Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan : Presiden PAS kata sudah tiada lagi perbincangan

Di Parlimen hari ini, dengan disaksikan puluhan wartawan, Presiden PAS mengumumkan bahawa tiada lagi perbincangan mengenai Kerjaan Perpaduan dengan Umno.

Malah beliau menyatakan, apa yang disebut sebelum ini adalah agenda jahat Umno/BN mahu melaga-lagakan PAS sahaja.

Dengan kenyataan ini, kata Presiden segala perbincangan mengenai UG ini tidak akan ada lagi.

Demikian juga tegas tiga Ketua Pakatan Rakyat, dalam kenyataan bersama mereka (Ustaz Hadi, Anwar dan Kit Siang) yang mahu PAS PKR dan DAP membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya akan datang.

No comments: