Monday, June 8, 2009

Letakkan Mursyidul Am PAS itu pandangan tertinggi dalam parti!

Tok Guru Ayah Nik (Nik Abdul Aziz Nik Mat) kecewa apabila masih ada suara-suara yang mahukan kepada kerajaan perpaduan walaupun beliau dah katakan 'tidak kepada kerajaan perpaduan'.

Ada pula yang kata kenyataan tok guru itu peribadi, tetapi pada saya beliau adalah Mursyidul AM PAS yang perlu kita walak, Mursyidul Am adalah sektor tertinggi dalam PAS.

Jika suara beliau tak didengar, apakah kita walak?Persoalan walak ini harus diungkap sebaik mungkin dan jangan apabila satu pihak kata kerajaan perpaduan idea yang bagus justeru ahli perlu walak, dan dalam satu hal lagi bila Tok Guru Nik Aziz bagi kenyataan atau pandangan selaku Mursyidul AM, ada yang menolak dan kata ia peribadi...

Sama sama kita fikirkan, kami sayang kan PAS, kami sayangkan Islam, takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr, daulah Islamiyah..

2 comments:

Atan said...

Salam,

Janganlah kita mengelirukan diri kita, mematikan fikiran kita, dan meletakkan dendam kesumat dalam jiwa kita sehingga menutup hati kita untuk menerima pandangan, cadangan, dan yang penting perbincangan. Yang perlu kita tutup ialah kerjasama yang dapat meruntuhkan pegangan dan ideologi yang berteraskan hukum dan kehendak Islam.

Bermuhasabahlah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Baik TG Nik Aziz, TG Hadi Awang - mereka sedang dimanipulasi oleh puak yang ingin melonggarkan ikatan perpaduan dalam PAS sekali gus menghilangkan keyakinan pengikut mereka, simpatisan mereka, dan yang kini menganggotai kelab penyokong PAS.

Fikir dengan kepala dan hati yang dingin.

bujey said...

NO UNITY GOVERNMENT.....