Thursday, May 28, 2009

Perwakilan diminta buat 'homework' hasilkan perbahasan bermutu - Mahfuz

Wawancara Wartawan Kanan, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Pengerusi
Jawatankuasa Usul, Dato' Mahfuz Omar sempena Muktamar PAS kali
ke-55. Membincangkan usul-usul yang bakal dibahaskan, dan kriteria usul yang sepatutnya menjadi fokus mukatamar.Wawancara diadakan pada 26 Mei 2009 di Pejabat Agung PAS Pusat, Jalan Raja Laut.

Ikuti wawancara di bawah :

Harakah : Boleh Dato' nyatakan apakah usul-usul yang telah diterima dan dibincangkan dalam Muktamar ke-55 nanti?

Mahfuz : Pertamanya saya telah menerima sejumlah 36 usul daripada 17 kawasan yang menghantar usul.Ada usul yang hanya untuk peringkat kawasan, negeri dan ada usul yang di peringkat nasional.Jawatankuasa ini telah melihat seluruh usul dan kita kenal pasti
apa usul yang wajar diangkat dalam muktamar ini.Jadi hanya 17 sahaja kawasan seluruh negara termasuk satu dari Sabah yang hantar sebelum tarikh tutup pada 20 Mei lalu, dan kita dapati bahawa daripada 17 kawasan itu sebhagian besarnya menghantar usul yang bersifat persoalan-persoalan dalaman parti yang berkaitan dengan pemerkasaan Majlis Syura Ulama, kepimpinan Ulama dan kemudian pemerkasaan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, selain cadangan
meminda perlembagaan berkaitan pemerkasaan organisasi dan sebagainya,

Soalan : Usul bersifat politik bagaimana?

Mahfuz : Usul-usul yang bersifat politik ini tidak begitu banyak tetapi kita telah pun kenal pasti beberapa usul yang akan dipilih untuk diangkat untuk menjadi usul yang akan dibahas dalam sidang muktamar Pusat.Kita sifatkan bahawa daripada jumlah yang kita terima ini sebahagian besarnya ialah bersifat cadangan yang perlu diangkat kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat untuk dibincangkan dan tiada keperluan untuk dijadikan satu topik perbincangan khsuus
atau usul, atau mereka boleh sentuh dalam perbahasan ucapan dasar Presiden dan juga dalam perbahasan laporan tahunan.

Ada juga yang bersifat cadangan yang selepas dari muktamar yang perlu diangkat kepada jawatankuasa PAS Pusat untuk diagihkan kepada lajnah-lajnah untuk melihat relevan atau tidak untuk dilaksanakan oleh parti.

Soalan : Apa usul di peringkat dewan dan kawasan yang akan dibentang dan dibahaskan di peringkat Pusat?

Mahfuz : Jawatankuasa usul yang telah bermesyuarat baru-baru ini, telah mengenalpasti usul yang perlu dipertimbangakan untuk diberi perhatian untuk dibahas dalam muktamar.
Antara usul tersebut ialah, usul yang telah diputuskan oleh Dewan Muslimat yang diterima tanpa bahas di peringkat dewan tersebut yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Usul Muslimat yang berkelayakan mewakili dewan itu.Ia adalah usul kelanjutan krisis kepercayaan terhadap institusi kehakiman yang juga dikaitkan dengan isu krisis Perak.Isu itu relevan dan kami fikirkan ia menyentuh persoalan semasa yang perlu diberikan satu gambaran jelas terhadap
masyarakat.PAS perlu memperlihatkan sikap yang tegas terhadap isu intergriti hakim-hakim.

Soalan : Bagaimana dengan usul dari dewan yang lain?

Mahfuz : Usul daripada Dewan Pemuda PAS Pusat juga telahpun kita lihat satu usul yang berkaitan dengan soal ekonomi iaitu soal pegangan 30 peratus ekuiti tempatan yang telah dimansuhkan dalam liberalisasi ekonomi dalam 27 subsektor yang diumumkan oleh PM
baru-baru ini.Usul ini penting kerana apa yang dilihat isu itu sangat penting kerana ini satu penjajahan baru melalui penguasaan ekonomi oleh kepentingan asing.Ini merupakan satu usul yang perlu diperbahaskan bagi memberi signal kepada masyarakat dan rakyat
tentang bahaya dan ancaman baru Umno/BN mendedahkan kita kepada penjajahan baru.

Kemudian usul daripada PAS Kawasan, iaitu yang dipilih setakat ini ialah PAS Kawasan Rembau (Negeri Sembilan) berhubung isu PPSMI. Walaupun usul ini telah diperkata pelbagai pihak dan ada tindakan yang dibuat tetapi timbul isu baru iaitu apabila pengumuman yang dibuat oleh TPM, Tan Sri Muhiddjn Yassin bahawa ada satu kajian baru nak dibuat dan seolah-olah ketepikan kajian yang telah dibuat oleh menteri terdahulu.Ini kita kira satu helah melengahkan keputusan yang sewajarnya mansuhkan PPSMI.Ini kehendak semua pihak dalam negara kita dari seluruh segmen masyarakat dan kaum.

Soalan : Bagaimana dengan usul dewan ulama?

Mahfuz : Kami juga masih menunggu usul dari Dewan Ulama, sebab baru-baru ini dean tersbeut tidak menghantar wakil dalam mesyuarat jawatankuasa usul.Namun ecara spesifiknya selepas muktamar dewan-dewan, kita akan semak semula secara terperinci dan buat
pemilihan apa usul yang benar-benar akan dibawa ke muktamar pusat.

Soalan : Berapa usul yang sepatunya dibincang?

Mahfuz : Dalam empat usul, kita beri peruntukan satu usul kepada dewan-dewan tetapi dengan melihat sejauhmana kekuatan usul itu kualiti usul dan kemudian daripada PAS Kawasan.Jika tiada usul yang dibawa oleh dewan-dewan yang kita sifatkan sebagai berkualti, kita akan beri kepada PAS Kawasan. Begitu sebaliknya.

Soalan : Apakan jenis-jenais atau klasifikasi usul?

Mahfuz : Sosial, pendidikan, ekonomi dan politik serta organisasi.Saya nak menyebut bahawa persoalan pemerkasaan parti tidak perlu menjadi usul, sebaliknya ia boleh disentuh dalam
perbahasan ucapan dasar Presiden PAS, dan pertimbangan Jawatankuasa PAS Pusat yang akan dipilih selepas ini dari semasa ke semasa melalui dewan harian yang diketuai Presiden sendiri
untuk dibincang sebaiknya.Usul itu lebih bersifat apa yang perlu kita suntik kepada masyarakt agar memperlihatkan keprihatinan PAS terhadap isu yang menyentuh rakyat.Sebab itu isu kehakiman PPSMI dan ekonomi yang menyentuh rakyat ini yang perlu kita tumpukan.

Saya juga ingin menyentuh bahawa perwakilan perlu juga membahaskan isu Kelab Penyokong PAS dalam Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, untuk berikan imput yang wajar untuk kepimpinan selepas muktamar iaitu perlu buat keputusan segera dari segi status kelab penyokong PAS ini samada mahu mengangkat kelab jadi sayap sama seperti dewan-dewan lain, atau mahu kekalkan ia seperti mana sedia ada sebagai satu kelab.Adakah kewajaran mereka ini ahli bersekutu atau tetap, keputusan ini perlu dihadamkan segera agar pergerakan kelab
ini menjadi lebih baik dan berada pada 'massa'.

Soalan : Nasihat YB selaku Pengerusi Jawatankuasa kepada perwakilan berhubung kualiti perbahasan?

Mahfuz
: Saya harap setiap pembawa usul mesti membawa idea, fakta usul dan isu usul itu sendiri dan penghujahannya yang cukup meransang, meyakinkan perwakilan agar tidak timbul kontroversi agar usul itu akhirnya tidak akan ditolak.Dan begitu juga kepada pembahas yang lain perlu buat rujukan, saya akan maklumkan awal kepada kawasan tentang spesifik usul yang bakal dibahaskan.Pencarian fakta penting kepada perwakilan supaya
muktamar kita nanti betul-betul mempamerkan kualiti muktamar kita.

No comments: