Monday, January 3, 2011

Siapa wakil PAS yang dimaksudkan Khusrin dalam isu keputusan tarik tauliah Khalid Samad, ?

Wan Nordin Wan Yaacob

Hari ini dalam akhbar Sinar Harian melaporkan bekas Pengarah JAIS, Muhammad Khusrin Munawi berkata, isu lain yang menjadi kontroversi ketika menjadi Pengarah JAIS ialah penarikan balik tauliah berceramah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Hanya satu sahaja tauliah yang ditarik balik daripada 2,000 tauliah yang diberikan sepanjang lima tahun enam bulan saya bertugas di Jais.

“Keputusan tarik balik tauliah Mais terhadap Khalid dibuat dalam Jawatankuasa Tauliah Mais yang dianggotai oleh wakil Pas, bukan keputusan saya seorang,” kata Khusrin:

Ulasan saya:

Siapalah yang dimaksudkan Khusrin sebagai wakil PAS itu, agak-agaknya bagaimana rupa bentuk wajah wakil PAS itu, adakah secara sengaja atau tidak wakil PAS itu yang mestinya seorang yang berkedudukan penting menyertai Jawatankuasa Tauliah Mais.

Hurmmmm kini timbul pula teka-teki, mestinya wakil PAS itu adalah orang di Selangor, yang tak mahu mempertahankan sahabat dalam PAS untuk ditauliahkan sebagai penceramah bertauliah termasuk kepada Khalid Samad.

Lagi satu insiden baru-baru ini di kes sebuah surau di Dun Gombak Setia.

Sebuah surau di Gombak diberi amaran olej JAIS kerana menjemput Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah.Ketika itu JAIS masih di bawah Khusrin.

Pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Khusrin selaku Pengarah Jais.

Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.

Dalam suratnya kepada pengerusi surau Al Ehsan ini, Khusrin berkata, jabatannya (Jais) akan mengambil tindakan terhadap pengerusi surau itu di bawah peruntukan kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (Selangor) pindaan 2001 jika gagal memberikan penjelasan dan alasan yang munasabah.

Huhuhu, ni pun satu hal lagi, takkan wakil PAS yang duduk dalam Jawatankuasa Tauliah MAIS tak tahu Presiden PAS tak ada tauliah, dan lebih penting kenapa wakil PAS yang duduk bersama Khusrin dalam jawatankuasa itu tak ambik peranan mencadangkan pemberian tauliah kepada Presiden PAS kalaulau soal teknikal tauliah itu dijadikan sebab menghalang Presiden PAS yang ilmunya agamanya jauh lebih hebat berbanding Khusrin.

Siapalah wakil PAS itu agaknya....ramai yang boleh meneka rasa saya...sekarang ni hanya tunggu kenyataan dari wakil PAS itu, adakah jadi wakil PAS dalam Jawatankuasa Tauliah hanya duduk diam sahaja, atau sebenarnya dia dua kali lima sama macam Khusrin 'bak kata orang 'kong kali kong' jugak...

No comments: