Monday, January 16, 2012

Parasit, sifat Parasit dan perbandingan dengan telahan Hassan Ali!

Heboh kini umum membicarakan berhubung suatu perkataan yang tidak dipopularkan iaitu PARASIT.


Perkataan ini dihangatkan oleh media selepas bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali menuduh kononnya ada Parasit dalam PAS yang mahu dan berusaha menjatuhkan beliau hingga dipecat daripada PAS.

Nampak macam 'real' kenyataan Hassan Ali oleh pandangan umum kerana beliau bekas ahli dan kepimpinan PAS.Mungkin besar pengaruhnya selaku Motivator..

Perihal beliau telah dipecat kerana mengkritik PAS didada akhbar Umno langsung tidak menjadi persoalan kepada para penyokong Hassan Ali.

Motivator hebat ini menggunakan kehebatannya berhujah dan menarik umum dengan lunak suaranya dan airmata yang bergenang untuk mewajahkan kononnya beliaulah pejuang Islam yang tulen.

Apakah yang menyertai PAS sekian lama dan sejak dahulu lagi selain Hassan Ali yang hanya menyertai PAS pada tahun 1998 ini bukan pejuang Islam?

Sebelum Hassan Ali menyertai PAS, telah ramai yang menyertai PAS yang menjadi kepimpinan PAS dan berteguh dengan wajah PAS.

Arakian, sahabat sepejabat saya menyebut, prestasinya di Dun Gombak Setia amat-amat tidak disenangi pengundi di sana yang rata-rata mahu PAS tidak lagi mencalonkan beliau (sebelum dipecat).

Walaupun wujud Pusat Khidmat Wakil Rakyat Gombak Setia, namun bayang-bayang Hassan Ali sukar sekali ditemui disana masakan batang tubuhnya.

Hassan menyertai PAS pada tahun 1998 ketika Krisis Anwar-Mahathir.Ketika itu ramai teruja dengan kepetahan bekas Orang Kuat Biro Tata Negara (BTN) ini berhujah.

Malah bekas pendoktrin kepada idealisme Umno ini mencanang ke seluruh negara bahawa Anwar mangsa kezaliman, mangsa percaturan politik Umno-BN.

Ketika itu suara-suara Hassan Ali seringkali direkodkan bercakap dalam laporan Harakah Cetak dan HarakahDaily.

Terkemudian, beliau bertanding mewakili PAS di Parlimen Parit Buntar dan Dun Sungai Burung dan menang pada pilihan raya umum 1999.

Kepetahannya berhujah di Parlimen memukau semangat penulis yang pada tahun 2001 menyertai Harakah.Penulis amat teruja dengan kepetahan dan kehebatan (hebatttt) Hassan Ali semasa berceramah dan cukup minat dengan cara beliau mengendalikan Forum Ehwal Islam (sebelum menyertai PAS).Selepas menyertai PAS, beliau tidak diberikan peluang untuk masuk ke saluran-saluran media Umno TV1, TV2, TV3, Utusan Malaysia ataupun Berita Harian.


Sejak tahun 1998 hingga pasca PRU-12, suara Hassan hanya dilaporkan dalam media-media alternatif sahaja.Sebelum terlupa, Hassan pernah bertanding pada PRU-11 (tahun 2004) Hassan langsung tidak menang dalam penyertaannya semasa pilihan raya
berkenaan.

Lama Hassan menyepi, dan kemudiannya pada PRU-12 (tahun 2008) Hassan dicalonkan di Gombak Setia dan alhamdulilah menang dan dilantik pula menjadi Exco Kerajaan Selangor.Tahniah..

Hassan ketika itu selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.Namun, selepas beberapa peristiwa terutamanya selepas Muktamar PAS di Kuala LUmpur (Taman Melewar) pada tahun 2011 yang mana muktamar turut menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan PAS Pusat.

Hassan kemudiannya digantikan oleh Dr Rani Abdul Hamid selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.

Terkemudian selepas beberapa bulan Muktamar PAS selesai, Hassan mula mengorak langkah menjadi 'agak berlainan' dengan beberapa keputusan parti dalam hal-hal tertentu termasuk dalam isu HIMPUN, dan dimaklumkan tidak menyertai Himpunan Aman Isu Air Selangor membantah Syabas.Hassan dikatakan tidak menyertai kerana menghadiri satu program bersama kakitangan Syabas selaku jemputan (tiada masalah kerana ia suatu undangan).

Namun, menjelang hujung tahun 2011, Hassan kelihatan semakin garang menyerang PAS (bukan kepimpinan PAS) dengan menyatakan PAS telah lari arah tuju kerana mendambakan strategi Negara Berkebajikan.

Seingat penulis yang membuat liputan penuh semasa Muktamar PAS di Melewar, Hassan langsung tidak berucap membantah Negara Berkebajikan yang dicanang Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa membacakan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar itu.

Malah semasa muktamar atau selepas muktamar, tiada kedengaran langsung samada laporan akhbar harian ataus ebagainya bahawa Hassan mempertikan Negara Berkebajikan sebagai suatu konsep (bukan perubahan dasar) kerana dasar PAS tetap Islam.

Begitupun, selepas tidak lagi menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, dan kontroversi kenyataan Saari Sungip berhubung dakwaan ketidakcalonan Hassan sebagai calon Gombak Setia dalam PRU-13 yang belumpun diputuskan oleh Majlis Syura atau pucuk pimpinan tertinggi PAS, Hassan segera memberontak menyatakan PAS sudah lari daripada
perjuangan.

Jika Hassan menyerang Saari kerana membuat dakwaan ketidakcalonan, penulis merasakan ia suatu yang sangat wajar dan disetujui kerana Saari tiada locus standi untuk menyatakan atau mendedahkannya kerana ia adalah hak PAS Pusat dan Majlis Syura
untuk menetapkan dan menapis calon PAS.

Namun, Hassan tidak menyerang Saaari, sebaliknya menjadikan Batang Tubuh PAS sebagai sasaran dengan menyerang PAS..Diingatkan kepada semua pihak bahawa Hassan MENYERANG PAS bukan PIMPINAN PAS....

Terkemudian, selepas beberapa pihak menasihatkan agar beliau mengendurkan serangan dan bertemu dengan pimpinan PAS, dan selepas Tok Guru Nik Aziz menyatakan penyelesaian, namun Hassan tetap berkeras dan mempertahankan diri dan menyerang PAS dan beberapa individu dalam PAS secara berterusan.

Serangan itu menyebabkan pada pada 3 Januari 2012, Hassan disahkan dipecat daripada PAS melalui suatu kenyataan Presiden PAS selepas mesyuarat PAS Pusat.

Kenyataan itu kemudiannya menghangatkan keadaan, dan ramai yang menuduh kononnya terdapat Parasit yang menyebabkan kononnya parti bertindak sedemikian kepada Hassan Ali.

Menyoroti perkembangan Hassan Ali sejak masuk dan dipecat daripada PAS, ramai ahli yang ditemui penulis merasa terkilan dengan sikap dan tindak tanduk Hassan selaku orang yang Ber'PHD'.

Jika beliau sayangkan perjuangan PAS meletakkan Islam sebagai dasar dan mendaulahkan Islam di negara ini, Hassan Ali yang BerPHD tentunya tahu kaedah selaku pimpinan untuk menyampaikan ketidakpuasan hatinya kepada pimpinan yang lebih atas.

Menggunakan akhbar arus perdana yang nyata menjadi alat Umno-BN bukanlah suatu langkah bijak yang menambahkan kebijaksanaan orang yang BerPHD seperti beliau dalam berpolitik.

Lagi-lagi pula, Hassan dikatakan sangat rapat dengan kepimpinan PAS yang pada bila-bila masa boleh sahaja menyampaikan rasa tidak senangnya ataupun menyatakan pandangan yang berbeza dengan langkah PAS.

- Menggunakan media musuh untuk menyerang parti adalah suatu langkah yang sangat bijak kepada Hassan Ali pada tanggapan Hassan Ali sahaja bukan tanggapan pimpinan PAS yang lain.

- Menggunakan media musuh untuk menjelaskan Dasar Parti atau sebarang pendekatan parti sebenarnya adalah suatu tindakan bijak pada pimpinan yang bukan bernama Hassan Ali.

Inilah bezanya dua pendapat.Hassan kini telah dipecat, sementara PAS masih terus berjalan dan merancang pelbagai strategi untuk meneruskan misi bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam pilihan Raya Umum ke-13.

Hassan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulama, namun Hassan telah membayangkan beliau tidak akan merayu selagi PARASIT tidak dibersihkan daripada PAS.

Hassan mempopularkan perkataan Parasit walaupun perkataan ini sebenarnya telahpun cuba dipopularkan beberapa blogger yang menyokong Hassan.

Apakah makna sebenar parasit, penulis yang mengikuti pengajian bahasa dan lingustik ada menelaah maksud perkataan ini (Parasit).


Apa itu PARASIT?

Berikut adalah makna dan bagaimana hubungkait Parasit dalam kehidupan manusia, haiwan dan tumpuhan :


PARASIT adalah haiwan renek yang dapat menurunkan produktiviti
haiwan atau pokok yang ditumpanginya. Parasit dapat menyerang manusia dan haiwan, seperti menyerang kulit manusia.

Parasitoid adalah parasit yang menggunakan jaringan organisme lainnya untuk mendapatkan nutrisi mereka sampai benda hidup yang ditumpangi mati kerana kehilangan jaringan atau nutrisi yang diambilnya.

Parasitoid juga diketahui sebagai necrotroph.Pengertian diatas lebih pada sebuah frame biologi, namun dalam kehidupan di dunia, parasit ini boleh berwujud manusia, dalam bentuk manusia malas yang menggantungkan hidupnya pada manusia

lainnya tanpa sebuah timbal balik apapun, dan wujud juga dalam bentuk yang bervariasi.

Yang jelas sifat parasit ini tidak akan dipelihara oleh manusia yang ingin berjaya, sebab tidak pernah ada dalam sejarah manusia jenis ini bisa berhasil mewujudkan impian, kerana mungkin mereka tidak punya mimpi. Atau memiliki mimpi tanpa
lainnya.

Bentuk lainnya dari sifat parasit ini adalah tidak konsisten pada ucapannya. Tidak melakukan apa yang sudah disepakati, manusia jenis ini hanya akan membuat kita sakit hati dan bisa menghancurkan seluruh pasukan jika menjadi anggota dalam suatu sinergi.

Hanya mencari keuntungan dan setelah mendapatkan, lalu lupa pada kewajibannya. Tidak malu meminta banyak, setelah itu kewajiban dilupakan.

Beberapa kali saya melihat watak manusia jenis ini, dan yang terakhir malah luar biasa, setelah mengambil banyak sekali lalu tidak malu untuk berlenggang-kangkung seperti tidak ada apa-apa lagi.

Apakah nilai yang keluar dari mulutnya sama dengan kalau dia kentut? Hmmm…



Perihal Parasit yang disebutkan Hassan Ali mungkin sekali boleh terkena kepada batang tubuhnya sendiri yang pernah menjadi Orang Kuat Biro Tata Negara (BTN), kemudiannya menyertai PAS dan menang di beberapa kawasan (Sungai Burung, Parit Buntar dan terakhir Gombak Setia) dan akhirnya dipecat daripada PAS kerana
mengkritik dasar PAS.

Kelainan nada Hassan dan persepsi!

Hassan telah berlainan dengan nada yang dibawa dalam arus PAS.Hassan sebelum ini telah hidup atas kesusahan dan perit jerih pejuang-pejuang PAS termasuk tukang pacak bendera, tukang bawa poster dan tampal poster, tukang edar risalah, tukang bawa
Healer semasa ceramah dan demonstrasi, sahabat-sahabat Unit Amal yang menjadi pengawal-penjaga keselamatan-, tukang sapu sampah di Pejabat Agung PAS, di Pejabat Harakah, di pejabat-pejabat PAS seluruh negara, tukang back-up Hassan Ali, tukang segala jenis tukang yang semuanya ahli PAS.


Hassan juga telah pernah hidup dan menghirup wang-wang yang menjadi gaji dan elaunnya selaku Adun Sungai Burung, Adun Gombak Setia, ahli Parlimen Parit Buntar dan Exco Kerajaan Selagor kerana menang atas tiket PAS dan dikempen oleh ahli PAS dan Harakah sewaktu pilihan raya umum 1999-2008.

Pernahkan Utusan Malaysia, TV3 atau apa sahaja medium Umno-BN berkempen untuk beliau semasa beliau menjadi calon PAS dan menang di atas tiket PAS?

Hassan juga kini hidup setelah dipecat daripada PAS selaku Adun Gombak Setia dan akan terus mendapat gaji dan elaun selaku Adun sehingga Parlimen dan Dun Selangor dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum ke-13.

Melihat makna sebenar Parasit, apakah perbuatan Hassan juga boleh tersifat sebagai sifat Parasit kerana pernah menumpang dalam PAS dan menang atas tiket PAS dan dipecat kerana mungkin sekali menjadi Parasit yang jelas 'membaham PAS' semasa berada di dalam PAS melalui akhbar pro-Umno.

Hassan akan terus hidup dan hidup untuk terus menyerang PAS menjelang pilihan raya umum ke-13 selagi kononnya Parasit dalam PAS tidak dibersihkan ..Entah siapa sebenarnya Parasit, mungkin ramai boleh mentamsilkannya....Terpulang kepada pembaca untuk menilai apa itu Parasit sebenarnya....

Namun, kepada penulis, sebagai seorang saudara seIslam penulis tetap mendoakan agar Hassan terus berjaya dengan perjuangannya...

No comments: