Thursday, December 22, 2011

Serang PAS, Hassan Ali laksanakan agenda Umno?

Kenyataan Penuh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali semasa mengadakan sidang medianya di Pejabat Agung PAS Pusat pada 22 Disember lalu.

Oleh WAN NORDIN dan MOHD SHAFRI SHAMSUDIN

Hari ini saya akan menjelaskan berkait dengan kenyataan Dr Hassan Ali kerana kenyataan dia yang banyak dan perlu di beri penjelasan.

Dia kata ke saya tapi saya tak kata ke dia. Dalam kenyataannya dia kata saya sombong, bongkak tetapi saya rasa tak apa kerana itu personal dan dari sombong tak sombong, saya rasa saya paling tak sombong dalam dunia ini. Tapi dia kata sombong. Yang itu saya maaf.

Tapi apa yang dituju terhadap PAS itu saya tak boleh buat. PAS sahaja yang boleh memaafkan dia. Saya tak ada hak memaafkan dia itu PAS yang boleh memafkan dia.

Respon kepada kenyataan saya adalah berkait dengan perangkat. Perangkap adalah keyword. Terperangkap dengan agenda Umno.

Ini adalah perangkap politik dan ia adalah lain dengan perangkap monyet. Perangkap monyet orang boleh nampak tetapi perangkat politik orang tak boleh nampak.

Orang yang kenapun mungkin dia tidak sedar. Jadi sebab itulah dia perlu memahami perkara ini. Jadi sebab itu saya mahu rujuk kenayataan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam Sinar. Kata Tuan Ibrahim kritikan Dr Hassan sahkan kenyataan Setiausaha Agung.

Maknanya apabila diateruskan dengan kritikan itu mengesahkan apa yang saya kata, dia berada di dalam perangkap itu betul. Sebab saya sebut perangkap ini melaksanakan agenda Umno oleh kerana perkara yang boleh menyebabkan PAS ini resah. Umno dapat manfaat daripada itu. Itu maknanya melaksanakan agenda Umno. Sebab itu Umno tak kata apa-apa sekarang ini. Umno tak kata, tak komen.

Selalunya apa yang berlaku di dalam PAS ini Umno yang banyak komen. Tapi Umno tak komen. Sebab dari segi Umno, Dr Hassan telah melaksanakan kerja yang sepatutnya mereka buat. Jadi tak payah dia buatlah.

Kata PAS lari daripada Dasar, itu dia pernah kata dulu. Jadi alat DAP dan macam-macam lagi Umno selalu kata.

Umno senyap langsung tak ada komen sebab kerja ini sedang dilaksanakan orang lain. Sebab itu ini benda-benda yang perlu di fahami.

Jadi saya boleh sebut awal tentang Nasarudin dia telah menjauhkan diri dari perangkap. Kalau dia buat nak begitu dia mungkin selamat, insya Allah.

Saya tak ada apa-apa. Saya mengucapkan terima kasih kepada Nasharudin kerana dia mengambil langkah seperti itu.

Tetapi Dr Hassan berdasarkan kepada kenyataannya ia berada di dalam perangkap.

Di dalam PAS ini memang selalu disebut sebagai golongan ulama dan profesional. Dua golongan ini.

Kekuatan PAS sebenarnya adalah disebabkan gabuangan yang erat di anatara ulama dan profesional.

Malah dalam masa zaman almarhum Dato' Fadhil Noor dulu dia menggunakan istilah dari pendekatan itu "mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama".

Ertinya profesional harus dapat menghayati, memahami tentang perjuangan Islam ini dan apabila itu berlaku ulama pula memahami tentang sikap profesional dan bermacam-macam lagi.

Jadi apabila ini dapat diserapkan ia akan menjadi kekuatan dalam PAS.

Sebab itu cara nak meresahkan PAS ini, pecahkan dua golongan ini, biar ulama ini tak sama dengan profesional akan bertempur. Itu lah cara nak melemahkan PAS.

Alhamdulillah dua-dua golongan ini, ulama baik, profesional baik memahami hakikat ini.

Sebab itu perpaduan dalam PAS ini alhamdulillah tak ada lagi yang dikatakan pertembungan antara ulama dengan profesional.

Malam tadi kita ada bincang sikit, bukan khusus Dr Hassan tetapi tentang Pilihan Raya.

Dalam kenyataan Dr Hassan Ali dia sebut Mursyidul Am positif dengan dia. Ulama pun positif dengan dia. Pemuda pun positif dengan dia.

Malam tadi menyebutkan Pemuda tidak pernah berdiri di belakang Dr Hassan Ali. Ulama sendiri, Dato, Harun Taib tak pernah sokong Dr Hassan tentang "Negara Berkebajikan" ini. No...

Cuma suratkhabar ajerlah, suratkhabar yang membuat macam itu hingga berlaku salah faham itu.

Hari ini saya rasa ada satu kenyataan setiausaha akhbar tok guru yang menafikan menyokong Dr Hassan

Maknanya tidak ada yang menyokong Dr Hassan dikalangan pemimpin yang menyokong beliau.

Inilah saya rasa ada perkara yang perlu saya nasihat.

cuma sebelum itu saya nak sebut ada satu perkara bahawa apa yang disebut perubahan dasar tidak betul.

Dia dasar satu, pendekatan satu hal yang lain. Ini selalu saya terangkan. Kepada orang PAS dia faham perbezaan antara strategi dengan dasar parti.

Islam adalah dasar PAS sejak daripada dahulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Tetapi pendekatan berubah.

Pendekatan berubah tidak menjejaskan dasar PAS. Strategi berubah. PAS pernah bertanding di dalam pilihan raya dahulu bersendirian. Tak apa. Ok. Tak salah.

Kemudian PAS bekerjasama dengan parti yang lain. Tak salah sebab dasar PAS tetap Islam. Pendekatan sahaja berbeza.

Kita pernah gunakan "Islam sebagai Addin" dulu pada zaman Kuli.

Negara Berkebajikan itu merupakan pendekatan yang kita buat. Saya pun hairan kenapa Dr Hassan tidak faham tentang perkara ini.

Barang kali kerana tertinggal lama dan tidak berbincang dengan pimpinan.

Misal kata dari segi perubahan strategi, kerjasama dengan PAS tidak ada parti di dalam Malaysia yang paling banyak mengadakan kerjasama dengan parti lain melainkan PAS.

Tahun 72,73, 74 zaman bekerjasama dengan BN, kerajaan campuran kemudian BN 74 hingga 77 sehingga PAs ditendang keluar.

Prinsip PAS tetap Islam tetapi pendekatan berbeza sebab barangkali negara pada waktu ini memerlukan suasana yang kondusif. 13 Mei dan perkara lain itu saya tak nak sebut.

Kemudian kita kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (1990-1995) itu Tengku Razaleigh.Selepas Semangat 46 bubar habislah cerita.

Kemudian 1999 kita namakan Barisan Alternatif pada waktu itu. PAS, PKR, DAP, Parti Rakyat sebelum bergabung dengan Keadilan.

Kemudian baru ini selepas pilihan raya kita adakan Pakatan Rakyat. Semua ini pendekatan dan strategi yang dimbil PAS bagi menjamin bahawa kelangsungan perjuangan Islam dan soa yang asas dalam perjuangan PAS itu dapat diteruskan.

Saya nak komen sikit Dr Hassan selalu sebut bahawa dia memperjuangkan Melayu, Islam dan Raja.

Tiga itu tidak cukup. Dia kena tambah lagi sebab di dalam Buku Jingga yang disepakati oleh tiga parti politik, PAS DAP, Keadilan kta memperhankan empat perkara utama di dalam perlembagaan negara.

Iaitu kedudukan institusi Raja, Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menafikan hak penganut agama lain, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Empat ini dipersetujui sebagai common policies selain daripada perkara yang lain oleh tiga-tiga parti.

Lebih dari Dr Hassan. Dr Hassan nak tiga sahaja.

Saya tak tahu dia baca buku jingga atau tidak. Mungkin dia tengok tetapi dia tak baca.

Kalau dia baca dia tidak akan menyatakan PAS lari daripada perjuangan.

Yang saya sebut empat perkara tadi bukan PAS tetapi ketiga-tiga parti menerimanya

Kekadang dia lupa dan kita peringatkan tentang itu.

Sebab itu kita perlu menyedari sebagaimana kenytaan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sesiapa menolak "Negara Kebajikan" itu menolak keputusan muktamar PAS.

Itu yang telah diputuskan oleh muktamar PAS termasuk Dr Hassan sendiri. Dari Majlis Syura sampai kepada pimpinan Pusat, perwakilan dengan seribu orang lebih itu menerima itu sebagai pendekatan dalam PAS.

Manifesto kita pilihan raya yang lepas pun "Negara Berkebajikan". Dah lama bukan benda baru.

Sebab itu kenyataan Dr Hassan adalah semata-mata untuk mengelirukan sesetengah masyarakat.

Orang PAS mungkin dia dah faham tetapi Masyarakat yang belum memahami PAS sebenarnya akan terkeliru dengan kenyataan seperti itu.

Ada orang tanya saya sama ada betul ke Dr Hassan akan masuk Umno. Saya jawab, tak mungkin Dr Hassan akan masuk Umno dan saya tak fikir Umno akan terima Hassan.

Ini penilaian politik saya. Orang lain mungkin lain penilaiannya.

Sebab kalau nak jalankan kerja ini dari sudut politik bila sesiapa masuk sesebuah parti lain "you are gone".

Saya ambil contoh kalau seseorang itu tinggalkan PAS seperti bekas Naib Yang di Pertua PAS, Nakhaie Ahmad.

Sewaktu dia tinggalkan PAS dia adalah seorang naib. Dia mungkin laku sekejaplah, Umno guna dia bantai PAS tetapi bila you keluar PAS, duduk disebelah sana kemudian hentam PAS tak ada orang PAS yang percaya apa you cakap.

Tetapi kalau you berada di dalam PAS sebagai pimpinan apa you cakap boleh mengelirukan orang.

Sebab ini pimpinan PAS sendiri yang bercakap dan yang itu orang luar.

Jadi strategi politiknya kalau nak ada peranan berkesan, boleh mengelirukan mesti duduk dalam PAS dan hentam PAS. Itu strategi politik.

Kalau duduk diluar kemudian hentam PAS tidak akan ada orang akan percaya.

Sebab itu nasihat saya kepada Dr Hassan perkara ini amat mudah untuk diselesaikan.

Dr Hassan berhenti bercakap, saya pun tak payah komen lagi. Selesai masalah.

Jika dia terus menghentam PAS adalah menjadi kewajipan saya untuk menjelaskan perkara sebenarnya.

Begitu juga laporan yang saya dengar dia terus menyerang PAS di dalam rancangan Soal Jawab di TV3.

Dia cuba dilihat seolah memihak kepada golongan ulama dengan memukul golongan profesional.

Dr Hassan kata dulu ulama yang mengawal parti tetapi sekarang profesional yang kawal parti.

Pada hal Majlis Syura Ulama inilah yang menjadi pemandu apa-apapun. Kalau majlis Syura tak nampak elok dia boleh tegur. Ini kena macam ini.

sama ada dia faham atau sengaja buat begitu saya tidak pasti.

Akhir saya nak sebut, oleh kerana Dr Hassan mahu bukti yang menyatakan dia telah memainkan agenda Umno. Saya banyak bukti. Kenyataan dia pun adalah bukti dia telah memainkan peranan agenda Umno.

Cuma saya nak dia beri penjelasan satu perjumpaan pada Ramadan yang lalu di buat di Le Maredian Hotel di KL selepas tarawikh yang dihadiri Dr Hassan, Nasharudin dan tidak kurang bersama tiga yang lain.

Saya ada maklumat yang banyak. Saya tak mahu dedah semua. Saya nak tanya dia satu perkara sahaja.

Saya nak tahu apa yang dibincangkan ekonomi ke, projek ke atau politik.

kalau dia nak menafikan pun dia boleh nafi. kalau dia nak jawab pun tak apa, tak nak dedah pun tak apa.

Saya tidak mengharapkan bagi detail tentang apa-apa.

Tetapi saya nak bagi kesedaran bahawa saya tahu, ada maklumat tentang beberapa perkara yang lain juga.

Jadi dia jangan katakan orang tak tahu. Dia tak payah jawab saya. Kalau dia memilih untuk menjawab terpulang kepada dia.

Apa yang saya nak sebut bahawa jalan yang terbaik bagi Dr Hassan Ali buat masa ini adalah ikut jejak langkah Nasharuddin.

Nasharudin ada membuat kenytaan awal tetapi terhenti sekejap dan dia nyatakan tidak ada niat, tak ada apa.

Jika Dr Hassan Ali ikut jejak langkah itu ia akan tamat setakat ini sahaja dan selesai masalah ini.

Antara persetujuan yang telah diambil dalam mesyuarat malam tadi kita akan panggil Dr Hassan, Nasharudin dan Shaari Sungib berjumpa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia bertujuan mendapat penjelasan apa yang telah berlaku dan kenapa tindakan sedemikian diambil.

Kenyataan Shaari tidak sepatutnya dibuat. Mungkin dia fikir ia tidak jadi isu.

Sepatutnya dia mesti sedar masalah calon adalah keputusan daripada Pusat. Mungkin dia tidak sedar.

Itulah langkah kita. Tak ada lagi nak fikir tentang lain-lain.

No comments: