Thursday, January 27, 2011

TENANG bersama ketenangan tazkirah Tok Guru Nik Aziz

WAN NORDIN WAN YAACOB

Meskipun hujan dan banjir melanda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, ia sedikitpun tidak membatas dan 'melumpuhkan' pergerakan kempen Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam usia yang lewat senja, raut wajah tuannya tidak diterjemahkan untuk menampakkan beliau 'kurang berdaya' untuk bergerak bagi membantu kempen calon PAS, Normala Sudirman di sini.

Kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan oleh pengundi dan penyokong PAS di sini hatta dari tempat lain.Meskipun ceramah diadakan ketika hujan lebat, wajah lewat usia Tuan Guru terus mendapat perhatian masyarakat serta menjadi fokus lensa kamera.

Tidak kira tua mahupun muda, semuanya mahu mengenali Menteri Besar Kelantan ini yang sudah lebih 20 tahun mentadbir Kelantan tanpa ada sedikitpun sengketa keagamaan ataupun perbezaan fahaman bangsa.

Siri-siri ceramah dan kuliahnya di sini cukup banyak memfokuskan soal
'kehidupan selepas kematian' soal pembalasan selepas dibangunkan di Padang Mahsyar nanti.

Kupasan 'kisah kematian' kali ini diulangi secara konsisten dimana sahaja beliau berkempen, malah dalam Tazkirah Dhuhanya di Dataran

Mala, Tok Guru sekali lagi mengungkap soal 'hari pembalasan'.Ramai yang sebak dan terkedu dengan tazkirahnya.

Tidak ketinggalan, Tok Guru turut menceritakan bagaimana Kelantan mula-mula ditadbirnya.Beliau menyatakan di awal pemerintahannya, beliau mengarahkan semua wang kerajaan negeri tidak lagi disimpan dalam akaun bank yang menjalankan sistem riba.

Ini kerana Islam sangat jelas memerangi segala bentuk perniagaan yang
berteraskan riba yang menindas, katanya.Beliau menambah, sebaik ada pihak yang memprotes tindakan itu terutamanya bank-bank konvensional,
beliau memanggil wakil-wakil bank bertemu dengannya.

Setelah mendengar penjelasannya, akhirnya kebanyakan bank di Kelantan mula akur dan menjalankan sistem perbankkan Islam dengan ada juga alternatif konvensional pada awal perubahan tersebut.

Namun lama kelamaan, ianya mampu dimansuhkan dan kini bank-bank yang bertapak di kelantan lebih maju dengan sistem perbankan Islam, sambung Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan prinsip perniagaan Islam yang dipegangnya.

Beliau turut mengkisahkan bagaimana beliau meminta sebuah masjid berkonsepkan tamadun Cina dibina di Rantau Panjang dimana idea itu diambilnya setelah melawat negara China beberapa kali sebelum ini.

Telahan Tuan Guru Nik Aziz mudah, beliau mahu bukan Islam terutamanya Cina di negara ini tidak lagi melihat islam dalam kaca mata yang negatif.

Mendekatkan hujah itu, beliau dengan menyandarkan 'persaudaraan Islam sesama Islam dalam persaudaraan Islam, dan bukan Islam dengan islam dalam konteks persaudaraan insani.

Kehadiran Tok Guru nyata memberi dorongan kuat kepada golongan bukan Islam untuk tidak terlepas dari mengikuti ceramahnya.Seorang penganut Hindu, K Kannan menyifatkan, Tok Guru sebagai ikon perpaduan yang mengatasi batas kaum dan agama.

Walaupun berjubah, imej tok guru amat disenangi semua bangsa kerana baginya 'perkauman' tidak mengekori jejak dakwahnya....

No comments: