Monday, May 18, 2009

PAS bebas politik wang, adunan semua golongan mantapkan parti - Presiden PAS


Wawancara Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB
bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada 18 Mei 2008.

Soalan : Assalamualaikum, boleh Tuan Guru perjelaskan
mengenai hasil perbincangan dengan jawatankuasa Harian PAS
Pusat mengenai isu dakwaan politik wang?


Tuan Guru : Bismillahirahmanirrahim, jawatankuasa harian PAs
pusat telah bermesyuarat hari ini dah telah mendengar
taklimat dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; Pengarah Pilihan
Raya PAS Pusat, Ketua Dewan Muslimat dan beberapa pimpina
PAS yang lain.Setelah kita kumpul maklumat dari semua
negeri-negeri yang telah bermesyuarat Agung, disemua
peringkat, kita dapati tiada amalan politik wang dalam PAS.
Alhamdulillah kita dapat meneruskan peningkatan parti kita,
terhadap cara Islam yang melibatkan semua golongan
masyarakat termasuk ulama, profesional, dan termasuk
golongan pemimnpin masyarakat yang pelbagai seperti petani,
nelayan, pekerja dan lain-lain.
PAS mengambil sikap terbuka menerima semua pihak samada
kalangan politik, NGO dan lain-lain dan kita telah berjaya
mendidik dan mentarbiyah ahli-ahli kita dari atas ke akar
umbi, dan dalam masa yang sama kita mendukung konsep
kepimpinan ulama yang melibatkan kalangan ulama,
profesional dan semua pihak di dalam PAS.Alhamdulillah semua
pihak ini berjaya memperkasakan PAS dengan konsep Islam dan
dalam masa yang sama PAS telah diterima oleh masyarakat
majmuk di Malaysia, dan sebarang usaha untuk menembuskan
bahtera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah
gagal dan kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan
amalan politik wang.Kita juga menafikan sekeras-kerasnya
laporan media yang mengaitkan PAS dengan amalan rasuah dan
politik wang.

Soalan : Persepsi umum mungkin sedikit terpengaruh apabila
melihat laporan akhbar menyentuh isu politik wang dalam PAS,
apa pandangan Tuan Guru?


Tuan Guru : Pada pandangan saya akhbar perdana memainkan
cara lama, seperti dimasa muktamar lalu mereka timbulkan
beberapa perkara yang negatif supaya PAS dipandang negatif
oleh umum.Alhamdulillah sehingga kini terbukti itu adalah
maklumat yang bohong.Dalam hal ini sepatutnya rakyat melihat
negeri-negeri yang diperintah oleh PAS ini ada gambaran
jelas yang libatkan wakil rakyat PAS selamat dari politik
wang dan bahkan tiada seorangpun wakil rakyat PAS yang
berjaya dibeli.Ini bukti yang nyata kejayaan kita dalam
PAS.Justeru jika wakil rakyat kita pun bersih, apatah lagi
pemilihan dalam parti yang lebih halus dan teliti daripada
peringkat lain.Sebab itu apa yang kita lihat adalah apa yang
dilaporkan itu adalah satu pembohongan yang sengaja diadakan
untuk mengganggu perjalanan muktamar dan pengaruh PAS yang
berkembang hari ini bukan sahaja dikalangan Islam tetapi
bukan Islam.


Soalan : Perihal politik wang nampaknya menarik minat bekas
Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat komen, apa
reaksi Tuan Guru?


Tuan Guru : Tun masih lagi berkuasa dalam Umno dan masih
belum lagi bersara, dan kita anggap kenyataan beliau macam
dahulu dan kita suka Mahathir buat kenyataan lebih banyak
lagi supaya kita dapat lagi banyak sokongan daripada rakyat.


Soalan : Ada juga yang lihat perlu ada tindakan kepada yang
membuat dakwaan jika mereka ini jelas tiada bukti?


Tuan Guru : Tiada kalau dan tiada kiranya sebab benda itu
tidak ada.


Soalan : Bagaimana dengan akhbar yang melaporkan dakwaan
itu, apakah PAS akan ambil sebarang tindakan termasuk
undang-undang?


Tuan Guru : Itu kita akan kaji dari semas ke semasa sebab
kita menghormati kebebasan akhbar di negara kita, dan ahli
PAS faham terhadap tingkah laku akhbar itu.InsyaAllah mereka
tidak akan terpengaruh.


Soalan : Menyentuh apa yang Tuan Guru cakap dalam suatu
ceramah di Bera, Pahang baru-baru ini, isu penyertaan dalam
PAS di kalangan Ulama dan Profesional, boleh ulas lanjut?


Tuan Guru : Saya sebut di Bera malam itu bahawa penubuhan
PAS yang digagaskan dengan ulama dan profesional dengan cara
yang tiada tinggi rendah antara satu sama lain, dimana yang
menubuhkan PAS ini bukan setakat Dato' Haji Ahmad Fuad, Dr
Burhanuddin Al Helmy; termasuk juga Dr Haji Abbas Alias;
melibatkan juga Aminuddin Baki, Professor Ahmad Ibrahim;
Professor Ungku Omar. PAS juga menerima kalangan bukan
terpelajar dan juga menerima samseng kita juga terima, Nabi
juga menerima semua golongan, penyamun dan sebagainya yang
akhirnya menjadi orang Islam dan ditarbiyah dan dididik dan
mereka ini akhirnya menjadi oarng Islam yang soleh.
Inilah kejayaan kita dalam PAS sepanjang perjalan kita sebab
itu kita berjaya megwujudkan satu suasana politik yang
sihat. Walaupun mereka yang berasal usul Umno masuk PAS,
bila masuk PAs mereka bersama dan berlaku amalan politik
yang sihat, dan kita bebas dari amalan politik wang atau
rasuah dan lobi yang kotor yang berlaku dalam Umno.
Saya sebut juga di situ gembar-gembur yang ditimbulkan oleh
pihak luar laksana mereka yang lalu di halaman rumah kita
dia dengar bunyi-bunyi dia kata kita bergaduh, kita tak
bergaduh sebenarnya kita susun perabvut rumah kita, itrui
biasa dalam pemilihan itu bukan pergaduhan dalam parti apa
yang berlaku masing-maisng beri pandangan dan hujah dan ahli
kita matang dalam menentukan dimana perubahan yang hendak
kita lakukan dalam muktamar akan datang.Adunan kesemua itu
sangat baik kepada PAS.


Soalan : Menyentuh muktamar, tuan guru diumumkan sekali lagi
menang tanpa bertanding jawatan Presiden, mungkin ada ucapan
kjepad ahli dan perwakilan?


Tuan Guru : Saya mengucapkan teriam kasih kepada semua ahli
dan penyokong PAS seleuruh negara yang terus memberi
kepercayaan kepada saya untuk memimpin, dan saya anggap itu
sebagai satu amanah yang sangat berat...(sambil menitiskan
airmata) walaupun saya dalam keuzuran tetapi adalah tidak
baik iuntuk saya melarikan diri daripada amanah yang telah
diserah ini.Saya anggap ini satu penghargaan yang sangat
mulia yang diberi kepada saya dan saya janji akan tunaikan
amanah ini dengan cara yang lebih baik lagi.Dan insyaAllah
saya yakin akan didukung oleh rakan-rakan yang bakal dipilih
dalam muktamar nanti, dan saya percaya bahawa pemilihan ini
walaupun ada yang tak dipilih atau sekalipun dipilih pada
saya itu ialah giliran menjalankan tugas dan ia bukan amalan
mencantas yang berlaku dalam amalan politik parti lain.Bagi
saya saya bersedia bekerja dengan semua kalangan yang
dipilih oleh muktamar, sepanjuang saya berada dalam PAS dari
zaman Dato Asri Muda sehingga kini telah mendidik saya
dengan semua pihak yang ada dalam PAS ini, bukan sahaja yang
dipilih dikalangan ulama atau profesional bahkan tidak ulama
atau tak profesional ini pernah jadi pemimpin PAS tetapi
mereka ini cukup berpengaruh dalam masyarakat, inilah yang
mengajar saya adunan yang bermacam dalam PASD ini
menjadikan PAS sebuah parti yang mantap.


Soalan : Harapan Tuan Guru dalam pemilihan ini akan datang
persiangan cukup sihat?


Tuan Guru : Walaupun media arus perdana cuba nak timbulkan
kegelisahan dalam PAS dan sedikit sebanyak ada perasaan itu
saya harap kenyataan saya ini yang lebih mereka boleh
percayai mereka akan menolak sebarang maklumat yang bohong
palsu yang disebar oleh media arus perdana yang dikuasai BN,
kita diajar dalam AlQurab : Maksudnya "Wahai orang yang
beriman, jika datang kepada kamu berita yang dibaw aolhe
orang yang fasik, termausk orang yang tak jelas dari segi
keikhlasan dia kamu hendaklah menyelidik terlebih dahulu
supaya kamu tidak bertindak terhadap orang oain dan membawa
penyelesalan kepada kamu"


Saya percaya ahli PAS yang sudah terdidik ini dapat
melaksanakan perintah Allah dengan cara yang terbaik,
walaupun masyarakat dipemnraguhi oleh akhbar yang tidak
bebas yang dicucuk hidungf untuk lakukan apa sahaja dan
kadang-kadang digunakan sewenangnya dnegan cara ynag slah
didik salah dengan maklmuat yang bohong.Kita percaya
pendukung PAS atidak akan terpengaruh dnegna permainan media
ini sebagai mana mereka tidak terpengaruh dengan media arus
perdana dalam masa pilihan raya apa lagi ketika ini.


Soalan : Saranan kepada perwakilan dan ahli yang akan
bermuktamar pada 5 hingga 7 Jun ini?


Tuan Guru : Saya kagum dengan muktamar yang lalu di Ipoh
walaupun sebelumnya digembar-gemburkan seolah-olah berlaku
krisis yang hebat dalkanm PAS, tetapi kita dapat adakan
muktamar dengan cara yang sopan dengan sebaiknya dan tenang
sehingga mereka sneiri hairan dan tidak dipengaruhi oleh
cara yang tidak bersopan itu, dan saya percaya sokongan
kepada PAS meningkat lagi dan kematanga mereka akan
bertambah lagi.Selamat bermuktamar..

No comments: