Najib cepatkan proses tamatnya kepimpinan Umnu dalam teori
'RAHMAN'
WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri keenam, Dato' Seri Najib Tun Razak dikatakan melengkapkan teori 'RAHMAN' dengan menjadi PM terakhir dalam pemerintahan Umno/BN.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada saya ketika mengulas pelantikan Najib selaku PM keenam 3 April.
Ujarnya, dengan naiknya Najibs elaku PM, ia akan mempercepatkan proses tamatnya pemerintahan negara oleh pemimpin BN.
Proses itu lebih cepat kerana Najib memiliki imej yang lebih negatif berbanding kepimpinan sebelumnya, katanya.
Ia menambahkan keyakinan bahawa teori RAHMAN akan berahkir setakat Najib, dan tiada lagi selepas ini kepimpinan negara yang akan diterajui pemimpin Umno, katanya.
"Saya harap rakyat akan buat perubahan segera menolak kepimpinan Najib ini, dan memilih pemimpin baru yang lebih wibawa," katanya.
Confidential Document
10 years ago
No comments:
Post a Comment