Ada orang menyebut, semakin lama kita duduk di satu posisi semakin banyaklah kelemahan kita yang akan terdedah.
Begitu juga bila kita bincangkan soal kepimpinan mana-mana organisasi, kecuali Pak Lah lah yang awal-awal lagi dah terdedah kelemahannya dalam mengurustadbir kerajaan sejak tahun 2003 hingga 2008 angkara sanak-saudaranya sendiri.
Kesemua organisasi tak terkecuali parti politik, PAS, Umno, DAP, PKR MCA MIC PPP dan sebagainya tak akan dapat lari dari masalah 'pemimpin' yang terlalu lama memegang sesuatu jawatan hingga ternampak akan kelemahannya.
Lihat sahaja Samy Vellu dengan masalah MIC, lihat sahaja MCA ketika diterajui Lim Liong Sik, Ong Ka Ting dan lihat sahaja PBS yang penuh dengan masalah mutakhir ini.
PAS melaluinya ketika bergabung dengan Semangat 46 dalam APU pada tahun 1989-90, DAP melaluinya pasca pilihan raya umum 1999, sementara PKR sedang melaluinya kini.
Namun dalam apapun 'pertikaian' paling sukar diterima ahli mana-mana parti biarpun PAS, PKR, Umno dan sebagainya apabila kepimpinannya tidak boleh ditegur, malah menerajui parti dengan 'mood' sendiri.
Walhal kepimpinan dipilih oleh ahli, dan amanah ahli seharusnya dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh kepimpinan.
Inilah yang membimbangkan ahli-ahli dan pendukung jika kepimpinan tidak mahu berubah, tidak mesra ahli, tidak mesra rakyat, malah mempunyai 'mood' semacam ekslusif dan sukar untuk didekati, ahkirnya parti akan menjadi sebuah parti yang khas untuk si pemimpin..
Sedakar nukilan untuk kesedaran diri sendiri............yang baik datang dari Allah, yang silap itu datang dari kelalaian diri...moga ada titik pertemuan dalam perjuangan menegakkan Agama ALLAH...
Confidential Document
10 years ago
1 comment:
Perjuangan PAS tanpa DAP dan PKR saja yang dapat memertabatkan Islam dan Ketuanan Melayu dinegara ini.
Post a Comment