Umno-BN semakin memperlihatkan politik yang sangat tidak matang, tertutup, malah semudahnya membeli rakyat dengan politik wang.Membicarakan isu ini, wakil Harakah/Harakahdaily, ZULKIFLI SULONG, WAN NORDIN WAN YAACOB dan NAZRI ABDULLAH menemui Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya di The Mines WaterFront pada 3 Januari lalu.Ikuti wawancara Ekslusif bersama veteran Umno yang juga Timbalan Presiden Amanah sebuah NGO baharu.
Soalan : Bagaimana boleh tertubuhnya Angkatan Amanah Nerdeka (Amanah) ini, dan apakah yang menyebabkan Tan Sri dan rakan-rakan menubuhkan Amanah ini?
KADIR : Saya memang tidak ada tujuan lagi untuk aktif semula dalam politik sebab telah ama sangat saya berikan hidup saya kepada orang lain.Selama 35 tahun menjadi wakil rakyat termasuk memegang jawatan di peringkat Kerajaan Pusat (menteri kabinet).Jadi saya ingat saya mahu ke sektor swaswta sebab orang zaman dahulu ini bila memegang satu jawatan, kami tidak curi meniaga sebab kami ikhlas.Kami belajar politik dan pentadbiran ini dari Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman, dan Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussein.Mereka ini ikhlas dalam perjuangan mereka ini bapa kemerdekaan.Mereka ajar saya jika mahu berniaga kena berhenti daripada politik, ini baharu betul.Duduk di swasta, saya lihat macam-macam berlaku yang pelik-pelik termasuk yang menjolok mata dalam hal rasuah yang merata-rata.Dekat saya pun orang nak rasuah, ada signal-signal, banyak orang meniaga susah nak meniaga kena suap duit merata.Urusan yang boleh buat sebulan jadi tiga hingga enam bulan.
Walaupun banyak pendapat (pandangan pelbagai dari latar parti yang pelbagai), namun radio dan televisyen serta media massa yang utama hanya menyiarkan satu pendapat sahaja yang boleh dengar oleh rakyat.Sedangkan dalam masa yang sama dunia sedang memberontak rakyat menuntut hak mereka hak asasi mereka. Ini berlainan semasa zaman Umno mula ditubuhkan sewaktu merdeka, mereka (pemimpin Umno ketika itu) ini benar-benar demokrasi tulen dan memberi kebebasan kepada semua orang, mereka ini popular sebab mereka boleh ditegur secara terbuka dan orang ramai menghormati mereka.Itu yang kami rasakan, semua rasa ada benda tak betul pergi kemana-mana sahaja kini semua orang bercakap hal bahawa ada benda yang sangat tidak betul dilakukan oleh kerajaan hari ini.Sehubungan itu, kami saya bersama Tengku razaleigh Hamzah (Ku Li) menubuhkan AMANAH ini sebagai sebuah NGO berbilang kaum untuk menyuarakan hal ini.membetulkan keadana.
Sasaran dan objektif Tan Sri dalam menubuhkan AMANAH?
KADIR : Sararan utamanya ialah, Kini telah masuk ke tahun 2012, kita kena bagi balik kemerdekaan kepada rakyat.Semasa Tunku Abdul Rahman memperjuangkan kemerdekaan, sebenarnya kemerdekaan ini bukan untuk Parti Perikatan, bukan untuk PAS ataupun Umno, tetapi kemerdekaan ini hak rakyat, rakyat yang ramai ini yang merdeka.Raja-raja pun Tunku Abdul Rahman pujuk untuk serah kuasa kepada rakyat, sebab rakyat yang merdeka, ini pokok segala-galanya, negeri ini kepunyaan rakyat bukan hak orang lain, banyak orang lupa hak ini.
Keduanya, bila rakyat memiliki negara, nak buat macam-mana nak pilih kerajaan?Maka masa kemerdekaan dahulu Tunku pilih Westminster Democracy, seperti di England, rakyat di England berjuang seribu tahun lebih dalam perjuangan mereka mendapatkan kuasa daripada raja-raja England sehingga, rakyat yang memiliki England ini.
Di Malaysia sama juga, kita kena berbalik kepada soal rakyat yang berhak pilih kerajaan.Fakta kedua paling pokok ialah pilihan raya yang adil, telus dan sama rata, tidak boleh ada berat sebelah dipihak mana-mana sekalipun.Biar rakyat pilih secara betul. Mana-mana parti politik harus ada peluang sampaikan hujah kepada rakyat. Kita buka Rangakain berita CNN tengok bagaimana susahnya mereka (rakyat Amerika) nak pilih wakil Parti Republikan mewakili parti itu bagi bertanding dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, mereka pilih dengan berbicara kepada rakyat melalui saluran CNN, macam-macam pendapat yang kita boleh dengar.Mereka bahas soal dasar termasuk dalam satu parti (Republikan) boleh berbahas dengan bebas, dengan cara terbaik mentadbir negara.
Pertamanya Negara ini rakyat punya, keduanya rakyat harus diberi peluang memilih kerajaan dengan cara yang cukup adil, ini penting.Jadi Alhamdulillah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mungkin dia sedar, sekarang ini zaman berubah, jika dia main-main jadi macam Syiria, Tunisia dan Mesir.Najib buat satu perisytiharan penting sebelum ini antaranya penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi Mereformasi Perjalanan Pilihan Raya (PSC).Jawatankuasa ini untuk rombak sistem pilihan raya di negara ini agar adil, dia panggil juga wakil parti Pakatan Rakyat menyertai jawatankuasa ini bagi turut sama melakukan perubahan.Saya ada buat kenyataan puji dia (Najib) agar dia terima hakikat bahawa bapa-bapa kemerdekaan dahulu menerima kemerdekaan dan menjadikan negara ini hak rakyat, rakyat yang harus memilih, ini hak rakyat yang harus diberikan empat hingga lima tahun sekali peluang yang sangat adil.
Jadi PSC harus melakukan perubahan.Tetapi apa yang saya lihat setakat ini hanya cap jari sahaja guna dakwat sahaja yang mahu dilakukan.Ini benda kecil yang mereka (kerajaan) lari pergi ke Parlimen untuk lulus segera, sedangkan soal pokok belum mereka buat lagi.Saya rasa pilihan raya akan datang ini harus diadakan selepas PSC ini selesai semua kerja mereka, dan segala cadangan dia itu dilaksanakan baru buat pilihan raya.
Kita ada masa (lakukan perubahan) kerana Parlimen ini boleh berlangsung sehingga April 2013, dan kita ada masa setahun lagi untuk meneruskan usaha membaiki perjalanan pilihan raya di negara ini.Apa duk kalut (menggelabah) sangat, semua kalut kita tengok sekarang ini mereka tabur duit merata-rata nak buat pilihan raya umum bulan Mac ini.Baharu sahaja PSC nak memulakan kerja, dan orang baharu sahaja nak lihat Najib nak buat perubahan kepada ketelusan, tetapi belum selesai kerja dah nak buat pilihan raya, nanti orang kata itu tipulah itu....
Sekarang ini tidak boleh buat seperti itu kerana zaman dah berubah, zaman dah moden, kalau katakan buat juga pilihan raya dan BN menang, rakyat tidak akan terima rakyat akan memberontak.Kalau nak buat cepat boleh PSC kena cepatkan kerja, bulan enam (Jun) atau bulan sembilan (September) ini, ini barulah 'gentlement politician'.
Ada yang kata hambatan kepada kerajana iaitu berlaku krisis ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat yang menyebabkan keadaan semakin sukar.Itu yang menyebabkan kerajaan mahu mengadakan pilihan raya segera, agar tidak berdepan dengan masalah ekonomi, apa pandangan Tan Sri?
KADIR : Rakyat bijak rakyat tahu bagaimana menilai keadaan ekonomi buruk kerana faktor kerajaan tetapi antarabangsa, takkan rakyat nak salahkan kerajaan.Rakyat boleh menilai hal, tetapi rakyat tahu cukup sedar selepas mereka baca apa yang berlaku di Tunisia, di Morocco, Mesir dan Libya, semua ini bahawa pilihan raya telus dan adil itu adalah paling penting,Ada tiga benda pada pandangan saya kerajaan harus betulkan.
Pertamanya, akses yang adil untuk semua orang parti politik sampaikan hujahnya kepada rakyat.'Free and fair acess to media', sebab sekarang ini kita tengok media masaa kebanyakan surat khabar dan televisyen satu suara sahaja dan rakyat di kampung tidak tahu apa yang radio atau televisyen laporkan itu benar atau sebaliknya.Ada yang tanya saya DAP itu jahat naa..(dalam loghat utara), dia (DAP) nak mansuhkan raja-raja..Jadi saya kata, benda (tuduhan ke atas DAP) ini tidak masuk akal, jadi saya tanya balik, siapa yang kata?Ehhhh radio televisyen duk (sering) kata (laporkan), surat khabar kata (laporkan)..
Kebanyakan rakyat kita di kampung ini mempercayai apa yang dilaporkan dalam media walhal ini tidak benar.Jadi ini soal pokok, pokok segala-galanya iaitu akses media yang bebas kepada semua parti politik atau mana-mana pihak yang bertanding dalam pilihan raya.Saya nak sebutkan, Harakah ini mewakili setengah orang Melayu di Semenanjung Malaysia, mereka ini nak permit buat akhbar ini lebih bertahun-tahun lamanya.Mereka (BN) tidak berikan hak yang sepatutnya, jika mereka (Harakah) ini pergi ke mahkamah untuk persoalkan, tentunya mereka menang.Jika saya jadi menteri saya bagi sahaja, sebab ini hak mereka.Saya malu kepada dunia sebab perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan) yang Tunku Abdul Rahman buat itu adalah perlembagaan yang memberikan hak untuk rakyat boleh buat parti politik dan yang ada wang boleh buat surat khabar mahupun radio dan televisyen.Mahu lihat contoh adil atau tidak, kita lihat di Indonesia, bagaimana bebasnya mereka ini.Di Malaysia ini satu suara sahaja (suara kerajaan Umno-BN),Mungkin pada saya saya mencadangkan dalam enam bulan sebelum pilihan raya, kerajaan berikan dua tiga saluran samada saluran Astro atau sebagainya kepada pembangkang dan parti-parti politik lain untuk menyatakan hujah kepada rakyat, atau sedikit sebanyak dua tiga jam kepada TV3 atau radio atau media utama untuk saluran politik agar samada untuk forum atau panel membincangkan hujah-hujah masing-masing agar rakyat dapat menimbang dan berbibcang, ini mungkin boleh menjadi tolak ansur sementara.Ini penting kerana pada saya kebebasan mendapat maklumat di kalangan rakyat boleh menjadikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan baik.lepas pilihan raya bolehlah fikir semula.
Keduanya, saya terdengar kita harus ada kerajaan sementara semasa pilihan raya ambik orang bebas menjadi Perdana Menteri sebab pilihan raya harus berjalan secara adil.Secara peribadi saya rasa tidaklah perlu sampai macam itu, Najib nak terus jadi PM pun (sewaktu pilihan raya) tidak mengapa.Tetapi sekurang-kurangnya semua jabatan kerajaan polis, askar, Felda Felcra, Penerangan, Kemas dan sebagainya harus berkecuali Selama tempoh itu (pilihan raya) .Tetapi kini tidak, sekarang ini jabatan kerajaan ini mereka pergi berkampung duduk di kampung edar duit, buat penerangan tak henti-henti, bagi duit. Jadi saya lihat ini kempen hanya untuk satu pihak sahaja (kerajaan Umno-BN).ini dimana-mana pun orang akan gelak, kita sebab ini bukan demokrasi.
Orang akan tanya zaman Tan Sri pun buat, mengapa saya tak bising masa itu?
KADIR : Ialah zaman itu, tak nampak alternatif pun, PAS kot sana DAP kot sini (tidak sehaluan), tidak ada alternatif kepada BN.Rakyat masa itu tak berapa cerdik, sebab rakyat yang berpelajaran tidak ramai.Sekarang ini sebaliknya rakyat ramai yang cerdik pandai, tahu membezakan mana yang baik mana yang tidak.Jadi keadaan dan berlainan.Saya rasa kalau nak ada pilihan raya adil dan saksama, jabatan-jabatan kerajaan, separa kerajaan, polis, tentera dan sebagainya termasuk Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) ini harus berkecuali dan dibebaskan dan menjadi neutral (tidak memihak).Ini akan menjadikan berjuta rakyat boleh menilai secara bebas dan adil, boleh kemana-mana sahaja tanpa gangguan.Tidak adil-lah kita gunakan pegawai kerajaan, sebab dalam sistem demokrasi, pegawai kerajaan harus neutral dalam pilihan raya.Selepas pilihan raya mereka harus patuh kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Laksanakan dasar-dasar yang dipilih oleh rakyat, ini fundamental dalam demokrasi.Bayangkan jika ini berjalan dengan baik, tiada jabatan kerajaan duk berjalan berkempen dan tabur duit merata-rata (kempen bagi pihak Umno-BN), keadaan akan damai dan tenang.
Apa yang sebabkan jabatan kerajaan khasnya penerangan, Kemas dan sebagainya ini digunakan Umno-BN sejak dahulu lagi ketika musim pilihan raya?
KADIR : Ini menjadi amalan, tetapi sekarang ini dah ada PSC untuk memperbetulkan keadaan yang sememangnya tidak berjalan dengan betul sejak dahulu.Cerita dimana-mana sekalipun pun jika ada satu pemerhati bebas, ini (penggunaan jenterakerajaan) dilihat tidak betul.Rakyat tahu ini tidak betul.Di kampung ketika pilihan raya berlangsung, merata pegawai kerajaan pergi kempen, ehh rakyat yang berpandangan sebelah sana (bukan menyokong kerajaan Umno-BN) akan berpandangan lain sebab mereka (pegawai kerajaan) gunakan duit aku (rakyat) tetapi mai (datang) tabur (wang) di sini untuk kempen sebelah pihak sahaja.memenga ini kesalahan pokok, ini harus dibaiki,
Ketiganyua memang benda yang buruk, saya sendiri pernah diberikan selonggok wang yang banyak untuk suruh saya edarkan (semasa kempen pilihan raya), ini pembelian undi besar-besaran. Masa dua tiga hari sebelum pilihan raya,bawa duit ini untuk dibom, istilahnya dibom, ini saya tidak terima sejak dahulu lagi.Saya tidak setuju dengan cara ini.
Berapa banyak wang itu Tan Sri?
KADIR : banyak juta-juta, mereka berikan kepada rakyat ada yang RM500, ada yang RM1000 disedar dan undilah.Banyak wang ini orang boleh kelabu mata.Ini pembelian undi secara besar-besaran sewaktu pilihan raya, ini cara yang sangat tidak betul.Tidak boleh buat huduh sangat dah,Ini benad macam ini jika kerajaan sendiri hentikan, orang akan hormati kerajaan.Orang tanya kenapa saya cakap macam ini, ini akan merugikan Umno, ehhhhh..saya nak bagi tahu kadang-kadang jika kita buat secara ikhlas, dia akan untung.Rakyat suka orang yang dil.Ini tiga benda yang penting, pertamanya akses kepada media, nombor dua hentikan penggunaan jabatan kerajaan dan berkaitan, dan ketiganya janga edar duit.Tiga pokok ini jika diberikan perhatrian ini baik.
Soalan : Najib ada mengumumkan pemansuhan ISA, tetapi dalam masa yang sama dia menahan beberapa orang lagi, bagaimana pandangan Tan Sri dalam hal ISA ini?
KADIR : Saya ada pandangan peribadi saya, Salahnya bukan ISA, tetapi penyalahgunaan ISA itu,.Kadang-kadang ada oirang yang terlalu ekstrim, semua ada.Negara ini berb9lahg kaum ada yang ekstrim kaum dan boleh berlekhali, ada baiknya ISa menahan orang gila sementara sebab orang gila sekarang ini bukan main lagi sampai boleh pasang bom, mati beratus orang.Tetapi yang kita takut ISA digunakan untuk benda pelik, salahguna ISA.Alhamdulillah Najib buat keptusna nak mansuh alhamdulillah, kita kena terima hakikat dunia dah berubah politik zaman baharu.
Bagaimana Tan Sri melihat dalam isu bumiputera, ramai yang menyatakan soal bumiputera ini, tohmahan kononnya bukan Melayu membantah hak bumiputera, apa sebenarnya yang berlaku?
Isu berlaku ialah isu hak bumiputera, sejak zaman Tunku dan Tun Razak lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dirangka membantu bumiputera yang miskin.Tetapi sekarang ini bila bercakap soal bumiputera ada yang membantah, jadi apa pandangan Tan Sri dan Amanah dalam hal ini?Mengapa ia berlaku?
KADIR : Saya rasa, Amanah ini dipandu Amanah Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Tunku kata jika kita nak bahagia dan negara nak aman, kita kena ikhlas antara satu sama lain, Melayu, Cina, India dan lain-lain kena hidup saling bertoleransi dan menolong antara satu sama lain.Kita kena jaga perbuitan dan kata-kata jangan sakiti hati orang.
Yang keduanya, Tunku Abdul Rahman pernah kata, jika kita hidup dalam sebagai sebuah satu keluarga, kita kena tolong-menolong antara satu sama lain, tidak kira Melayu, Cina dan India atau sebagainya.Jika ada yang kaya, tolong yang miskin, yang maju tolong yang mundurm, tak payah sebut bumiputera, semangat Natural Justice, dimana-mana kita kena rapatkan jurang kekayaan dan miskin, yang miskin kita kena bantu.Saya ini antara yang memperjuangkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) pada tahun 1970 lepas Mei 1969, di bawah Dato' Harus Idris.Memanglah diwaktu itu orang Melayu Bumiputera memang mundur sangat.Yang lain maju,Kerajaan tiada dasar rapatkan jurang ini, masa berlaku mei 13 Mei 1969, lepas itu kita buat dasar DEB untuk rapatkan jurang ini.Ehhhh Cina tidak marah dasar ini, Cina tak pernah marah jika kerajaan mahu tolong bumiputera ini sebab mereka tahu Melayu ini pada ketika itu harus dibantu sebab mundur.Walhal waktu itu selepas DEB, kerajaan adakan dasar 30 peratus pinjaman bank harus diberikan kepada usahawan bumiputera kecil.Bank pada waktu itu banyak kepunyaan Cina dan pegawai bank kebanyakan Cina waktu itu.Kita (melayu) pergi ke bank, dan pegawai Cina bantu kita termasuk tuliskan kertas kerja untuk kita waktu itu.Ini kerana mereka ikhlas tahu dasar ini baik.Pada pandangan saya, DAP atau MCA ini tidak pernah bantah dan derhaka tentang hal ini.Kita sendiri yang salah, Perdana Menteri, Timbalan dan Menteri Kewangan, semua Menteri Besar dan kebanyakan exco semua orang kita (Melayu).Sekarang ini banik banyak orang kita, mengapa tidak buat?Saya ambil satu contoh zaman Tun Razak dahulu, DEB dijalankan dengan 30 peratus pinjaman bank hendaklah diluluskan kepada usahawan kecil bumiputera.Jangan yang besar nantis ekali dia ambil habis semua.Bank kata, macam mana nak bagi pinjaman sebab mereka ini tidak ada pengalaman.Datang Tun Razak kata, saya tidak kisah carilah jalan untuk bagi pinjaman kepada mereka ini (usahawan bumiputera yang kecil).Yang penting kata Tun Razak ini berjalan, dan jamin agar pinjaman ini tidak hilang.Ini berjalan elok ketika itu tiada penyelewengan, dan bunga-bunga syarikat Melayu bertapak.Tiap-tiap bank dan jabatan ada bahagian unit bumiputera.Semua ini sekarang ini sudah tiada, unit penyertaan bumiputera di jabatan keranaan dan GLC semuanya sudah tiada.Siapa yang mansuhkan?Ehhh bukan DAP atau MCA, bukan Cina suruh..ini kita (Umno-BN) sendiri yang mansuhkan.Saya sepanjang masa saya bangkang benda ini sebab saya memperjuangkan bersama Dato' Harun Idris masa lalu.Siapa yang hilangkan ini?CIna yang marah ini sebab kita gunakan dasar DEB ini untuk mengkayakan segolongan kecil (kroni) bumiputera sahaja.Jika nak bantu rakyat5 ramai ini, Cina tiada masalah sebab mereka juga akan dapat untung.Ini kesilapan yang besar, bila saya jadi Menteri semula masa menjadi Menteri Penerangan dan Menteri Pelancongan ini saya wujudkan unit bumiputera di kementerian saya.Namun di kementerian saya maklumlah tidak ada projek dan tidak banyak (projek) yang boleh saya bantu bumiputera.Saya ini kementerian yang berkhidmat.DEB ini gagal sebab salah kita (Umno).Sekarang ini jika kerajaan mahu buat dasar nak bantu mereka yang susah, tiada halangan.Pelaksaaan tidak nampak pun, syarikat bumiputera daoat kontrak, pergi sahaja ke bank nak pohon pinjaman, tidak dapat sebab macam-macam yang mereka (bank) mahu 'track record' syarikatlah dan pelbagai, ini tak akan dapat pinjaman.Dasar bank tolong bumiputera ini sudah tiada, siapa yang mansuhkan?Ini bukan Cina yang mansuhkan, tetapi kita (Umno) sendiri.Ketara sangat, dan saya sedih sangat, jika Dato' Harun masih hidup, Tun Razak hidup, mereka mestinya kesal sebab kita (Umno) sendiri yang mansuhkan.
Tan Sri ingat tak pada zaman bila benda ini mula berlaku?
KADIR : Hilang itu sebab datang entah orang bijak pandai daripada mana entah tidak saya tahu datang yakinkan pimpinan kita untuk menolong bumiputera cara yang lain.Kena buat beberapa bumiputera yang konglomerat gergasi dan mereka iji payung membangunkan bumiputera yang miskin.Jadi masa itu kita buatlah konglomerat yang gergasi yang kaya, Renung dan sebagainya.Tetapi apa yang terjadi, syarikat gergasi ini tidak menjadi payung pun, mereka ini kenyang sendiri, mereka payung diri mereka sahaja.Ini kita (Umno) buat sendiri.Lepas 50 tahun jarak semakin jauh, selepas ada DEB, semua orang cina tanya mengapa gaps (jurang) ini jauh lebih besar.Sasaran tidak capai, lagi buruk...cina persoalkan kita mengapa kita gagal walhal kuasa semua ditangan kita.Maaflah cerita ini sungguh sedih, jangan salahkan DAP dan orang cina sebab yang tidak betul ini kitalah (Umno).
Saya tertarik isu DAP, DAP hingga kini menjadi 'scapegoat', DAP disalahkan menjadi punca masalah dalam Pakatan Rakyat dan dimomokkan kononnya begitu?Apa pandangan Tan Sri?
KADIR : Ini semua tidak betul..tidak betul..kawasan majoriti Cina dalam negara ini hanya sekitar 40 peratus sahaja daripada 222 kerusi Parlimen, majoriti Cina 40 kerusi sahaja, ini hanya sekitar 20 peratus sahaja dan majoriti bumiputera 80 peratus, India lagilah tidak ada. Macam mana mereka (DAP) nak berkuasa, percayalah kepada saya, tidak ada mereka ini mahu berkuasa. Sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan samada BN atau Pakatan Rakyat dalam negara ini tunjangnya tetap Melayu dan Islam, jika BN pun Melayu dan Islam dan jika Pakatan Rakyat menangpun tunjannya ialah melayu dan Islam.Melayu dan Islam mana nak menderhaka kepada agama dan bangsanya.Cina pun tahu mereka tidak akan desak bukan-bukan.Soalnya masalah yang banyak ini kita kena betulkan diri sendiri.
Apa mungkin nasihat dan pandangan Tan Sri kepada golongan muda yang hari ini ramai menyertai politik?
KADIR : Saya nak cerita satu cerita ini nak jawab soalan, bila Tunku Abdul Rahman dah pencen, saya dan beberapa orang daripada kesah jumpa dengan dia, dsaya kuat Umno masa itu, saya jumpa Tunku, nak cakap ramai kawan-kawan kita di seluruh negara ini minta patik sampaikan kepada Tunku agar Tunku masuk semua (sertai) ke dalam Umno, masa itu Tunku marah dan merajuk hingga masuk ke Semangat 46 (S46), dia dan Tun Hussein Onn masuk S46 tidak setuju dengan Umno.Saya kata kepada Tunku pada ketika itu, Dr Mahathir Mohammad juga dah insaf Tunku, dan nampak baik sekarang ini,Ketika itu Tunku senyum sahaja, dia kata Kadir takkan saya tak sayang Umno, Umnolah bantu saya ketika itu, dan Umnolah yang menolong saya menjadikan saya Perdana Menteri, tetapi Kadir, kalau Umno itu dah gelong (jalan tidak betul) maka nebara dan rakyat itu lebih penting Kadir.Ingat ini...beberapa kali dia sebutkan kepada saya..Dia kata lagi, Kadir biarlah, saya pun sudah tidak berapa lama lagi dalam dunia ini... Saya nak buat apa yang baik untuk rakyat dan negara..Ramai juga yang pujuk Tun Hussein Onn masuk semula Umno, tetapi jawapannya begitu juga.
Ini dua pihak yang paling rapat dengan Umno, tetapi mereka meninggal tidak menjadi ahli Umno..Ringkasnya bagi saya sertailah parti apa sahaja, Umno atau PAS atau sebaginya, yang penting kita sayangkan negara kita.sebab kita buatlah apa yang baik untuk negara dan rakyat.
No comments:
Post a Comment