Wednesday, October 7, 2009

Rakyat Bagan Pinang perlu zahirkan keberanian - Anwar Ibrahim

WAN NORDIN WAN YAACOB

TELOK KEMANG : Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sesungguhnya pertarungan kali ini di Bagan Pinang adalah di antara Pakatan Rakyat dan BN.

"Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan yang dianggotai PAS, KeADILan dan DAP; bercita-cita membawa kemakmuran, kesejahteraan serta membanteras rasuah agar sirna dari tanah air kita," katanya dalam satu perutusan khas kepada pengundi di Bagan Pinang yang disampaikan melalui Harakah 6 Oktober lalu

Ujar Anwar, pilihan raya kecil Bagan Pinang merupakan pentas buat menghantar mesej yang jelas kepada Umno/BN bahawa rakyat Malaysia mahukan sebuah perubahan yang sejati dan ikhlas.

Pakatan Rakyat dan rakyat secara keseluruhannya mesti menyatakan demi masa depan yang gemilang, rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dikompromi.

"Sesungguhnya rakyat Malaysia termasuklah pengundi Bagan Pinang telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina masyarakat majmuk yang hidup dalam kerukunan dan kedamaian.
"Fitnah perkauman sempit pastinya tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan menjejaskan kedudukan ekonomi negara," katanya.

Maka berwaspadalah dengan fitnah dan helah tipudaya mereka. Jentera Pakatan Rakyat perlu siap siaga, jangan anggap enteng tanpa musuh nyata, katanya.
"Bekerjalah dengan ikhlas dan sekuat daya", katanya.

No comments: