Wednesday, December 21, 2011

Kalau dah dengan DAP, PKR tak boleh nak bawa Islam ke Putrajaya, Hassan Ali kena letak jawatan Exco aja...

Semalam cukup hebat Hassan Ali, macam dia duk kata (anta hebat sheikh)..
Kalau tengok, skillnya semasa menjadi moderator Forum Perdana Ehwal Islam zaman-zaman dulu masih tidak hilang lagi skillnya semalam dalam rancangan Soal Jawab di TV3.

Hebat anta Hassan Ali wehhh...Paling hebat bila kata Pakatan Rakyat nak ke Putrajaya tetapi seolah-olah tidak akan membawa Islam..Dia kata dia sedih sangat..berderai airmata dia...Hahahah betui ka?

Dia kata sukar bagi dia membuat keputusan selaku Exco Agama, tapi lupakah dia bahawa dia dah menjadi Exco Agama bersama kerajaan oakatan rakyat PKR dan DAP dah lebih 3 tahun?Await kata la baru susah?

Macam kata, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kalau Hassan rasa susah kenapa dia tak letak jawatan sebagai Exco Agama? Aduihhhhh

Tak apalah, mari kita tengok lagi apa aksi beliau dan sahabatnya selepas ini...mengikut rekod dah lebih 3 kali dia masuk TV3 (yang sah berpihak kepada Umno-BN), dia masuk Utusan Malaysia, Berita Harian.Tetapi kenapa dia tidak memilih lapangan akhbar parti untuk menjawab segala yang kononnya disifatkan tohmahan?

Tak apalah....kita masih menanti apa perkembangan selepas ini.......Jemaah ka individu yang lebih penting.....

No comments: