Monday, October 17, 2011

PAS perlu cetuskan Green Politics, pulih imej Malaysia di Mata Dunia

Wawancara wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB serta Jurugambar, WAN ZAHARI WAN MOHD SALLEH bersama Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Pejabat Editorial Harakah pada 11 Oktober lalu.


SOALAN : Boleh Dato' mengulas lanjut mengenai apa yang Dato' Sebut di Pulau Pinang tentang fasa 60 tahun kedua PAS dan selepas fasa 60 tahun pertama, dan lanjutan daripada konsep Melayu-Raya gagasan besar yang dibawa oleh Dr Burhanuddin
Al-Helmy dan kemudiannya Dato' ulang di Konvensyen 60 Tahun PAS di Pulau Pinang baru-baru ini?

MAHFUZ : Pertamanya dalam 60 tahun pertama kita lihat, kejayaan kita ialah walaupun berdepan dengan tekanan politik yang mengundang kepada pelbagai fitnah kepada PAS dan sebagainya tetapi PAS mampu untuk memacu parti sampai kepada satu peringkat yang bagi saya 60 tahun pertama adalah kerana di penghujungnya PAS telah berjaya merubah satu imej yan dilihat oleh pelbagai pihak yang kononnya keras dan tertutup kepada imej kesediaan untuk berbicara dan bersedia untuk menghulurkan tangan dalam konteks perpaduan pelbagai golongan dan kelopok dalam negara kita.

Ia bermula dengan langkah kita bekerjasama dalam, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika itu bersama Tengku Razaleigh Hamzah (KU Li) yang mewujudkan semula Semangat 46, dan kemudiannya pada tahun 1998 dalam peristiwa pemecatan bekas Timbalan Perdana
Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mewujudkan gabungan Barisan Alternatif (BA) dan terkini selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 dengan Pakatan Rakyat.Saya katakan bahawa jika sebelum itu sikap PAS dan parti pembangkang lain seperti DAP
masing-masing keras dengan prinsip masing2 hingga tiada jalan mempertemukan kedua-dua pihak ini, saya ingin menyatakan dikala itu tidak nampak mengatakan bahawa ada parti ini dan kumpulan yang boleh jatuhkan BN di negeri dan nasional sebabnya orang
tidak nampak jika parti politik itu atas dasar prinisp tiada penemuan untuk bersama atas masa depan politik dan negara.

Dengan sikap PAS yang terbuka, akhirnya kita menghulurkan tangan kepada Tengku Razaleigh (APU) pada tahun 1989 hingga menyebabkan Kelantan mampu dijatuhkan, dan seterusnya paling mutakhir 2008 dalam Pakatan Rakyat menyebabkan senario politik negara berubah dan melibatkan persepsi masyarakat Melayu berubah bahawa ada parti lain yang boleh mentadbir negara selain Umno-BN.Saya nak katakan bahawa perubahan lanskap politik negara itu adalah kerana perubahan PAS itu sendiri.Jika PAS tidak berubah dengan sikap yangt kekal seperti mana sebelum itu, sudah tentu lanskap
politik kita tak berubaha.

Penyumbang utama kepada perubahan lanskap politik di negara kita ini adalah PAS disamping tidak menafikan sumbangan pihak-pihak lain.Maknanya oleh kerana PAS dilihat sebagai parti yang besar, jika tidak berubah, lanskap tidak akan berubahan kerana PAS dicop sebagai cukup ekstrim dan tidak terbuka sebelum ini.
Sebab itu saya katakan bahawa saya mengambil semangat dan gagasan Melayu Raya yang dibawa Dr Burhanuddin Al-Helmy yang mana dalam dasar yang dibawa Dr Burhanuddin adalah dalam konteks peluasan wilayah sampai ke Patani dan Filipina, tetapi saya
ambil semangat itu dalam konteks membina Malaysia baru, sebab itu saya mengutarakan konsep Malaysia Raya.Konsep ini bukan soal perluasan wilayah semata, walaupun itu istilah imperialis, jika ditafsir oleh pemerhati politik, tetapi saya tidak
menyatakan bahawa Dr Burhanuddin imperalis, tetapi ini istilah yang ditafsir di Barat dalam mengungkap apa yang berlaku di Serbia suatu ketika dahulu dalam dilihat dalam konteks itu.

Saya tidak mahu melihat konsep Malaysia Raya dalam konteks peluasan wilayah, walaupun negara kita berdepan dengan masalah kehilangan tanah dan wilayah seperti dalam kes Stesen Keretapi KTMB di Tanjong Pagar kepada Singapura, Blok minyak L dan M kepada Brunei, dan Pulau Batu Putih.Dalam koteks itu tetapi saya tidak mahu melihat konsep Melayu raya itu dalam perluasan wilayah itu. Itu menunjukan kita kehilanagn wilayah kita,Tetapi saya mahu melihata Malaysia mampu berdiri agar dilihat dunia bukan kerana soal perluasan wilayahnya, tetapi kerana imej yang ditonjolkan negara yang dibina melalui keupayaan, intergriti dan wibawa pemimpinnya dalam pendekatan politik dan pentadbiran yang cekap, amanah dan berintergriti.

Justeru bagi saya, PAS sebagai sebuah parti Islam yang telah lama bertapak dalam politik dan pentadbiran tanah air, menerajui beberapa buah negeri dan merupakan antara parti terbesar perlu menyumbang ke arah itu.PAS perlu membawa suatu pendekatan memperkenalkan 'Green Politics' (politik hijau-bersih), jarang hal ini dibicara, sedangkan dunia sedangkan dunia kini sedang berdepan dengan peperangan pergaduhan dan konflik.Bagi saya dunia kini memerluakn 'green politics' yang dimulalkan PAS dengan menampilkan watak-watak seperti ini (watak bersih, berintegriti).Kita telah mula di Kelantan.

Apa ciri-ciri Green Politik itu?

MAHFUZ : Bagi saya yang paling utama ialah amanah, politik jujur, akautabiliti dan inilah yang telah dimulai di Kelantan. Green Politics ini dibuat dengan menunjukan perbezaan iaitu anjakan itu dibuat daripada pemikiran orang poltik yang dahulunya berfikiran bahawa kuasa adalah 'ghanimah' atau peluang mengumpulkan kekayaan, tetapi PAS meletakkan kuasa itu kepada kejujuran kebertanggungjawaban dan amanah.Ini yang membezakan antara politik Umno-BN dengan PAS.Akhirnya inilah fasa kedua yang harus ditekankan oleh PAs kerana kita berdepan suasana yang memerlukan ciri seperi ini untuk rakyat membuat perbandingan dan inilah aset kepada PAS dan dalam konteks antarabangsa inilah Malaysia dan jika dunia mahu melihat konteks ini, PAS harus
memulakannya dna penyumbang kepada faktor ini.

Perubahan pendekatan PAS dengan mengambil kira mungkin perasaan pemimpin PR.Dalam konteks tempoh zaman reformasi, ada yang melihat bahawa tekanan [persekitaran itu yang menyebabkan kesedaran rakyat, zaman ICT yang mendorong parti pembangkang untuk melupakan perbezana, bukan kesedaran dalaman parti atau parti itu mempeloporinya, maknanya dilihat parti ini ?


MAHFUZ : Saya tidak menafikan dari sudut pembentukan persekitarahn politik, sumbangan kesedaran orang ramai, parti-parti pembangkang yang lain dan perana bangkitnya rakyat dan orang ramai ini tidak boleh dinafikan.Rakyat bila merasai
kehidupan mereka tertekan maka mereka akan bangkit menuntut hak mereka.

Namun rakyat bangkit itupun bermula kerana kesedaran yang disuntik oleh parti-parti politik ini, jika parti politik seperti PAS dan DAP tidak memainkan perananya untuk memberikan kritikan dan membawa pendidikan politik kepada rakyat, saya percaya bahawa rakyat akan terus kekal dengan sikap hidup tanpa soal tetapi rakyuat berjaya keluara daripada budaya hidup tanpa soal kepada berani mempersoalkan kerajaan.Ini kerana kesedaran pemimpin politik membawa rkyat kepada senario itu.

Semua itu terhasil dengan gandingan perubahan lanskap politik ini dan gabungan semua pembangkang dan oleh kerana PAS ini sebagai sebuah parti yang besar, jika parti ini tidak memulakan perubahan maka tiada perubahan boleh berlaku.Sni sumbangan besar
PAS kepada perubahan lanskap politik negara hingga kepada wujudnya senario seperti hari ini, bahawa rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan oleh pemerintah.

Satu lagi hal ialaha kerana kesediaan pemimpin PAS dan kelompok Ulama dalam PAS khususnya untuk menjelajahi khazanah ilmu Islam apabila beberapa aspek dalam Islam mula diperbincangkan.Kita berada dalam abad 21 ini, iaitu abad kebangkitan Islam yang menyuruh semua orang menjelajahi khazanah ilmu Islam ini dengan mahu melihat bagaimana kita hendak memawa ilmu Islam ini untuk menerokai dunia hari ini.Sebab itu kita dapat melihat bagaimana konsep 'tahaluf siyasi' (kerjasama politik)yang tidak pernah kita dengar sebelum ini kita telah lihat ia diutarakan.Tetapi tahaluf siyasi ini kerana khazanah ilmu Islam yang berjaya dikeluarkan oleh ulama yang menjadikan PAS terbuka, kerana adanya penemuan seperti ini.

Tadi berbalik soal aspek Melayu Raya yang digagaskan Dr Burhanuddin, ia dan mendahului zaman, bila kita cakap dengan APU, BA dan PR, tetapi Burhanuddin lebih awal lagi mengagaskan gerakan ini, dari segi sejarah PAS itu ada kelompongan, apa sebabnya, apakah perubahan dalam PAS ini oleh kerana pendekatan pemimin dan persekitaran ini, apakah akan berlaku lagi perubahan?

MAHFUZ : Apa yang dilontarkan oleh Almarhum Dr Burhanuddin ini adalah suatu kehebatan beliau yang menjangkaui zaman.Maknanya beliau melihat masa depan dan memastikan supaya kepentingan wilayah Melayu tidak terlepas kepada pihak lain.Tetapi oleh kerana kemunculan ahli fikir pada waktu itu terlalu kecil, tidak dapat dihayati ramai orang yang hingga menyebabkan suatu ketika memperlihatkan tiada pemahaman kepada apa yang diutarakan oleh Almarhum Dr Burhanuddin ini.Jadi selepas itulah apabila berganjak kepada kepimpinan ulama ini, ada gagasan politik besar yang dibawa, sebab ini dah melalui perubahan suatu zaman, tidak boleh lagi membicarakan perluasan wilayah, kita bawa semula konsep itu dalam kontes Malaysia Raya tetapi bukan dalam soal perluasan wilayah.Sebaliknya ianya kepada kehebatan
Malaysia itu dalam konteks soal keamanahan berganjak kepada politik intergriti yang akan menjadikan Malaysia dihormati.Sekarang ini Malaysia tidak dihormati, kita lihat
sahaja dalam aspek pelaburan, kerajaan boleh kata kononnya ada pertumbuhan tetapi masih lagi diperdebatkan tiada upaya intergiti Malaysia.

Perubahan dan keterbukan dalam PAS, ada pandangan yang menyatakan secara negatif ianya adalah kerana keghairahan untuk meraih kuasa, dan kononnya PAS menggadai prinsip apabila mahu membuka dan mengejar kuasa, apa pandangan Dato'?

MAHFUZ : Saya katakan bahawa Ulama kita hebat melihat bagaimana mencungkin khazanah ilmu Islam itu dengan meletakkan PAS dalam suasana politik serba mencabar.Latar belakang pelbagai bangsa di kalangan rakyat kita raikan dengan kita tidak sesekali
menggadaikan prinsip kita.Apa yang kita ambil ialah suatu pendekatan dan strategi yang tidak bertentangan prinsip.Kita tak korbankan prinsip kita malah dasar Islam sebagai asas yang sangat kukuh.Soal amanah ini soal besar dalam Islam dan sangat diberikan keutamaan.Malah kita lihat dalam sejarah Islam itu sendiri kita dapat melihat Islam memandang tinggi soal amanah walaupun orang itu bukan Islam.Kita cuba membawa inilah Islam dan orang boleh terima nilai dalam prinsip Islam.Sebagai
contoh semasa Rasululllah s.a.w balik ke Mekah dalam fasa Fatul Makkah, baginda meminta Kunci Pintu Kaabah daripada seorang yang bukan Islam.Jadi apabila ambil dia (orang bukan Islam yang memegang kunci Kaabah) itu bagi dan apabila Rasulullah mahu
memberikan amanah menjaga kunci itu kepada orang Islam, maka turunlah wahyu Allah yang menyatakan bahawa perlu diberikan kepada orang yang berhak menjaganya dengan amanah. Maka Rasulullah meminta Saidina Ali r.a untuk mengambil semula kunci itu dan menyerahkannya kepada pemegang asal kunci itu kerana pemegang kunci itu seorang yang cukup amanah walaupun dia bukan Islam, dan akhirnya pemegang kunci bukan Islam itu masuk Islam kerana peribadi yang ditunjukkan Rasulullah.Waktu Nabi berikan
kunci itu, pemegang kunci itu belum Islam lagi, takdirkanlah jika beliau tidak memeluk Islam, maknanya keturuannya yang jaga pintu kaabah itu bukan Islam.

Dalam hal ini kita dapat melihat Rasulullah memberikan amanah kepada penjaga tersebut dan keturunannya menjaga kunci pintu Kaabah.Maknanya bila beliau melihat Islam menjaga soal amanah ini, maka beliau (pemegang kunci) memandang tinggi Islam ini dan akhirnya memeluk Islam kerana peristiwa itu.Jadi ini yang harus dilihat semua pihak termasuk dalam parti yang suatu ketika dahulu ada pertikaian kononya PAs gadaikan prinsip melahirkan pelbagai puak seperti Islah di Kelantan dan pelbagai lagi, dilihat kononnya PAS menggadai prinsip, sedangkan mereka gagal melihat PAS mahu memperluaskan pemahaman dan aplikasi terhadap prinsipnya.

Adakah elemen besar keadilan dan kebaikan, pengalaman PAS menerajui Kelantan, Kedah dan Teren dan kerjasama PR, terserlah elemen tadi?

MAHFUZ : Elemen tadi dapat membezakan kerajaan yang dipimpin PR di Kelantan, selama 21 tahun menyerlahkan kepimpinan yang amanah telus dan berintegriti. Sementara PAS di Perak bersama gabungan DAP menyerlahkan kehebatan Menteri Besarnya ketika itu, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dan akhirnya kehebatan Nizar itu menyebabkan pandangan keras terhadap PAS dan Islam makin luntur, melihat bagaimana keterbukaan Nizar terhadap pelbagai lapisan masyarakat.Kita juga berjaya membantu masyarakat bukan Islam melihat kebaikan Islam. Inilah green politik yang saya sebutkan tadi.Tetapi belum mencukupi kerana kita masih lagi kekurangan dari sudud institusi perubahan, kita hanya ada pemimpin yang menunjukkan contoh yang menjadi contoh kepada rakyat akan perubahan dalam mempamerkan imej bersih, kesederhanaan dan keamanahannya.Ini yang berjaya memperlihat perbezaan antara PAS dengan pihak lain.

Apakah instrumen kepada mewujudkan perubahan di peringkat institusi?


MAHFUZ : Contohnya suatu Jawatan Kuasa Hisbah diwujudkan Di Terengganu dahulu sewaktu PAS menerajuinya pada tahun 1999 hingga 2004 dan institusi ini telah diwartakan walaupun tidak berjaya dijalankan, tetapi kita telah mengagaskannya.

Di negeri lain yang kini diterajui PAS pula bagaimana?

MAHFUZ :Mungkin ada perkiraan untuk tidak diadakan institusi perubahan ini dinegeri lain yang kita terajui (Kelantan dan Kedah), tetapi soal amanah ini pemimpin kita berjaya menunjukkannya.Kita ada institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis di peringkat Nasional, hingga kini tiada seorangpun pemimpin PAS diheret untuk didakwa kerana rasuah,Ini yang disebutkan individual reforms yang ditunjukkan pemimpin PAS, yang mengawal diri dan kita berjaya tampilkan mereka yang boleh menjadi contoh.Dalam konteks jika PR menang di peringkat nasional, perjuangan PAS ialah membawa institutional reform dengan mewujudkan mekanisme baik bagi elak daripada unsur ruang melakukan rasuah dan penyelewengan.Agensi ini adalah bertanggungjawab melihat soal keadilan untuk rakyat, perjalanan agensi dengan baik.Baru-baru ini Yang DiPertuan Agong ada mencadangkan perubahan kepada institusi agama di negara ini.Saya katakan ini suatu titah yang sangat baik dan sangat tepat, kita agak ambil masa yang lama untuk melahirkan idea ini kerana kita tidak berani kerana takut sentih bidang kuasa Raja-raja Melayu, dan bagi saya suatu yang berharga untuk melihat keberkesanan agensi Islam ini untuk orang melihat inilah Islam, sedangkan sebelum ini dilihat perlahan, zakat tidak berkembang baik, orang lihat lemah sangat Islam ini.Jadi perlunya titah Agong ini dipandang serius dan dilakukan perubahan kepada jabatan dan agensi agama.

No comments: