' yang hanya
menunjukkan sikap bermewahan terlampau yang cukup jauh taranya dengan kehdiupan
raktyat.
Confidential Document
10 years ago
1 comment:
Salam. Mohon bertukar link dengan blog kami http://blogpolitikus.blogspot.com/ct
Post a Comment